Tuesday, October 18, 2011

Novel ~ Bukan Cinta Biasa


Novel ini aku tak beli seperti biasa tukar novel ngan kawan ofis aku... Mula² jalan citer slow sikit..tapi lama² rasa excited plak nak baca cepat sampai abis..  Sesapa yang lum baca jom layan sikit sinopsis kat bawah nie..

Aku beri 4/5 bintang

Sinopsis


Sifat sabar dan beralah yang dimiliki oleh Shahira membuatkan dia sering menjadi mangsa keadaan. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menyakiti apatah lagi mengecewakan insan yang berharap.

Namun, sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dia tidak mampu memenuhi kehendak dan menjaga hati semua pihak dalam satu masa. Justeru itu lafaz cinta yang ditunggu oleh Anuar sejak dari bangku sekolah lagi hanya dihargai sebagai kawan baiknya. Baginya, cita-cita dan impian hidup lebih utama. Namun begitu dia terpaksa akur dengan jodoh yanh telah diaturkan oleh keluarganya. Biarpun jauh disudut hati dia sebenarnya memendam perasaan kecewa.

Pertemua Shahira dengan Azlisyam di kampus terjadi dalam suasana yang tegang telah mewujudkan persengketaan diantara mereka. Sikap ego Azlisyam turut merubah sifat semula jadi dalam diri Shahira. Keadaan bertambah celaru setelah Shahira mengetahui Azlisyam adalah tunangnya. Tanpa sedar, dalam diam mereka sebenarnya menyimpan perasaan cinta diantara satu sama lain. Ego dan kedegilan didalam diri memasing telah mengekang mereka untuk berterus-terang biarpun rasa rindu ternyata sendat dihati.

Akibat salah sangka keadaan bertambah parah tatkala Azlisyam dan Anuar pantang bersua dan meletakkan Shahira dalam situasi yang sukar. Antara sayangnya kepada seorang sahabat yang sentiasa setia bersama dengan cinta pertamanya yang belum tentu membuahkan bahagia lantara tiada lafaz cinta yang terucap di antara dia dengan Azlisyam.

Anuar yang kecewa tetap setia menanti miskipun disedari penantiannya tiada penghujung. Meskipun cinta Shahira bukan miliknya, namun Anuar tidak berdaya membuang rasa rindu dan cinta yang sememangnya utuh di hati.

Takdir dan Suratan-Nya tiada siapa yang boleh menolak dan menghalang. Berjayakah Anuar merealisasikan impiannya setelah rumahtangga Shahira dan Azlisyam tuntuh di saat bahagia mengunjungi tiba? Bagaimakah reaksi Azlisyam setelah mengetahu cinta Shahira sememang untuk nya? Mampukah Azlisyam meraih cintanya setelah Shahira membuat pilihan untuk tidak melukakan hati Anuar yang setia meunggu cintanya?




8 comments:

  1. bess citer ni...tp nak baca mmg takdelaa hehehe

    ReplyDelete
  2. huhuh..nak baca sinopsis pun saya dah penat..ekekekekeke...saya memang jenis tak membaca novel.

    ReplyDelete
  3. lama dah sy tak baca novel...huhu...

    ReplyDelete
  4. best kan baca novel, saya selalu bayangkan heroin tu saya, ahaha

    ReplyDelete
  5. BAGUS Akak.....masih tekun minat bace novel....syok kan kak, lagi2 dah sampai separuh cite, lagi laa tak sabar nak tau ending...dulu lieya pun minat, sanggup tak tdo semate2 nak abiskan citer he he he

    ReplyDelete
  6. rasanya mcm KC dah penah baca la. Hmmm .. byk sgt dah baca novel. ada yg ingat, ada yg tidak.

    ReplyDelete
  7. lama dah tak baca novel...last Takdir Fitrah Terindah...penulis dia blogger jugak...

    ReplyDelete
  8. sape ambik sapenya tajuk ni

    ct ke dia...? hehe

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss