Wednesday, June 29, 2011

WordLess Wednesday..

Tarikh : Hari nie..
Tempat : Pantry Ofis..
Agenda : Makan²

Makanan weols hari nie.. kenyang sampai petang..


Byknya kuih

Enterprame jap

p/s : Kenyang betul.. bbbrrrpppp..alhamdullillah

Tuesday, June 28, 2011

Tuan Rumah Pembantu Rumah


Aku tak boleh laa.. nak stop baca novel.  Ingatkan cuba laa
juga.. tapi bila tau ada ofismate beli novel ini aku pun
pinjam laa dari dia..  Cerita yang lebih kurang jugak
dengan novel MAID tapi yang ini mengisahkan 
pembantu rumahnya adalah anak orang kaya tapi
lari dari rumah sebab tak nak kawin dengan tunangnya
yang curang.. berkenalan dengan tuan rumah yang
garang dan suka mencari pasal.. lama² jadi suka
dan terjatuh cinta.. kalau nak tau citer yang
selanjutnyaa korang dapatkan  laa di pasaran yer..

Aku beri 4/5 bintang

Sinopsis :

“Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi? 


Monday, June 27, 2011

Alaaa Comeinyaa Anak Jimmy Nie

Gambar Kredit : Oh Bulan


PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley yang baru sahaja menerima kelahiran cahaya mata sulungnya, Zahrah Shanley pada 24 Jun lalu, mahu anak perempuannya itu membesar di depan mata.

Bayi seberat 2.2 kilogram itu selamat dilahirkan oleh isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy secara pembedahan di Pusat Perubatan Putra (PMC), Sungai Buloh pada pukul 6 petang, Jumaat lalu.


“Setelah isteri saya selesai berpantang di rumah mak mertua saya, saya akan membawa anak kami tinggal bersama-sama saya dan membesarkan dia secara sederhana. Jadi, isteri saya perlu mengikut serta jika dia mahu tinggal bersama-sama anak.


“Saya rasa, itu sahaja cara yang saya perlu lakukan untuk membawa isteri saya pulang kerana saya tidak akan menceraikan isteri saya seperti yang diinginkan olehnya,” kata Jimmy ketika dihubungi mStar Online, Ahad.


Jimmy yang telah melawat anak dan isterinya di hospital memberitahu makna Zahrah adalah sesuatu zahir yang cantik. Nama itu juga dipilih sempena gabungan hujung nama ibunya, Azizah (Zah) dan ibu mertuanya, Muniroh (rah).

“Saya sempat menjaga Zahrah sehingga pukul 2 pagi semalam. Bagaimanapun saya tidak boleh berlama-lama dengan dia sebab mempunyai komitmen lain yang perlu dilakukan.

“Bagaimanapun, saya akan meminta izin daripada mertua saya untuk tinggal sementara di rumahnya untuk sentiasa dekat dengan Zahrah. Kalau boleh saya nak Zahrah membesar depan mata saya,” ujarnya lagi.

Tambah Jimmy lagi: “Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani.

“Sudah sembilan bulan saya hidup sendirian dan tidak akan memikirkan untuk berkahwin lain atau mencari pembantu rumah untuk menjaga anak saya.”

Selepas isterinya selesai berpantang, Jimmy juga merancang untuk meraikan anaknya dalam majlis cukur jambul di rumah keluarga ibu mertuanya di Tanjung Dawai, Sungai Petani.

Sebelum menutup bicara, Jimmy turut sempat meluahkan: “Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Pasangan Jimmy dan Suhaila bernikah pada 1 Oktober 2010.

Pada 8 Mac lalu, Jimmy memfailkan permohonan nusyuz agar isterinya kembali taat kepadanya kerana anak.



Sumber Cerita : ForumCari. com


p/s : Aku harap Jimmy akan berbaik semula dengan isterinyaa.. kesian tgk baby yang tak besalah ini.. 

Friday, June 24, 2011

Jom Kita Gelak²

Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.   Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais. 

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada  menyediakan perkhidmatan wifi secara free.   Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt satu window tanya password..
 

"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.
 

"Yes boss?"
 

"Sini wifi aper dia punya password?"
 

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt window mintak password.
 

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"
 

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.
 

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.   Lantas gua tekan 'OK'
 

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.
 

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"
 

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"
 

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2  sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.
 

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
 
'tujuh empat kali' boleh tak?"  



Thursday, June 23, 2011

Terlanjur Mencintaimu



Novel ini juga aku dah tamat membacanyaa.. 
Jalan cerita yang menarik..dan tidak membosankan..
Antara kisahnyaa.. seperti kebanyakkan novel mengisahkan
perjodohan oleh orang tua.. Mula² tak suka tapi lama² jatuh
cinta.. Akhirnyaa..menerima satu sama lain.. dan 
happy ending.

Aku beri 5/5 bintang

Jom layan Sinopsis yer.. :

Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"


Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. 



Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.


Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!  "Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?


Wednesday, June 22, 2011

WordLess Wednesday..

Jumaat, 17 Jun 2011
12.30 tengahari
Ali Cafe di Pantai Baru


KueyTeow KungFu.. feveret nie..


Kedondong AsamBoi.. sedap.. 
1st taim oder.. teringat² ler plak..


Tuesday, June 21, 2011

KASIH YANG SUCI


Bila orang dok sebuk citer pasal citer NORA ELENA yang baru je tamat minggu lepas.. dan diadaptasi dari novel.. aku pun tak ketinggalan laa untuk mendapatkan novel ini.  Memang jalan citer dalam novel dan drama Nora Elena ada sikit berlainan laa..  Kiranya ikut dalam novel.. Si Seth Tan nie very² the romantis punya..hehehe.. tapi tak kisah laa.. aku dapat gak baca novel ini.. dan tengok drama ini hingga tamat.. 

Aku beri 5/5 bintang..

Sinopsis :

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru.
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa.saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.



Monday, June 20, 2011

Adoi.. Sedapnyaa..Bila Teringat....

Hari Sabtu lepas..dalam kul 10 lebih aku ke 
sekolah anak aku, ada perjumpaan ibubapa 
ngan guru.  Iye laa nak ambik report 
kad anak dan lepas tuh terus balik umah
sebab petang tuh ada orang
nak datang umah.

Lepas solat Maghrib, hubby ajak keluar 
pergi KL Sentral.  Katanyaa nak 
cari doggle YES.  
Sekarang ni ada promotion
RM100 dan dapat kredit RM50 
untuk surfing.

So far dia puashati laa.. iye laa YES kan 
berbentuk prepaid.

Semalam plak, lambat sikit masak untuk
makan tengahari.. sebab hubby aku
keluar pergi umah kawan dia kat Gombak.

Lauk yang dimasak semalam simple jerk
Gulai Ikan Masin Sepat ngan Nenas,
Ikan keli sambal dan Sambal Tempoyak
Tuh yang bila makan ngan nasi panas..
bertambah la plak.. :)

Tengah dok masak.. sambal niee..nyum²


Sambal Tempoyak tambah petai sikit.. feveret hubbyku..


Friday, June 17, 2011

Uols Dah Rasa Ker?

Hari Ahad lepas aku temankan makcik aku ke
Jusco Balakong.. Singgah ler kat
pasarayanyaa.. terpandangkan  buah kiwi nie..

Pernah nampak iklan kat TV.. so aku pun 
beli laa sepaket gini.. Harganyaa plak
tak berapa nak ingat laa....

Rasanya plak lagi sedap dari yang
warna hijau tuh.. dan ada manis² sikit.
dan warna kuning... 

Kalau nak simpan lama kena ambil
yang warna kulit kehijauan sikit so tak
de laa cepat masak dan leh simpan lama 

Pada tekak aku sedap laa tapi kalau tekak
orang lain tak tau laa plak..  dan kaya
dengan Vitamin C





Nyum² sedapnyaa..


p/s :  Kat tempat baru nie kurang privasi sikit.. maklum laa duduk kat tengah² alam nie.. apa kita buat orang boleh nampak kan.. tapi nie aku main redah jer.. wat N3.. yang simple nie..  Nanti sunyi plak blog aku nie.. :)

Wednesday, June 15, 2011

Meraikan Penghijrahan Hanas

Tengahari tadi aku join budak² Sivil.. 
Dia orang mengadakan majlis perpisahan 
untuk Hanas.

Aku penah laa bekerjasama dengan dia
masa aku di Bahagian Pembangunan Projek.

Aku mengucapkan Selamat Maju Jaya untuk
Hanas.. Moga bergembira di tempat yang baru.
Dia akan berpindah ke KUITHO di Johor

Majlis ini di adakan di Pizza Hut Bangsar..
Aku tumpang keta Kak Minah..
TQ yer Kak Minah.. 

Kek dari Bakers Cottage


Cenderamata untuk Hanas


Sedap kek nie


Teman² yang hadir meraikan..


Ramai yang hadir.. rasanya ada laa dalam 20 orang


Penyampaian cenderamata.. Seorang RM20 untuk
majlis ini.


Bergambar kenangan.. bersama Hanas..dan teman²


Nyum² sedap..nyaaa


Chicken Wing.. sedap gak.. tukar² dengan jiran 
sebelah.. dengan yang pedas..


Hari ini juga merupakan hari pertama aku bersiaran dan bekerja di ofis baru.. kiranyaa sekarang ini dan ketika aku menaip N3 ini aku telah pun berada di tempat baru.


Tuesday, June 14, 2011

Dah Lama Tak Tengok Wayang..

Isnin, 6 Jun 2011
Aku dan hubby cuti hari nie..
Weols ke Jusco Balakong sebab nak
gi tukar hadiah complimentary dari 
NUFFNANG
Rasanya ramai yang sambut besday
dapat pass percuma tengok 
wayang kan.. 

Happy laa jugak iye laa cam tak 
percaya laaa mula² tuh dapat email
suruh collect pass tuh.. so mintak
laa hubby tolong gi ambik.

Weols pergi TGV so pilih tengok citer
Pirates Of The Carribean..

Best giler.. memang best sangat..
Kelakar pun ada..gak..

Tengok wayang kali nie kiranyaa pertama
kali laa untuk anak aku nie.. iye laa
dah 10 tahun umur dia baru laa dapat
tengok wayang.. 

Kiranyaa aku nak berterima kasih
sekali lagi kerana dengan tiket free
tertunai laa hajat anak aku yang selama
ini dok bodek ayahnyaa ajak tengok 
wayangg..kesian pun ada masa tuh.. :)

TERIMA KASIH NUFFNANG..
muaahss lain kali jangan lupa yer
bagi lagik ...... suka sangat.. :)

Lepas tengok wayang weols pergi makan
kat Orkid Bistro.. kiranya makan²
celebrate besday aku dan anniversary 
weols laa...




Complimentary Pass


Best laa citer nie..





Bekas air ngan popcorn KungFu Panda tuh harganya.. 
RM14.90.. anak punya pasal
kena gak ler beli..adess..


Air yang weols order..


Nyum2.. sedapnyaa KueyTeow nie..


Nie hubby aku punya..order RM12.90


Anakku punya plak.. harganyaa RM12.90



Monday, June 13, 2011

HAZAMA... Juara Terakhir AF

Juara Hazama & Pengetua Amy Search




Single Terbaru Hazama ~ Cinta Teragung

PUTRAJAYA, 12 JUN 2011: Selepas 5 tahun menanti untuk bergelar sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF), penantian Hazama nyata amat bermakna apabila dia diumumkan sebentar tadi sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), sekali gus bergelar juara terakhir program realiti tersebut yang melabuhkan tirainya sebentar tadi dalam Konsert Final AF9.

Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 26, mula menceburi AF sejak musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, kejutan terbesar AF9 iaitu pengumuman Operasi Gugur di mana pelajar yang sedia ada akan digugurkan, dan dua calon baru dibawa masuk merupakan titik mula peluang kedua Hazama dalam program realiti paling popular di negara ini.

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya sebentar tadi, nama Hazama diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi sebagai juara AF9 menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung.

Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM 200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.

Lena atau nama sebenarnya, Lenaber Binti Haidir, 20, muncul naib juara AF9 dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM50,000, hamper serta wang tunai bernilai RM2000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Lena menyampaikan lagu Dunia nyanyian asal Bunkface dan lagunya sendiri Sisa Kisah Kita menyaksikan kemunculan istimewa Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam.

Fina, atau Nurshafinaz Binti Jebat, 18, peserta yang diserap masuk bersama Hazama memenangi tempat ketiga dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM20,000, hamper serta wang tunai bernilai RM1000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Fina mendendangkan lagu Satu Harapan nyanyian asal Jaclyn Victor di mana kakak dan adiknya tampil membuat persembahan bersama selain lagu singlenya sendiri, Menangis Lagi.

Seorang lagi finalis, Azri atau Mohd Azri Abdullah, 24, berada ditempat keempat dan membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM5000 serta sebuah kamera bernilai RM1499 tajaan Sony. Lagu untuk Azriadalah Ku Tak Bisa nyanyian asal Slank dan Niskala yang merupakan singlenya sendiri.

Konsert Final AF9 agak istimewa kerana menampil hos asal AF9, Aznil Haji Nawawi bersama bekas-bekas hos Akademi Fantasia iaitu AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim sebagai hos bersama. Pengkritik tetap AF9 iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan tampil bersama pengkritik jemputan yang juga bekas pengetua AF selama dua musim, Datuk Ramli MS.

Juara-juara lalu AF sejak musim pertama juga muncul dengan persembahan istimewa iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz kecuali Shahir yang mengalami kecederaan. Kumpulan yang dianggotai Pengetua AF9, Search juga tampil membuat persembahan dengan lagi Gothic Malam Eden, Isabella dan Pelesit Kota.

Akademi Fantasia musim ke 9 ini adalah musim terakhir setelah diterbitkan Astro buat kali pertama pada tahun 2003. Konsep program ini diambil dari program realiti Mexico, La Academia.


Berikut adalah kedudukan dan peratus undian selepas talian AFUNDI ditutup:
1. Hazama - 45%

2. Lena - 28%

3. Fina - 15%

4 Azri - 12%


p/s : Tahniah Hazama u deserved to win.. Tapi tak best laa plak selalunyaa bila penutup mesti Juara akan nyanyi balik lagu mereka sendiri.. Lagu single Cinta Teragung.. best!!!

Kredit : Murai & Astro


Friday, June 10, 2011

Jalan² Gi Tengok Ikan..

Ahad, 5 Jun 2011

Aku dan hubby bawa anak dan dua orang anak sedara 
gi ke AQUARIA  KLCC.  Weols pergi dalam pukul
3 lebih gitu.  Iye laa pada mulanyaa ingatkan nak 
ke Pusat Sains tapi akan tutup dalam 
ukul 5 petang so tak jadi laa.

Bayaran masuk ke sini untuk dewasa
 RM35 dan kanak² RM25 sahaja.. dengan
 MyKad..kalau pelancong 
kena bayar RM45.


Ini adalah kali ke dua weols ke sini
tapi utk budak berdua tuh.. 
ada lah kali pertama buat deols..

Jom layan gambar yer...





Ada satu lubang siap leh kuarkan kepala plak..


Bersama Nini & Nana















Woooww cantiknyaa gigi..




Cantik tarantula nie kan...


Ular pasir laut..


Obor-obor.. nie kalau terpijak bisa...




Nak balik dah.. tengok Jaws tuh nak ikut balik laa...
Bye..kalau ada peluang leh lagik ke sini..



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss