Monday, March 28, 2011

Zul Huzaimy Bercerai Talak Dua



PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, 33, Nor Dalilah Muhammad, 29 mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang.

Menurut Dalilah sebelum itu, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula selepas kejadian berkenaan.

"Memang selepas itu Zul banyak berubah dan dia tidak seperti dahulu. Malah selepas penceraian tersebut, Zul berhasrat untuk merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi.

"Bagaimanapun, mungkin kami tidak ada jodoh, perancangan itu tidak menjadi dan kami berpisah secara baik. Anak kami, Awal Haziq, 5, pun dah faham dengan keadaan yang berlaku," katanya yang dihubungi mStar Online, Ahad.

Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.




Tambah Dalilah, walaupun umum tidak tahu tentang hal penceraian mereka, rakan-rakan terdekat serta keluarganya sudah pun mengetahui hal tersebut.


Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama.


"Kami tak mahu membawa isu hak penjagaan anak dan pembahagian harta sehingga ke mahkamah kerana ia akan jadi lebih rumit. Tentang nafkah pula, saya tidak kisah jika Zul mahu beri ataupun tidak.


"Rumah yang diduduki kami sebelum ini pula berkemungkinan akan dijual," tuturnya.


Ditanya adakah kemungkinan mereka akan berbaik semula Dalilah memberitahu tidak akan berbuat demikian kerana mereka mahu membawa haluan sendiri.


"Kami dah tidak ada kaitan suami isteri lagi dan hanya akan bercakap tentang hal anak sahaja.


Lagipun saya ada dengar cerita yang dia sudah pun ada seseorang. Apa pun, saya mendoakan kebahagian diri serta kerjayanya," ujar Dalilah.


Sementara itu, Zul gagal dihubungi mStar untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya tentang penceraiannya itu.


Gosip keretakan rumah tangga Zul Huzaimy sudah kedengaran sejak tahun lalu tapi pelakon itu enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata ia adalah kisah peribadi yang tak perlu dihebohkan.


Kredit Mstar Online

p/s: Aku suka dengan lakonan Zul nie..seorang pelakon yang berkaliber..tapi iye laa jodoh tak panjang.. Moga dia dpt bertemu kebahagian yang dia cari selama ini.. Insyallah.. tapi kalau dpt kembali dengan bekas isteri..utk kebaikan anak lagi baguskan.. 

Friday, March 25, 2011

Majlis Tahlil Arwah

Tengahari tadi Bahagian Pentadbiran mengadakan majlis 
tahlil untuk  kakitangan weols yang baru² ini 
telah meninggal dunia.  
So, aku dan staf dari Bahagian aku join laa sekali. 
Weols bayar untuk makan RM5 jer. 
 Majlis bermula dalam pukul 11.30 pagi.  
Iye laa kena mula awal..sebab 
nanti yang lelaki kena pergi masjid untuk 
sembahyang Jumaat.

Makanan untuk hari nie ada 
Nasi Ayam, Bubur Kacang Hijau, Kek Coklat, 
Swiss Roll Cake, Buahan dan Air Sirap.  
Alhamdullillah.. majlis berjalan 
dengan lancar. 


Majlis diadakan di bahagian belakang pejabat pentadbiran.


Antara teman² yang hadir 


Orang² kuat Pentadbiran membantu dlm mengagihkan 
ayam² takut tak cukup nanti..


Sempat laa berposing sebelum menjamu selera..




Wajib ambik gambar makanan kan.. hehehe.. 
korang tengok aje laa yer..nyum²


P/s : Takziah dan Al-Fatihah utk keluarga Wan Teh (nenek saudara) yang meninggal hari.. ini.  Tak sempat nak pergi menziarah..Moga rohnyaa ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh. Amin

Thursday, March 24, 2011

Anak Mengamuk Ibu Kahwin Lain

KUALA LUMPUR: Berang kerana tidak bersetuju perkahwinan semula ibunya dengan individu lain, seorang lelaki berusia 28 tahun bukan saja memaki-hamun bapa tirinya, malah bertindak kejam membelasah ibu kandungnya sendiri di rumah mereka di Jalan Teratai, Ampang, di sini, Ahad lalu.  Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, wanita berusia lewat 40-an terbabit mendakwa cedera di tubuh selain patah tangan kanan selepas terkena pasu bunga yang dihentak anak lelaki tunggalnya itu.

Kecewa dengan tindakan kejam anaknya itu, mangsa ditemani suami membuat laporan di Balai Polis Ampang berhubung insiden berkenaan.  Difahamkan, wanita terbabit baru berkahwin dengan lelaki berusia lewat 40-an kira-kira empat bulan lalu selepas dia kematian suami dua tahun lalu. Namun, anak lelakinya itu dikatakan tidak merestui hubungan berkenaan selain sering memberontak.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, ketika mangsa berada di rumah mereka, suspek dikatakan pulang ke rumah dalam keadaan marah.  “Sebaik masuk ke dalam rumah, suspek dikatakan memaki-hamun bapa tirinya dengan kata-kata kesat. Tindakan bapa tiri suspek yang mendiamkan diri menyebabkan suspek bertambah berang, namun dia tidak menyerang lelaki terbabit.

“Sebaliknya, suspek beralih arah kepada ibunya sebelum dia memaki-hamun wanita berkenaan. Tidak tahan dengan tindakan biadab anak lelakinya itu, wanita terbabit mula mempertikaikan sikapnya menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka lebih 20 minit,” katanya.

Difahamkan, bapa tiri suspek masih mengambil pendekatan berdiam diri kerana pada mulanya dia yakin kedua-dua beranak itu mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri selain tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Sumber itu berkata, suspek bagaimanapun hilang pertimbangan sebelum dia dikatakan memecahkan semua barangan dalam rumah itu.

“Walaupun ibunya menangis sambil merayu kepada suspek supaya memberhentikan tindakannya itu, lelaki terbabit tidak mengendahkan rayuan berkenaan sebaliknya dia menjadi lebih agresif,” katanya.  Sumber itu berkata, tidak tahan melihat tindakan anaknya itu, wanita terbabit mula menghalangnya, namun tindakannya menyebabkan dia dipukul anak kandungnya itu.

“Masih tidak puas hati, suspek menghentak ibunya menggunakan pasu bunga dan walaupun wanita terbabit sempat mengelak, hentakan itu tepat mengenai tangan kanannya.  “Melihat ibunya mengerang kesakitan, suspek melarikan diri dari rumah berkenaan. Bapa tiri suspek membawa ibunya ke klinik di kawasan berhampiran sebelum doktor yang merawatnya mengesahkan tangan kanan mangsa patah,” katanya.

Selepas menerima rawatan, mangsa tampil di balai polis berhampiran rumahnya sebelum membuat laporan berhubung insiden berkenaan kerana mendakwa bimbang terhadap keselamatan diri dan suaminya.  Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.


P/s :  Apa laa nak jadi anak² zaman skrg nie.. sampai sanggup nak mencederakan ibu yang melahirkan.. sampai cedera dan patah tangan.. Sampai hati betul yer dia bleh buat ibunyaa..gitu.. Kut marah sangat ibu tuh kawin nak buat cam na.. restukan aje laa..  Aduhai.. anak..

Sumber : Metro Online

Wednesday, March 23, 2011

ReUnion S.M Convent Sentul

Ahad, 20 Mac 2011 seperti yang pernah aku ceritakan tentang hendak mengadakan Reunion sekolah weols.. akhirnya tiba laa harinya.  Majlis Reunion ini telah di adakan di Bilik 4, Hotel International Kuala Lumpur.  Aku sampai di sana dalam pukul 12.30.. iye laa dah jadi AJK kena laa datang awal.  Nasib baik tak terperangkap dalam jem.. mana taknyaa.. masa hari tuh banyak jalan ditutup dan tak pasti sebab apa.  Aku dihantar oleh hubby sebab dia plak nak ke kenduri bossnya di Bangi.

Pendaftaran dibuka pada pukul 1.45 tengahari.  Ramai yang lambat sebab terperangkap dalam jem dan hari plak hujan lebat.  Sapa yang mendaftar dapat goodie bag dari PDRM dan juga bag kat dalam ada majalah dan pencuci muka yang telah disponsor oleh Cik Azura, MC weols pada hari tuh.

Seramai 46 orang telah menyertai reunion kali ini.  Tahniah pada Puan Siti Zarina yang telah berjaya menganjurkan program ini.  Alhamdullillah apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar.  Iyelaa lepas nie tah bila laa dapat berjumpa kembali.

Bermacam acara di adakan.  Ada muzikal chair, poco², jawab soklan lagu sekolah dan macam² lagi.  Ada juga cabutan betuah. Hadiah ini sebenar adalah dari weols yang hadir sebab sapa² yang datang hendaklaa membawa hadiah.. kiranya betukar² hadiah laa..

Makanan pun banyak dan kiranya berbaloi sangat sebab bayar RM40. Majlis berakhir dengan bergambar beramai² dan weols balik dalam pukul 6 petang.  

Aku rasa seronok sangat dapat jumpa kembali kawan² lama... Dalam bilik tuh havoc dengan perangai masing² yang giler².  Happy sangat.. Moga dapat di anjurkan lagi majlis macam ni masa akan datang.. Insyallah.



Bilik yang telah ditempah untuk majlis


Atucara 


Ini Gift yang aku bagi


Aku sponsor dua lagik hadiah utk acara game


Bergambar kenangan


Aku dan Puan Pengerusi Progam.. 
Cayalaa laa dengan dia.. sebab berjaya 
organise majlis ini


Meja untuk vegetarian


Aku dengan BFF.. Ody..


Ini hamper aku kongsi dengan Ody.. menang dapat jawab soalan
Weols kena nyanyi lagu rumah.. tapi lagu yang kalah..hehehe


Antara makanan yang ada.. semuanyaa sedap




Tengok laa aksi dia orang nie.. maklum laa ramai 
pompuan so ikut pala dia orang ler..


Sumbangan hamper ini di beri pada sorang rakan 
weols yang telah mengalami 
sakit tapi sudi jugak nak join


Goodie bag dan barangan di dalamnya


Ini plak hasil dari cabutan bertuah aku 
dapat selimut..No. 17


Monday, March 21, 2011

Moga Kak Anum Tenang Di Sana

Al Fatihah dan Salam Takziah Buat Keluarga Kak Anum

Semalam dalam 12.30 tengahari aku dapat panggilan dari kawan ofis aku.  Dia bagi tahu yang Kak Anum yang penah aku tulis N3 mengenainya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.  Aku tak dapat laa nak pergi melawatnya semalam.  

Jadi tengahari tadi aku ikut teman² ofis yang lain pergi ke rumah kakaknya di flat PPR Taman Batu Muda.  Weols dapat laa berjumpa jugak dengan emak Kak Anum.  Weols sempat laa bacakan Yasin beramai² untuk di sedekahkan pada arwah.  Arwah disyaki mengidap kanser darah.  Katanyaa terlebih sel darah putih. Meninggal dalam pukul 4.30 pagi di hospital PPUM.

Lepas bacaankan Yassin... tak sangka plak kakaknya jamukan weols dengan mee goreng.  Lepas makan weols dibawa oleh suami arwah dan anaknya pergi melawat ke pusaranyaa.  Arwah di kebumikan di perkuburan Karak kalau tak silap laa..

Aku mendoakan agar roh Kak Anum ditempatkan bersama² orang² yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Tuesday, March 15, 2011

Konsert Penghayatan Islam

Malam tadi aku ikut hubby pergi tengok konsert yang dianjurkankan oleh pelajar² UNIKL BMI dan hubby aku sebagai penasihat dia orang dan yang tolong dealkan dengan artis.   Artis yang dijemput adalah MEL bekas penyanyi kumpulan rock Wings.  Sekarang Mel banyak menyanyikan lagu² berunsur ketuhanan.  Kiranyaa weols nie nak bagi support laa kat pelajar² nie yang jual tiket berharga RM10.  Hubby aku cakap memula tuh ingatkan tak ramai laa pelajar² yang datang.. tapi alhamdullillah dewan nampaknya penuh.  Lebih kurang 500 yang hadir memberikan sokongan.

Suara MEL pun tak banyak berubah masih lagik mantop..  Lagu² ketuhanan yang sedap walaupun tak penah dengar sebelum ini. Sempat jugak laa dia menyanyikan lagu hit dia 'Semalam Yang Hangat' tapi berduet dengan seorang pelajar yang diminta untuk sama² berduet dengan dia.

Ada juga sketsa yang dilakonkan oleh pelakon yang MEL bawa dari Istana Budaya.  Persembahan sketsa yang meninggalkan kesan. Konsert selesai dalam pukul 11.45 malam.  Ada disediakan jamuan ringan tapi weols dah penat dan ngantuk jadi terus balik laa..

Tiket Konsert


Di kaunter pendaftaran


Hubby bergambar kenangan ngan MEL


Sketsa.. yang baju putih tuh hati dan baju merah tuh nafsu


Bergambar kenangan 


Aku sempat ambil video sikit masa MEL nie nyanyi 
Semalam Yang Hangat


Video klip lagu  yang Mel nyanyi..
Masa nie muda lagik si MEL nie

Monday, March 14, 2011

Ke Tone Excel

Sabtu, 12 Mac 2010.. Hubby aku mengajak weols ke Tone Excel Sdn Bhd.  Katanya.. dia dapat Lucky Draw.  Aku memula tuh tak percaya laa..so aku ikut laa dia pergi ke sana.  Pejabat Tone Excel ini terletak kat Bandar Sri Petaling.. kiranya kat belakang C4 Endah Parade laa..  Nak tau lebih lanjut pasal Tone Excel klik SINI

Hubby aku dapat RM200.  Kira rezeki weols laa hari tuh. Alhamdullillah..Lepas balik dari Tone Excel weols terus ke Giant Tmn Connought.  Ingat nak carik  DVD untuk XBox anak aku.. iye laa dah cuti² sekolah nie boleh laa dia layan game tapi kat kedai yang selalu jual DVD tuh tak de plak banyak choice dan kedai² kat sekitar situ pun cam tuh sebab takut kena rush jadi dia orang tak berani simpan DVD game tuh.

Dah tak dapat beli game aku singgah ke Giant kejap..beli sikit barang dan terus balik umah sebab ada orang nak delivery barang yang aku beli 2 minggu lepas.  Lepas Asar weols kuar balik ke C4 cari lagi DVD kat situ plak.. nasib baik ada.. dapat laaa 2 keping.  Aku plak singgah kat kedai kat situ beli seluar slack putih.  Sebelum balik tuh singgah KFC tapau untuk weols makan malam tuh..













Friday, March 11, 2011

Moga Maju Jaya Kak Mariam

Tengahari tadi aku join Bahagian Pentadbiran
untuk majlis meraikan pertukaran Kak Yam ke
Jabatan Kemasyarakatan,  Fakulti Perubatan.
Kiranya majlis perpisahan gak laa..
Walaupun masih lagi dalam satu organisasi tapi
dah kuar gak laa dari Jabatan aku nie..
Dia orang aturkan majlis makan tengahari 
ini di Kolej Pertama.  

Antara teman² yang hadir..

Patutnyaa ramai gak laa yang hadir tapi yang ramainya
orang perempuan laa.. maklum laa yang lelaki nak cepat 
pergi sembahyang Jumaatkan.  Yang lelaki nya cuma
Dato' Pengarah dan Penolong Pendaftar je dan 
2 orang kakitangan lelaki yang datang kejap makan.

Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pengarah
dan juga ucapan dari Kak Yam sendiri.  Menetes
juga laa air mata ini.. walaupun aku baru
aje mengenali Kak Yam tapi mungkin Kak Yam
ini seorang yang lembut.. cam rasa sayang
plak nak mengucapkan selamat pada Kak Yam.
Lepas tuh penyampaian cenderamata
pada Kak Yam.

Amanat Dato' pada Kak Yam


Kak Yam menyampaikan ucapan terima kasih pada teman²


Penyampaian cenderamata utk Kak Yam oleh Dato Pengarah


Lepas itu apa lagi.. makan taim..
Hidangan weols tengahari ini ada Kerabu Pucuk Paku
dengan Kerang, Tenggiri Masak Kicap, Ayam Masak Merah,
Ulaman Kacang Botol, Pegaga, Timun dan Sambal Belacan.
Ada buah betik & tembikai.  Air Sirap Selasih dan 
juga Sagu Gula Melaka..


Antara hidangan weols hari ini


Hmm.. Nyum²


Sagu Gula Melaka & Buahan


Aku dan Kak Rabitah


Bersama akak²

Selesai makan.. ada yang siap tapau lagik..bagi
kawan² yang tak dapat hadir sebab ada hal
lain.  Aku balik naik bas jerk..dan sampai
ofis dalam pukul 2.30.  Sempat laa clock in
untuk tengahari plak..

Aku dan Kak Mariam

Aku ambil kesempatan ini mengucapkan
Selamat Maju Jaya pada Kak Yam dan
dapat menjalani kerja dengan baik
dan gembira di tempat baru.


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss