Tuesday, October 11, 2011

Al-Fatihah Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia




Sumber : MURAI.COM


KUALA LUMPUR, 11 OKT 2011: Biduan Negara Datuk Ahmad Jais yang digelar sebagai Frank Sinatra Malaysia oleh pengarah muzik terkenal, Dato Ramli MS telah pun kembali ke rahmatullah, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.
Ahmad Jais yang dilahirkan di Kapar, Kelang, Selangor pada 28 Mac 1936 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam Selangor.

Dia yang dikenali menerusi lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari) dan Juwita Ku Sayang (duet bersama Darin Rafeah Buang) meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan paru-paru.

Sejak menghambakan dirinya sebagai anak seni, Ahmad Jais sudah merakamkan suara menerusi lebih 100 lagu dalam 15 album. Kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Beliau juga pernah menjuarai anugerah Juara lagu asli pada 1959 dan 1960, Juara lagu pop (1962) dan Juara lagu asli (1962), Anugerah Sepanjang Zaman Papita 2011 serta Anugerah Budian Veteran menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2002).

Selain itu, beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk mengadakan beberapa konsert yang besar. Antaranya, Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau juga turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang diPertuan Aging Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-63 pada 2006.

Pihak warga murai.com.my ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Pemergiannya adalah satu kehilangan yang besar buat seluruh industri hiburan tanah air.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah...


p/s : Salam Takziah buat keluarga Allahyarham.. Moga rohnyaa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh..Insyallah.. Amin.

10 comments:

  1. alfatihah ..
    terperanjat ieda .. rinna ..

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah utk Arwah.. mengejut je berita ni.. Arwah sakit apa ye?

    ReplyDelete
  3. alfatihah...hilang lagi sebutir bintang dlm bidang seni....

    ReplyDelete
  4. AlFatihah…. moga rohnya ditempatkan bersama org2 yg soleh

    ReplyDelete
  5. Dan kepadaNya kita Pulang..Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  6. saya dari indonesia
    mengucapkan turut berduka cita
    selamat jalan datuk, alunan suaramu tak tertandingi
    Saya beberapa hari yg lalu ingin sekali mendapatkan album beliau bertajuk "The Essential" semua upaya saya coba, namun tak tercapaikan.
    entah kenapa hari ini saya minat untuk browsing foto beliau, ternyata terdengar kabar beliau tlah berpulang.
    kan ku ingat selalu namamu

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah... semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  8. al-fatihah..
    hilang 1 lg BINTANG :(




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss