Monday, October 03, 2011

Selamat Pengantin Baru Noraniza & Jefri Hudi

 Moga berkekalan laa perkahwinan ke 3 ini yer.. Kak Ani....Insyallah..


Tersenyum  simpul Kak Ani sebelah Sultan yer..

JOHOR BAHRU 2 Okt. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mencemar duli dengan menghadiri majlis persandingan penyanyi, Noraniza Idris dan pasangannya, Jeffri Hudi di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana di sini, malam semalam.
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim kira-kira pukul 8 malam itu menjadi kenangan manis bagi pasangan mempelai, apatah lagi baginda turut berkenan menepung tawar selain meluangkan masa kira-kira sejam bagi menyaksikan persembahan zapin dan menyertai makan beradab.
Noraniza, 43, dan Jeffri, 52, ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan kegembiraan atas kunjungan Sultan Johor ke majlis persandingan mereka sekali gus merasmikan 'Program Kahwin-kahwin Masyhur 1Malaysia'.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya serta suami sangat bersyukur kerana Sultan Johor berkenaan mencemar duli bagi menghadiri majlis persandingan perdana ini. Ia benar-benar suatu kenangan yang sangat manis bagi kami," ujar Noraniza.

Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Johor Bahru, Abu Bakar Watak pada pukul 2.45 petang di lokasi yang sama Khamis lalu dengan mas kahwin senaskhah al-Quran dan dengan hanya sekali lafaz oleh Jeffri, mereka sah menjadi suami isteri.

Noraniza sebelum itu, sudah mengikat tali pertunangan dengan duda anak empat itu pada 22 April lalu dalam satu majlis di rumah abang sulungnya, Mohd. Arshad, 57, di Kong Kong, Masai.


Sumber : Cari.com

P/s : Selamat Pengantin Baru Noraniza Idris & Suami.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin

9 comments:

  1. kena ikut hb tinggal
    di singapura lah lepas ni :)

    ReplyDelete
  2. yeye dah leh komen...insyallah kita doakan kebahagiaan mereka amin

    ReplyDelete
  3. insyaallahhh semoga pasangan dia kali nie setia dgn dia .. dan kekal selama2nyaaa aminnn !

    ReplyDelete
  4. awet muda la husband dia tu
    moga2 kali kekal sampai akhir hayat

    ReplyDelete
  5. ada nama tempat kong kong yer kat masai tu...festaim dgr...

    ReplyDelete
  6. Semoga kekal bahagia kali ini...

    ReplyDelete
  7. mudah-mudahan perkahwinan kali ni kekal hingga ke akhirnya..amin.... :)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss