Thursday, September 08, 2011

Cerita Sebelum Balik KL

Khamis, 1 September 2011
Malam raya ke dua weols semua tido umah Kak Idah laa plak..lepas semalam bermalam di rumah Kak Imah.  Paginya membantu menyiapkan sarapan awal sebab Angah nak balik ke Johor rumah mentuanya plak dan Kak Yong nak balik ke Pantai Remis.  Sarapan weols pada pagi ini adalah Nasi Lemak dan Kuih Puteri Ayu.  Makan beramai² memang menyelerakan.


Nasi Lemak, Nugget, Puteri Ayu

Beramai² menjamu selera..

Hari ini tak de aktiviti berjalan raya dah.. kiranya dah selesai laa. Kak Yang pakat ngan hubby aku dan adik beradik yang lain nak tukarkan tikar getah kat umah Apak. Jadi tengahari tuh Kak Yang, Abg Hadi dan hubby aku ke Langkap dan Teluk Intan.  Rupanyaa dia orang belikan jugak Apak Sofa baru.  Sofa lama tuh dah rosak.  Jadi berseri laa sikit umah Apak lepas raya nie.. 

Ini laa Sofa yang dibeli 

 Operasi mengemas dan mengangkat barang²




Tu diaa.. Abg Hadi dan Kak Idah.. membantu memasang tikar getah

Tikar getah di pasang oleh Abg Hadi dan dibantu oleh weols yang lain.  Iyelah nak kena angkat mengangkat laa jugak..Sofa akan dihantar lepas raya laa.. sebab masa tuh driver kedai tuh semua bercuti.  Selesai memasang tikar getah tuh dalam pukul 7 malam. Weols bersolat Maghrib dulu sebelum berangkat balik ke KL.

Mee Kari Ulu Bernam

Jalan yang jem..

Perjalanan dari Tapah hingga ke Slim River.. jalan jem giler. Ingatkan balik awal.. jalan tak de laa jem tapi bila tengok kat R&R penuh ngan kereta berhenti rehat.  Seperti biasa mesti singgah kat R&R Ulu Bernam pekena Mee Kari ler.. Dah kenyang makan teruskan perjalanan dan dari situ plak jalan clear dah tak jem.

Weols hantar Kak Yang balik ke Keramat dulu dan alhamdullillah sampai di Cheras dalam pukul 1 pagi.



11 comments:

  1. Bertuah ibubapa punya anak menantu yang baik2 belaka. :)

    ReplyDelete
  2. Dah lama saya tak tgk rumah guna tikar getah ni...teringat rumah lama nenek saya :)

    ReplyDelete
  3. Amboi..mesti terharu dpt tikar getah baru...sofa baru...mm, menggembirakan hati orang tua byk ganjarannya, kan..

    Rin..nk tanya..mcm mana nk bg gambar atau artikel blog kita tak dpt di copy oleh pengunjung? maaflah..takde masa tul nk cari widget nyer..hmm

    ReplyDelete
  4. ceria lah rumah apak dgn tikar getah dan sofa baru :)

    ReplyDelete
  5. kalau makan ramai2 mcm ni..mmg berselera.. ;)

    wah..senyum lebar dapat sofa baru...hehe.. :)

    ReplyDelete
  6. mee kari tu nmpak sedap huhuhu

    ReplyDelete
  7. rina dulu kita duk kat sana ulu bernam, rindu plak bila rina cite pegi situ.meriahlah keluarga rina bila beraya.

    ReplyDelete
  8. wahh..
    tikar getah baru.. sofa baru..
    memang raya betullah.. best :))

    ReplyDelete
  9. jelas kesepakatan terpancar di wajah ahli keluarga awak tau...

    ReplyDelete
  10. alahai....baiknye kak....gotong royong hias umah org tua di kampung..sejuk ati dpt anak menantu pemurah cam ni...moga bertambah2 rezeki akak dan yg lain2 ....

    ReplyDelete
  11. seronok kan dapat berkumpul ramai2..berebut2 makanan..rindu suasana ni..

    p/s: x dpt la pakai sofa tu utk raya ye? x pe simpan utk raya haji.. ;D

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss