Tuesday, September 27, 2011

Raya Lorong Plak Yer..

Okey ini citer pasal sambutan raya kat lorong umah aku plak..

Macam aku citer sebelum nie.. pepagi.. aku dah join kaum ibu² untuk gotong royong menyediakan barang² untuk dimasak. Alhamdullillah laa.. ramai jugak yang datang membantu.. jadi kerja nak menyiapkannya pun jadi cepat.  Lepas siapkan untuk jamuan raya.. sambil² tuh jugak siapkan juadah untuk makan tengahari jugak.  Antara menu untuk makan tengahari antaranya.. masak lemak kobis, sambal sardin, telor goreng dadar, ikan masin, sambal belacan dengan ulaman kacang botol dan daun petai..  Khemah di pasang di hujang jalan..

Ini adalah suasana masa makan tenghari.. Masa ini aku dah masuk umah siap² 
nak keluar tapi hubby aku sempat laa jamu selera

Ini laa kaum lelakinyaa..yang ada dilorong rumah weols..


Kaum wanita pun ambil kesempatan jugak nak bergambar beramai²


Sebelum menjamu selera.. ada bacaan yasin jugak.. untuk Kak Zaimah yang 
tinggal di lorang weols nie.. Dia menghidapi kanser payudara.. 
dah pun menjalani operation tapi kansernya telah merebak ke 
buah pinggang plak.. Kat lorong weols nie pun
 ada jugak ada 2/3 buah rumah Cina..dia orang pun dijemput sama.. 
seronok betul dia orang dapat makan. 


Antara menunya.. Nasi Tomato, Nasi Impit, Ayam Masak Merah, 
Daging Masak Hitam, Kuah Kacang, Jelatah, Kuih Muih, 
Buah²an, Air Sirap, Teh Tarik.


Hubby aku bersama kenalannyaa dari Belgium dan Eddy 
jiran yang juga merupakan anak saudara Sham (suami Kak Yong)


Antara tetamu adalah orang² surau yang datang menjamu selera selepas membaca yassin


Ini adalah Abdullah Nouri berasal dari Belgium.  Dia kenalan hubby aku di internat setelah diperkenalkan oleh kenalan dari Indonesia.. Sempat bermalam di rumah weols sebelum dia berangkat balik.  Seronok dia datang ke Malaysia.  Sebelum ini dia sempat singgah di Pattani, Thailand, Kota Baru, Kelantan sebab nak tengok cara² orang² Islam di negara² yang dilawatinya..

13 comments:

  1. meriahnya open house rumah u ni sis..saya pun ahad lepas ada open house kat surau sebelah umah saya tu...pun meriah!!


    semoga kak zaimah tabah hadapi penyakit dia tu...berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul...

    ReplyDelete
  2. meriahnya...saya tahun ni satu open house pun x gi , takut nak gi sebab pas raya asyik di serang sakit perut je..

    ReplyDelete
  3. rina kat kawasan tu ramai melayukan. kalau cam ni nak buat kenduri kendara senang nak gotong royong.meriah juadah.

    ReplyDelete
  4. Jiran sepakat membawa berkat. :)

    ReplyDelete
  5. baguslah jiran2 sepakat...bermasyarakat..dok kat situ pun mesti happy..

    ReplyDelete
  6. wah...ini blog kedua yg saya baca ada cerita tentang Open House Lorong...bagus betulah kejiranan sini..

    ReplyDelete
  7. seronok kan kak rin ssekali makan berjemaah cenggini :D

    ReplyDelete
  8. bestnyer berjiran macam ni.. rumah saya jiran tak ramai. banyak lagi rumah kosong..

    ReplyDelete
  9. open house peringkat lorong pun dah camni punya meriah. tu belum peringkat jalan lagi. :)

    ReplyDelete
  10. semoga jiran rinna dapat melawan penyakit kansernya..


    meriah sambutan raya kat lorong tu nampaknya..


    menu tengahari tu simple tapi meyelerakan!

    ReplyDelete
  11. wah...sangat rapat dgn jiran2...kan best kalau kt rumah sy pun mcm ni..huhu...

    kt tmpt sy..masing2 buat hal sendiri... ;)

    ReplyDelete
  12. memang seronok bila ada jamuan raya mcm nie .. x habis lagi kan .. nak2 kat kawasan perumahan nie .. siap ada jamuan lorong lagi .. meriah ! :)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss