Friday, July 08, 2011

Persona Rindu


Novel yang baru aje aku tamatkan pembacaannyaa.. Novel ini pernah di adaptasikan ke telefilem dan ditayangkan di TV1 tahun lepas.  Aku je yang tak sempat nak tengok. Novel ini aku pinjam dari ofismate.

Aku beri 4/5 bintang

Sinopsis :

RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan. Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri. Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu. Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona. Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.....


Ini plak jalan citer dari filem plak.. yang tak sempat aku tengok.. adess..:

ADAPTASI novel daripada karya penulis terkenal Sharifah Abu Salem menerusi telefilem berjudul Pesona Rindu, mengetengahkan perjalanan hidup seorang insan bergelar wanita dan rencah kehidupan berkeluarga. 

Telefilem yang akan disiarkan menerusi TV1, Sabtu ini jam 9 malam membariskan pelakon seperti Emelda Rosmila, Zamarul Hisham, Fezrul Khan, Siti Fazurina, Dian P.Ramlee, Datuk Ahmad Tamimi Serigar dan Khatijah Tan.


Awal penceritaan Pesona Rindu menyaksikan kisah putus tunang antara Najmah dengan Ustaz Syakir yang menimbulkan kemarahan keluarga. Permintaan Najmah itu berlandaskan prinsip hidupnya yang hanya menganggap Ustaz Syakir tidak lebih daripada seorang abang baginya. Walaupun kecewa Ustaz Syakir reda menerima keadaan itu dan menganggapnya hanya sebagai adik.


Najmah sekali lagi berdepan dilema apabila kemunculan Safuan, rakan sekerja yang didapati menghidap penyakit kronik barah paru-paru dalam diam jatuh cinta kepadanya. Justeru, Najmah yang mengetahui akan hal itu terpaksa menerima cinta Safuan kerana kasihan melihat penderitaan Safuan yang disahkan oleh doktor dapat bertahan hanya enam bulan untuk hidup. 

Dilema cinta Najmah berterusan apabila Safuan melamar dan ingin mengahwininya sebelum ajal tiba. Lamaran itu membuatkan Najmah serba salah namun atas dasar simpati dan tidak mahu menghampakan permintaan Safuan, Najmah akhirnya bersetuju untuk bersatu. 

Justeru, sekali lagi keluarganya menerima tamparan hebat dengan keputusan itu. Ibunya, Mak Nab menganggap Najmah keterlaluan dan mengetepikan keluarga lalu pernikahan itu dihalang dari diadakan di rumah mereka. Keadaan Safuan yang semakin tenat, membuatkan Najmah nekad mengahwini Safuan secepat mungkin. Walaupun sukar menerima perkahwinan anaknya, bapa Najmah, Haji Wahid hadir mewalikan pernikahan yang diadakan di wad Hospital. 

Bagaimanapun, Tuhan lebih berkuasa, Safuan menemui ajal sebelum lafaz nikah diucapkan. Harapan Mak Nab untuk menjodohkan Najmah dengan Ustaz Syakir kembali berbunga, namun Najmah masih menolak kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya. 
Pesona Rindu adalah rencah kehidupan keluarga dan cinta, kisah Najmah berterusan dengan kehadiran Fazlan dalam hidupnya. Fazlan anak majikan yang baru ditinggalkan isterinya Darina, dalam diam mula jatuh cinta kepada Najmah apabila sering menjadi tempat meluahkan masalah mengenai hubungan dan kisah rumah tangga. 

Najmah takut menerima cinta Fazlan kerana Darina adalah rakan karibnya. Atas alasan kesunyian mereka mengambil keputusan nekad untuk berkahwin lalu sekali lagi menimbulkan kemarahan keluarganya kerana memilih cinta ketiga pada lelaki bergelar suami orang. 

Perkahwinan mereka tetap berlangsung walaupun tanpa restu Haji Wahid dan ibunya namun diterima baik keluarga mentuanya Datuk Shauki dengan penuh bersifat terbuka. Tambahan lagi Datuk Shauki bersetuju menyembunyikan perkahwinan itu dari pengetahuan Darina yang lama menyepi tanpa sebarang khabar berita. 

Bagaimanakah Fazlan dan Najmah berdepan dengan kepulangan Darina dan apa pula yang berlaku kepada bekas tunangnya Ustaz Syakir? 




4 comments:

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss