Monday, June 13, 2011

HAZAMA... Juara Terakhir AF

Juara Hazama & Pengetua Amy Search




Single Terbaru Hazama ~ Cinta Teragung

PUTRAJAYA, 12 JUN 2011: Selepas 5 tahun menanti untuk bergelar sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF), penantian Hazama nyata amat bermakna apabila dia diumumkan sebentar tadi sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus bergelar juara terakhir program realiti tersebut yang melabuhkan tirainya sebentar tadi dalam Konsert Final AF9.

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 26, mula menceburi AF sejak musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, kejutan terbesar AF9 iaitu pengumuman Operasi Gugur di mana pelajar yang sedia ada akan digugurkan, dan dua calon baru dibawa masuk merupakan titik mula peluang kedua Hazama dalam program realiti paling popular di negara ini.

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya sebentar tadi, nama Hazama diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi sebagai juara AF9 menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung.

Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.

Lena atau nama sebenarnya, Lenaber Binti Haidir, 20, muncul naib juara AF9 dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM50,000, hamper serta wang tunai bernilai RM2000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Lena menyampaikan lagu Dunia nyanyian asal Bunkface dan lagunya sendiri Sisa Kisah Kita menyaksikan kemunculan istimewa Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam.

Fina, atau Nurshafinaz Binti Jebat, 18, peserta yang diserap masuk bersama Hazama memenangi tempat ketiga dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM20,000, hamper serta wang tunai bernilai RM1000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Fina mendendangkan lagu Satu Harapan nyanyian asal Jaclyn Victor di mana kakak dan adiknya tampil membuat persembahan bersama selain lagu singlenya sendiri, Menangis Lagi.

Seorang lagi finalis, Azri atau Mohd Azri Abdullah, 24, berada ditempat keempat dan membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM5000 serta sebuah kamera bernilai RM1499 tajaan Sony. Lagu untuk Azriadalah Ku Tak Bisa nyanyian asal Slank dan Niskala yang merupakan singlenya sendiri.

Konsert Final AF9 agak istimewa kerana menampil hos asal AF9, Aznil Haji Nawawi bersama bekas-bekas hos Akademi Fantasia iaitu AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim sebagai hos bersama. Pengkritik tetap AF9 iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan tampil bersama pengkritik jemputan yang juga bekas pengetua AF selama dua musim, Datuk Ramli MS.

Juara-juara lalu AF sejak musim pertama juga muncul dengan persembahan istimewa iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz kecuali Shahir yang mengalami kecederaan. Kumpulan yang dianggotai Pengetua AF9, Search juga tampil membuat persembahan dengan lagi Gothic Malam Eden, Isabella dan Pelesit Kota.

Akademi Fantasia musim ke 9 ini adalah musim terakhir setelah diterbitkan Astro buat kali pertama pada tahun 2003. Konsep program ini diambil dari program realiti Mexico, La Academia.


Berikut adalah kedudukan dan peratus undian selepas talian AFUNDI ditutup:
1. Hazama - 45%

2. Lena - 28%

3. Fina - 15%

4 Azri - 12%


p/s : Tahniah Hazama u deserved to win.. Tapi tak best laa plak selalunyaa bila penutup mesti Juara akan nyanyi balik lagu mereka sendiri.. Lagu single Cinta Teragung.. best!!!

Kredit : Murai & Astro


5 comments:

  1. kan..tak tau kenapa lagu sahabat upin ipin tu pulak yg dinyanyikan..huhu..

    ReplyDelete
  2. tulah malam tadi tungu gak sebab nak tgk hazama nyanyi balik.. tapi takder pulak.. huhuhuh

    ReplyDelete
  3. tahniah hazama ..
    ieda x tgk lama pun rinna , ngantuk sgt huhuh

    ReplyDelete
  4. Kali ini tiada hadiah kereta, ya? (kakcik langsung tak ikuti AF kali ini)

    ReplyDelete
  5. hehe..baru sempat buat n3 psl kemenangan hazama..
    masa ada masa hari tu...streamyx lak line takdak kena kebas dek penyamun tarbus tu, huhu..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss