Tuesday, September 06, 2011

AidilFitri 2011 - Part 1

Fuhhh!..fuuhhhhh!.. huiyoo banyaknyaa habuk.. seminggu lebih laa blog aku ni sunyi dan sepi jerk.. maklum laa mood beraya.. dan mood berblogging pun ke laut ler jugak..

Okey kita sambung kisah raya laa yer..

Weols sekeluarga sepatutnya berangkat balik ke kampung pada hari Ahad petang dalam kul 5 gitu.. Aku pun dah siap² pack baju semua.. Baru je nak keluar rumah.. Kak Yang telefon.. katanya ada masalah sikit ngan langsir dia jadi mintak postpone balik esok pagi laa plak. Aku ngan hubby tak de masalah laa.  Lagi pun Kak Yong dan Sham pun nak balik esoknyaa jugak.. so boleh laa konvoi 2 keta.. Jadi petang tuh weols keluar gi cari tempat berbuka laa.  Tak leh nak fikir ke mana jadi weols ke Bukit Cheras laa sekali lagik. Sampai sana ramai yang telah booking meja dan makanan lebih awal.  Masa berbuka tuh lambat laa weols dapat makanan tapi tak kisah laa kan.. 

Isnin, 29 Ogos 2011
Bersiap-siap nak balik ke kampung.  Pergi ke Keramat jemput Kak Yang sebab dia balik naik keta ngan weols.  Kak Yong dan Sham dah jalan dulu.  Kak Yang ajak weols ke Pasaraya Hero kat AU Keramat dan beli sikit barang dapor buat Apak.  Gerak keluar dari KL dalam pukul 1.30 tengahari.  Dalam perjalanan tuh Kak Yong telefon dan dia orang dah ada kat Hentian Tapah.  Rupanyaa masa weols sampai di Hentian Tapah dia orang masih lagi disitu menunggu weols.  

Sampai di situ dalam pukul 3.30 petang.  Weols singgah di pekan Langkap untuk beli juadah berbuka puasa.  Sempat jugak weols ke pasar dan beli 3 kilo kerang nak buat kerang rebus untuk berbuka puasa.  Sampai di rumah Apak dalam pukul 5.30 petang.  Letak bag siap² untuk masak le plak. Angah sekeluarga sampai di rumah Apak dalam pukul 7 malam.  Sempat laa  weols semua berbuka puasa beramai².

Bazar Ramadan di Pekan Langkap.. meriah..sungguh..


Berbuka puasa beramai² seronok sangat..
Tengok tuh.. seperiuk kerang..

Selasa, 30 Ogos 2011
Hari ini 1 Syawal, umat Islam menyambut Hari Raya.  Pepagi bangun tolong siapkan sarapan dan gosok baju raya.  Tema weols pada tahun ini Biru Turquoise.  Kebetulan laa plak yang lain² pun tema biru jugak.  Kiranyaa sedondon laa weols pada tahun ini.

Bersarapan sebelum sembahyang raya 


 Sempat lagi berposing²


Sesi bermaaf-maafan..


Sambung berposing² di depan umah Apak


Hubby dan Ayahanda tersayang.. 


Bergambar beramai sebelum keluar beraya

Seperti kebiasaan tahun² yang lepas.. weols ke kubur di Bukit Pekan. Jumpa Kak Sal sekeluarga. Lepas itu weols beramai² pergi ke rumah Kia sepupu hubby melawat keluarga Wanchu (adik Apak).  Kia nie baru je meninggal sebelum bulan puasa hari tuh kerana masalah hati.  Sedih laa plak sebab selalunyaa dia ada menyambut weols semua.  Tahun ini cuma isteri dan anak² serta adik beradik Kia aje yang ada..


Ke kubur dan ke rumah Kia


Sebelum gerak ke rumah Pak Lut sempat laa berposing² lagik..

Dari rumah Kia weols ke rumah Pak Lut sedara jugak.. Pak Lut pun tak sihat.  Ingatannya pun tak berapa baik.. Dulu kalau weols ke rumah dia.. riuh dia berborak tapi sekarang weols semua pun dia dah tak ingat.  Nangis dan sedey je dia.. Iye laa nak buat cam na kan.. umur dah meningkat macam² penyakit menimpa.  Lepas dari itu weols balik ke rumah Apak semula.  Pack baju weols dan gerak plak ke rumah Kak Imah untuk tido di rumah dia laa plak.  Kak Yong dan Angah tido umah Kak Idah.


Beraya di rumah Pak Lut.. Balik dari beraya berposing² lagik


Aksi yang diarahkan oleh Sham.. ahakss.. 


Tempat yang wajib bergambar.. heheh atas buaian


Amboi kan main lagik posingnyaa.. hubby aku nie..


Gambar kami sekeluarga..

Nanti sambung N3 seterusnyaa..yer.. tungguu...

11 comments:

  1. Seronoknya dapat beraya di kampung dan saling kunjung mengunjung.

    ReplyDelete
  2. penuh xtiviti rinna ..
    meriah warna birua tuu .. ieda paling suke tema biruu sejukk je rasa :)

    ReplyDelete
  3. ai suker tgk gambar2 raya kekawan... suker tgk tema memasing.. meriah sakan...

    wow blue itu biru. hehehe

    ReplyDelete
  4. wah...serba biru...memang pakat eh kan nak pakai baju warna sedondon..? :)

    ReplyDelete
  5. Serba biru thn ni....sejuk dan damai jer...dan lebih meriahhhh...kete baru sis..hehe

    ReplyDelete
  6. sama color la kite...ehhehehehee selamat hari raya kak

    ReplyDelete
  7. raya kedua kami pon pakai tema biru mcm ni..satu famili belah MIL lak tu..sedondon semuaa

    ReplyDelete
  8. hai kak seronok beraya nampak...

    ReplyDelete
  9. Hehe..biru ye..ha'ah mmg samalah kita wlpn birunya tone lain2, ngee

    Psst; owh..itu ler kete baru nya ye..wow!! syiok ler...hehe

    ReplyDelete
  10. suker jugak dgn kaler biru.. nmpk sweet jer.

    hai sis beraya ngan kete baru yer.. cantik.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss