Monday, June 27, 2011

Alaaa Comeinyaa Anak Jimmy Nie

Gambar Kredit : Oh Bulan


PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.


“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.


“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.


Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.



Sumber Cerita : ForumCari. com


p/s : Aku harap Jimmy akan berbaik semula dengan isterinyaa.. kesian tgk baby yang tak besalah ini.. 

14 comments:

  1. kecl dan comel, semoga menjadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  2. kecl dan comel, semoga menjadi anak yang solehah :)

    ReplyDelete
  3. Semuga Kelahiran Zahrah ini membuka jln kedamaian buat Jimmy dan isteri..

    ReplyDelete
  4. Respek kat Jimmy. Apa lagi yg isteri dia nak. Semoga rumah tangga mereka kekal hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Respek kat Jimmy. Apa lagi yg isteri dia nak. Semoga rumah tangga mereka kekal hendaknya.

    ReplyDelete
  6. soalannya, mahu ke bini dia & keluarga mertua dia beri kebenaran dia bawa balik anak tu????

    ReplyDelete
  7. 31 tahun menunggu? alahai jimmy..dh berangan sejak kecik lagi agaknya nk menimang bb hehe

    ReplyDelete
  8. mmg chomel baby nie...
    smoga dgn kehadiran baby nie...
    kedua mereka akan kembali bahgia...
    doa2 semoga famili wife & wife dia sendiri akan berubah hati ke arah kebaikkan bersama kannn...

    ReplyDelete
  9. aloor sedih kan bila baca kata2 jimmy tuu .. huhuhu hanya allah sahaja yg tahu ...
    cuma ieda duk terfikir , nak ke isteri dia izinkan jimmy mengambil zahrah dan tinggal bersama dengan nya ??? huhuhu

    ReplyDelete
  10. komen dee sama ngan Daddyziyad..tp apapun..dee doakan agar impian jimmy tercapai..

    ReplyDelete
  11. tq rin kongsi info..nk hrp sy ni mencari sendiri..takde ler, hihi..(tp nak tau jgk!! huh..)

    ReplyDelete
  12. Tq 4 info =)
    Comeyyy anak jimmy.......

    ReplyDelete
  13. kesian negok pasangan ni.. kenapa la boleh jadi camni.. kesian ank dia.. :(

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss