KUALA LUMPUR, 26 FEB 2011: Setelah menjalinkan hubungan cinta lebih setahun, akhirnya pasangan merpati dua sejoli penyanyi, Siti Sarah Raissuddin dan ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhammad atau Shuib selamat disatukan dengan ikatan perkahwinan yang sah.
Malah dengan hanya sekali lafaz, Siti Sarah pun sah menjadi isteri kepada Shuib dalam majlis yang cukup sederhana yang telah berlangsung di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, sekitar jam 5.50 petang tadi.
Mempelai yang mengenakan busana rekaan Hatta Dolmat serta ditata rias oleh Deq Sha ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Perseketuan, Mohd Nizar Mohd Nadzir yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar.
Selain disaksikan oleh ramai tetamu dan media yang hadir, pernikahan mereka juga telah disaksikan oleh bapa Sarah sendiri iaitu Raissuddin Hamzah dan ibunya Nooriaini Mohamad yang merestui perkahiwinan satu-satunya puteri mereka.
Siti Sarah yang bersalaman dan menerima kucupan mesra di dahi juga telah menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Shuib bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang pada petang tadi.
Pihak perempuan yang menerima mas kahwin secara tunai sebanyak RM1000 dan lima dulang hantaran turut membalas juga lima dulang hantaran kepada pihak lelaki. Antara hantaran yang diterima Siti Sarah seperti kitab Al-Quran Telekong, barangan penjagaan diri dan wangian, tepak sireh dan kek perkahwinan dari Blooming Cake.
Manakala hantaran berbalas dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah seperti Al-Quran dan sejadah, barangan penjagaan diri dan wangian, sireh junjung, kek dari Blooming Cake dan sebentuk cincin. Namun wang hantaran telah dirahsiakan atas kehendak keluarga kedua-dua belah pihak.
Ditemui portal murai.com.my selepas majlis akad nikah, Shuib yang lega selepas diijabkabulkan berkongsi bibit-bibit cintanya bersama Siti Sarah selama dia mengenali isterinya itu.
"Sarah merupakan orang yang pertama membuka hati saya untuk serius dalam perhubungan. Dialah satu-sataunya wanita yang dapat menambat hati saya untuk terus mahu bersama dengannya untuk selama-lamanya.
"Dia sangat istimewa dalam hidup saya. Selepas saya kenal dia, dia telah buat saya menjadi insane yang lebih baik dan mula fikir mengenai masa hadapan. Sikap manjanya membuatkan saya tak mampu untuk berjauhan dengannya," luah Shuib.
Sementara itu, Sarah yang tersenyum disamping sumainya ketika di temu bual bagaimanapun memberitahu Shuib dan dirinya mempunyia satu arah yang sama yang membuatkan dirinya yakin untuk bersama Shuib untuk selamanya.
"Saya susah untuk menerima cinta dalam hidup saya. Tak mudah untuk saya berikannya begitu sahaja tetapi bila saya benar-benar cintakan seseorang, orang itu akan saya genggam erat untuk selamanya.
"Saya kagum dengan kesungguhan Shuib untuk mendapatkan saya. Dia seorang yang penyabar, jujur dan sangat telus dalam perhubungan. Apa yang paling penting kami mempunyai satu jalan yang sama untuk kami tuju.
Namun apakah persamaan itu biarlah kami berdua sahaja yang tahu,"jelas Sarah yang tersenyum manis.
Majlis nikah yang serba sederhana serta indah itu telah dihadiri oleh bapa hanya sanak saudara terdekat dari kedua -dua belah pihak dan cuma kelihatan beberapa tetamu selebiriti seperti Sharifah Shahira dan suami, Ijoy serta composer Aidit Alfian Mohd Dom.
p/s : Selamat Pengantin Baru buat Shuib dan Sarah. Moga perkahwinan yang dibina ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan mendapat zuriat yang soleh & solehah. Amin..
Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?
“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”
“Apa dia? Aku buat apa?”
“Kau luku kepala aku tu kenapa?”
Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq? ‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya.
Peminat² yang suka membaca novel dapatkan di pasaran yer..
Hampir seminggu ura-ura Daphne Iking memeluk Islam sudah menjadi buat mulut orang ramai, terutamanya di kalangan followers kami. Hari ini, kami menerima berita yang mengesahkan status agama & status perkahwinan Daphne Iking, atau nama barunya Dahlia Eleanor Iking.
Menurut KakInaKL.com, semalam dia berkesempatan menemui Daphne Iking di Actor Art Studio bertempat di Lot 10 sempena pementasan teater. Kehadiran Daphne Iking bersama seorang jejaka Melayu yang hensem menimbulkan pelbagai persoalan.
Kesempatan ini diambil oleh KakIna untuk bertanya mengenai status agama Daphne Iking.
Daphne Iking mengakui bahawa dia sudah memeluk Islam & kini memegang status sebagai seorang isteri. Dalam senyap, sebenarnya Daphne Iking sudah pun melangsungkan pernikahannya bersama seorang jejaka Melayu sekitar awal tahun ini. Kalau diikutkan, ini merupakan perkahwinan kali kedua Daphne Iking.
Sumber kami yang lain ada memaklumkan bahawa suami kepada Daphne Iking bernama Azmi, atau lebih dikenali sebagai Joe. Azmi merupakan bekas Managing Director untuk Redberry Group.
Selama ini, kehadiran mereka berdua dalam mana-mana acara dilihat sebagai pasangan kekasih, rupa-rupanya sudah pun menjadi suami isteri. Kami ucapkan tahniah kepada Daphne Iking, semoga dia tabah menjadi saudara baru Islam, dan seorang isteri yang baik buat Azmi. Doakan yang terbaik buat mereka berdua!
p/s : Tahniah buat Daphne dan hubby. Moga hubbynya dpt bimbing Daphne menjadi sorang muslimah.
kronik dahh aku nie leh ..tak ingat diri dah kalau
dah mula membaca.. mesti nak cepat habiskan..
Citer yang sangat best.. dan happy ending..
Jalan citer yang sangat sempoi.. Aku suka citer²
keluaran dari Kaki Novel nie..
Sinopsis :
Dua-dua tak sebulu. Bila si lelaki kata mahu, si perempuannya pula kata tidak. Hari-hari kerja mereka bergaduh saja. Macam anjing dengan kucing. Pantang berjumpa, pasti tak sah kalau si perempuan tak mengalirkan air mata. Boleh ke si dara dan si teruna ini hidup bersama?
Dalam benci ada cinta. Mulut kata benci tapi hati tetap kata cinta. DZ tak mengalah walaupun berkali-kali dia ditolak. Fenn telah menutup pintuk hatinya untuk bercinta semula. Pelbagai cara dibuat untuk memastikan si dara jatuh ke tangannya. Dendam sudah bertukar rindu dan sayang.
Fenn tak mahu cepat mengalah. Cintanya sudah berkubur bersama jasad lelaki yang paling dicintainya. Tapi siapa yang mampu mengelak kehendak Tuhan. Sekuat mana mindanya menolak, sekuat itu jugalah hatinya menarik DZ ke dalam jiwanya.
“Cinta Iqram Dzulqarnain hanya untuk Nur Fazreen.”
Mampukah Nur Fazreen juga mengungkapkan kata-kata yang sama?
Selalunya…kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!
I
“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri.”
“Siapa? Pacai? balas mak, sarkastik.
Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah…” kata mak lagi.
“Makkk…” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya…tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi…? Ugut mak.
Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa
II
Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?
Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!
Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi
Aku bagi 3/5 bintang
p/s : Aku ada 2 lagi novel yang telah aku pinjam dari Cik Mell...
Aduhai..nak nyambung N3 yang lepas sikit laa punya lama kan.. Hmm.. tah laa lately nie.. rasa cam tak de mood je nak update.. Yang buat aku lemah semangat skrg nie sebab kamera aku punya charger battery tah kemana hilangnye.. jadi aku tak dapat nak ambik gambar. So banyak gambar² aku terpaksa pakai kamera henpon jerk. Tu yang banyak gambar tak berapa nak clear..
Kita sambung yer..
Lepas selesai aku ke telekom.. aku terasa² nak makan sup meletup. Jadi aku ajak laa hubby aku ke Bandar Tun Razak.. tempat aku makan sup meletup sebelum nie.. Cam biasa aku order Meehoon Sup Campur dan hubby aku plak order Nasi Ayam. Air plak weols order air Tembikai.. gelas besor punya.. Sempat lagi aku tapau sup nye aje bawak balik leh wat makan malam plak..
Nasi Ayam.. hubby aku punya...
MeeHoon Sup Campur.. Aku punyer...
Amboi seriusnyaa bangg.. tau ler laporr..
Senyum lerr sikit.. hehehe
Dah kenyang..makan.. weols pun balik.. laa. Aku ke rumah makcik aku plak. Makcik aku ada masalah ngan maid dia.. Maid dia wat hal laa plak. Pepagi tuh makcik aku tepon weols.. bagi tau yang maid dia dah lari. Aduhai sikit laa punya sakit hati. Makcik aku tuh layan dia punya laa baik.. tapi tu laa tak tau nak diuntung laa.. wat perangai gini.
Weols temankan makcik aku wat report polis laa kat Balai Bt 9. Cheras. Aku ada gak laa try call henpon dia.. tanya dia kat mana... Macam² laaa alasan yang dia bagi.. katanya nak balik laa.. tak tau nak balik laa..macam kelentongnya.. Lama² weols pun dah tak percaya cakap dia.. cakap berbelit². Dah laa bayar mahal nak dapatkan dia..masuk ke Msia nie.. Ish sabo je laa.. tak tau dah nak cakap cam na.. Kalau bercakap lembut gigi dari lidah.. Dia ada call makcik aku katanya nak keja balik..tapi tau laa apa keputusan makcik aku..tuh.. Aku nasihatkan dia..tak payah laa ambik dia balik..wat menyusahkan aje.. Rasanya maid tuh takut tuh sebab makcik dah cakap dia tak report polis....tu yg sebuk nak keje tuh..
Fuhhh! Fuuhhh! banyaknyaa sawang mat spider wat umah kat sini....ikss.. maklum laa dah seminggu blog nie tak berupdate. Aku kalau bercuti.. blog pun cuti laa jugak.. hehehe.. mood untuk update blog yang bestnyaa dari ofis..jerk.. kalau kat umah.. ke laut lerr jawabnya.. hehehehhe.. :)
Okey.. rasanya ramai dah stat keje hari nie kan.. lepas cuti ghaye cina.. so selamat kembali bekerje ekk..
Aku nak citer hal pagi tadi laa.. masa nak gi keja.. tayar moto belakang ada kempis sikit laa.. Lepas antar anak aku ke sekolah.. weols singgah laa kat ESSO Jalan Connaught.
Kat ESSO sini ler.. pam angin nye rosak.. pam patutnya masukkan
angin tapi pam dia kuarkan angin..
Memang naik hangen ler weols..
Shell nie plak pam anginnya rosak.. ikss sabo je laa..
tak de ke inisiatif nak baikkan utk pengguna.. sabo je laa..
Tu diaa.. my rescue dah sampai dengan senyum lebaarnyaa...
Kat pam tuh tak de laa plak letak tanda rosak ke apa ke.. hubby pun pam ler angin.. Mula² tuh nampak cam okey jerk.. rupa²nya pam tuh.. mengepam angin kuar lagik dari tayar.. terus kempis. Adess sabo je laa..
Hubby pun tolak laa moto nak gi Shell plak kat sebelah.. ingatkan leh pakai..upanyaa..sama gak ler.. rosak. Hampeh tul.. Hubby cakap dia kena gi carik petrol station lain.. nasib baik ada Shell lagik satu kat Taman LenSeng dan nasib baik laaa tayar tuibless nie masih boleh lagi gerak.. tapi plan² laa. Aku plak kena laa tunggu kat situ kejap. Nasib baik tak lama..dapat laa gi pam tayarnya..tuh.
Rupanyaa tayarnya..tuh ada koyak sikit.. Mungkin sebab.. ada sekali tuh weols lalu kat satu jalan tuh.. jalan nya diturap tak berapa nak elok laa.. Jalan dah turap tapi mendap ke dalam jadi bila lalu cam berlubang laa.gak kan..mungkin sebab tuh kut.. Jadi tadi masa aku tepon hubby.. dia gi tukar tayar laa plak.. Hmm dah koyak cam na nak tampal.. Tak kisah laa janji esok leh gi keje naik moto kalau tak aku kena bawak keta.. sure besok jalan jem giler..bila semua orang dah beransur² masuk keje....
Alhamdullillah laa aku selamat sampai kat ofis.. sebelum taim tuk clock in.. :)