Wednesday, September 07, 2011

AidilFitri 2011 - Part 2

Rabu, 31 Ogos 2010
Hari ini telah masuk Hari Raya kedua.  Pepagi dah bangun membantu Kakak² ipar ku menyediakan sarapan pagi.  Antara hidangan weols ada Nasi Goreng Kampung, MeeHoon Goreng dan Spegetthi (yang dimasak oleh Kak Yang).

Selesai sarapan bersiap² plak nak ke Bota.  Iye lah seperti kebiasaan akan menziarah ke kubur ibu mertuaku.  Selepas itu ke rumah bapak saudara hubby rumah Pak Cik Rahim dan ke rumah Kak Sumah sepupu hubbyku bersebelahan aje rumah Pak Cik Rahim.


Menziarah kubur ibu mertua ku..


Di rumah Pak Cik Rahim 


Bergambar dengan Kak Yong 


 Kebetulan ada plak sepupu hubby jugak datang 
ke rumah Pak Cik Rahim


Ini plak di rumah Kak Sumah.. sempat laa bersolat 
jamak zohor/asar.. di sini

Dari rumah Kak Sumah, weols telefon ke rumah besan Kak Yang iaitu ibubapa mertua Zaid di Batu Gajah.  Ada plak dia orang kat rumah so weols 4 kereta berkonvoi laa ke sana pula.  Dah kenyang makan², weols gerak plak ke Ipoh, rumah Wan Chu, mak sedara hubby aku.  Rumah² dia orang semua nie kiranya adalah wajib pergi kalau tiba hari raya.

Beraya di rumah Ninie..mertua Zaid 


 Aku & hubby


Antara hidangan yang disediakan


Di rumah WanChu plak..lepas makan kuih muih dijamu plak ngan makan malam.  Aku suka sangat kalau makan kat umah WanChu nie.. walaupun lauk pauknya simple jek tapi sedap.  Ada gulai tempoyak, ikan masin, ulaman, sambal belacan, telor goreng dan peria sambal..

Beraya di rumah WanChu Ipoh 


Lauk yang disediakan walaupun simple tapi sedap 


Bergambar kenangan bersama WanChu dan Pak Chu..

Badan rasa penat sangat seharian berjalan raya.  Kiranya tamat sudah sesi ziarah menziarah di kampung.  Esoknya Kak Yong dan Angah berangkat balik ke rumah mentua masing-masing...


11 comments:

  1. Banyak betul rumah yg disinggah kan...:P

    Penat kan...tapi seronok

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..masih ramai yg suka ziarah menziarahi kunjung mengunjungi masa hari raya. Risau gak takde yg nk keluar rumah dh sbb asek layan citer best2 keluar kat tv, kan..huhu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..masih ramai yg suka ziarah menziarahi kunjung mengunjungi masa hari raya. Risau gak takde yg nk keluar rumah dh sbb asek layan citer best2 keluar kat tv, kan..huhu...

    ReplyDelete
  4. Mungkinkah dapat kakcik rasa lagi pengalaman beraya di kampung begitu? :(

    ReplyDelete
  5. klu makan ada ikan masin.. sikit pon jadi sedap.. tu la setahun sekali bila tiba hari raya la ada kesempatan menziarahi kaum keluarga kn sis.

    ReplyDelete
  6. thn ni dah tak dapat beraya begini..sejak MIL meninggal thn lepas..selalunya MIL la yg akan cdgkan kesana dan kesini...thn ni tak kemana pon..lebih byk di rumah jer...

    ReplyDelete
  7. penat xpe..dpt mengeratkn silaturrahim

    ReplyDelete
  8. penat tapi seronok kan rinna .. ieda kalau ke kubur selalu raya ke 3 .. tapi tahun nie kami gi awal .. raya ke2 pagi dah singgah :)

    ReplyDelete
  9. thn depan harap2 ada rezeki join rombongan ni.hehe..mmg terliur tgk masakan kampung tu..siap lauk tempoyak ngan ikan masin.mmm...sedap!

    ReplyDelete
  10. rinna bestnya ramai saudara, juadah pun banyak. penat pun tak pelah janji hati gembira.selamat hari raya maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. seronok kan..konvoi ramai2 ziarah ruamh saudara mara...aktiviti ni la yg sy paling suka bila raya... ;)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss