Tuesday, June 28, 2011

Tuan Rumah Pembantu Rumah


Aku tak boleh laa.. nak stop baca novel.  Ingatkan cuba laa
juga.. tapi bila tau ada ofismate beli novel ini aku pun
pinjam laa dari dia..  Cerita yang lebih kurang jugak
dengan novel MAID tapi yang ini mengisahkan 
pembantu rumahnya adalah anak orang kaya tapi
lari dari rumah sebab tak nak kawin dengan tunangnya
yang curang.. berkenalan dengan tuan rumah yang
garang dan suka mencari pasal.. lama² jadi suka
dan terjatuh cinta.. kalau nak tau citer yang
selanjutnyaa korang dapatkan  laa di pasaran yer..

Aku beri 4/5 bintang

Sinopsis :

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi? 


9 comments:

  1. rajin la kak ni baca novel. aye dulu rajin gak, tapi citer korea menyebabkan aye asik menonton secara online, jadi nye tak de masa nak baca novel dah...

    ReplyDelete
  2. Kakcik dah lama tak beli novel. Tengah tunggu novel terbaru Ramlee Awang Murshid... :)

    ReplyDelete
  3. dilla pun da lame tak beli novel..tp mmg btul, kalu da mule mmg tak leh stop baca novel nih..

    ReplyDelete
  4. saya rajin baca blog aja...dah berkurun tak baca novel...~hehehe

    ReplyDelete
  5. xde masa la sis nk baca novel tambahan lg dah ada baby ni kan.. sibuk memanjang hihihi..

    ReplyDelete
  6. ekekke selamat membaca rinna .. kalau dah eddicted tuu x yah lah nak berhenti2 :))

    ReplyDelete
  7. jalan cerita nampak menarik. rinna ko boleh serumah ngan anak akak, suka baca novel, beli novel pun suka.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss