Friday, November 18, 2011

Novel Semarak Cinta



Ini adalah novel terbaru yang baru yang aku beli.  Aku dapat novel ini hari Jumaat lepas.  Order online aje dari Kaki Novel.  Mulanya aku nak pinjam jer dari Cik Mel. tapi.. bila dia kata citer nie best.. rasa rugi plak kalau pinjamkan..nanti kalau nak baca ulang² dah tak boleh.  

Citer Semarak Cinta ini pada mula citer nie je pun dah best.. banyak unsur usik mengusik.. kena mengenakan.. Bila baca boleh tersenyum sendiri.. tapi bila sampai part yang sedih tuh rasa nak menangis pun ada.... Don't worry.. citer ini happy ending.. dan best.

Aku bagi : 4 1/2 bintang dari 5 bintang

Sinopsis :


‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.

Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?



11 comments:

  1. wuish.. rajin benor ko membaca novel. kalau akak le mahap sesangat. memang tak de masak nak duduk diam diam membaca. sibuk memanjang. hehehe..

    baru je minggu lepas pinjam buku "INTERLOK" dari SIL. tu pun tak baca lagi. nak tau jugak kenapa la isu interlok tu begitu tegang diperkatakan kat media.

    ReplyDelete
  2. bagus akak...rajin tol layan novel...lieya dulu mase bujang2 mmg hantu novel...berbuku2 beli.....sonok, bile dah start bace.....mmgpayah nak stop...tak sabar nak tau ending die kan....gigih tu tak tdo malam dok pulun bace.....

    ReplyDelete
  3. me dah ada 3, 4 novel lum khatam sis...
    tapi baca jalan citer dia cam menariks gak nie..

    ReplyDelete
  4. Wah...menarik..tapi tu la..tak bape minat baca novel...hihi..si tecix kiz suka

    ReplyDelete
  5. saya baca novel sekali..jrg nak 2-3 kali..

    pastu simpan.. :D

    ReplyDelete
  6. dee susahlah nak curi masa skrg baca novel..

    ReplyDelete
  7. kalau baca novel, selalu pasan aku ni mcm heroin novel tu..kalau dia sedih, aku sedih...kalau heroin tu hepi aku pun ikut hepi...hehe..

    ReplyDelete
  8. saya tak sempat nak baca novel.. minat tue ada gak?

    ReplyDelete
  9. baca sinopsis jelah jawabnyer hehe

    ReplyDelete
  10. ada pendekatan psikologi dalam novel itu ye...

    ReplyDelete
  11. dulu sy suka lah layan novel camni..tp skang rs cam sama je plotnya malas dah..trus mood baca novel ke laut..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss