Friday, July 29, 2011

Cerita Forum Jom U-Turn Lagi

Okey seperti yang aku bagi tau semalam.. 
aku ke UNIKL.. ada 
Forum JOM U TURN.

Ahli panel yang dijemput adalah
Sham Kamikaze
Ringgo Arrow
Catriona Ross

Aku sampai di BMI dalam pukul 8.30 malam.  Mula² sampai tuh tengok dewan yang ramai cuma student perempuan aje.  Kerusi di bahagian tempat duduk lelaki banyak lagi yang kosong.  Iye laa semalam kan orang² lelaki kebanyakkannya tengok bola samada di Stadium atau pun di TV.  Tapi dalam lebih kurang pukul 9.15 malam tengok tempat duduk dewan hampir penuh dah.. Lebih kurang 1000 orang yang telah  hadir.

Forum dimulakan pada pukul 9.30 malam.  Moderator yang mengendalikan Forum ini adalah Ustaz Kamal yang juga penasihat pada pelajar² di sini.

Sham Kamikaze menceritakan bagaiman kisah dia mula² mendapat taufik dan hidayah.. Rasanya ramai yang telah lihat video pengakuannyaa di YouTube.  Dia juga sempat main gitar dia malam tadi.  Datang plak ke Forum semalam dengan berjubah. Curlast gitu.  Isterinyaa pun adalah orang yang selalu mendoakan agar dia berubah.  Dia juga kata sebelum mendapat hidayah ini dia jarang² sangat solat.  Bangun tido pun pukul 2 petang.  Dia bersyukur sangat kerana dia telah mendapat taufik dan hidayah dari Allah.

Catriona Ross plak menceritakan kisah hidup dia.  Dia yang dulunyaa seorang pelajar sekolah Agama di Kota Bahru Kelantan.  Ibu dia memang seorang yang kuat beragama jugak..laa.  Dia kata dulu masa sekolah pakai tudung labuh sampai lutut.  Dia marah dan rasa down bila dia bersekolah di situ hingga laa dia bersekolah disitu sampai tingkatan 3 pas tuh dia tukar sekolah masuk sekolah seni kalau tak silap.  Dia dulu pernah pakai 
'hair extention' dan dia rasa sedih sangat akan keadaan dia masa tuh.. dan lepas masa excident dulu pun doktor pernah cakap kaki dia yang patah dulu susah untuk sembuh dan dia mungkin susah untuk mendapat zuriat.  Tapi syukur alhamdullillah dengan berkat doa dan semangat dia bangkit dan dia mendapat hidayah memakai tudung semasa menemankan kawan dia pergi beli tudung di sebuah butik.. Di butik tuh dia sempat menyarung satu tudung.. tuh tiba² dia kata mendapat satu aura. dan tangan dia mengigil..lalu ditanggalkan tudung itu.. Lepas dari itu dia mula memakai tudung dan dia rasa.. sejak bertudung nie hati dia makin tenang dan sapa kata yang bertudung ini tak boleh bergaya.

Ringgo Arrow.. mendapat hidayah apabila didatangi seorang hamba Allah.  Mula² tuh dia rasa macam tak suka sebab nak lecture dia..tapi lama² katanya apa yang diberitahu itu dapat diterima.. dan dia rasa dah sampai masa dia berubah.  Sekarang ini katanyaa ramai dari kenalan dia dari Ustaz².  Dia pun ada CD baru yang lagu²nya dari segi ketuhanan. Semalam sempat laa dia menyanyikan sedikit dari lagu baru dia..dan petikan dari lagu lama dia. Sham Kamikaze main gitar dan dia nyanyi. best giler..suara dia.. tak pecah langsung.

Abis forum dalam pukul 12.15.  Biasa sesi bergambar dengan pelajar².  Pas tuh gi minum di cafe dengan d'ols nie semua.  Aku gerak balik dalam pukul 12.50 dan sampai di rumah dalam pukul 1.20.  Solat Isyak pas tuh gosok baju.. dan tido dalam kul 2 pagi.

Pagi nie mata ngantuknyaa.. maklumlaa pagi tadi plak hujan turun dengan lebatnyaa.. makkaaiihh sedappnyaa kalau dapat tarik selimut.

Aku ada gak tanya hubby napa tak panggil dia orang semua buat hari Jumaat malam.  Dia kata susah nak dapatkan dia orang nie jadual penuh sentiasa. Dan alhamdullillah dapat gak dia orang  nie datang semalam.

Cat semalam siap cakap ingatkan yang datang dalam 40 orang aje.. iye dia ingat sebab ada bola. tengok² ramai betul yang datang.. dia gembira sangat.



 Cat sedang menceritakan kisahnyaa..sampai menitiskan 
air matanyaa..


 Antara student yang hadir.. penuh dewan.. 


 Aku sempat bergambar dengan isteri Sham Kamikaze.. 
Cantik orangnyaa..

 Hubby bersama Moderator.. Uztaz Kamal.. Best sangat 
dia jadi perantara.  Kelakar pun ada.. Kiranyaa berkawan 
baik gak ngan my hubby


 Sempat lagik beli CD Ringgo Arrow. Beli dua RM20 aje


 Bersama dengan Catriona Ross.. Cantiknyaa dia..
kebetulan sama plak warna pink


Sham Kamikaze dan Hubby 


 Hubby dengan AJK dan Penal Jemputan


Dekan dan Panel bersama Commitee perempuan


Bergambar bersama Committee Lelaki







Thursday, July 28, 2011

Forum Jom U-Turn

Insyallah malam ini aku akan pergi menyaksikan Forum ini..
Sesiapa yang berdekatan dengan Gombak boleh laaa join
Forum ini.. Tau ler malam nie ada bola.. so sapa yang
tak pergi stadium dan tak minat tengok bola boleh laa datang..


Wednesday, July 27, 2011

WordLess Wednesday..

Mahal betul aku makan kat Food Court PPUM. Dah tau mahal 
aku makan gak kat situ..sebab lapar punya pasal laa..
aku lepas ambik darah pewut lapor....


Monday, July 25, 2011

Comeynyaa Baby Astronut Nie..

Sophea Isabella


Tanpa mekap pun masih lagi berseri muka Dr. Halina..


Comeinyaa.. pipi gebu...


KUALA LUMPUR - Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi Kosmo!, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. "Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya," ujar beliau.

Kredit -kosmo & Cari.com

p/s : Tahniah.. buat Dr. Shiekh Muzaffar dan Dr. Halina.. dapat baby girl yang sangat cute dan comel.. Didik laa anak ini menjadi anak yang baik dan solehah.


Friday, July 22, 2011

Makan² Dan Melawat Ofis Baru Pejabat TNC

Hari ini Jumaat, so rehat panjang sikit.  
Fizah ngajak lunch kat Ali Cafe.
Seperti biasa menu aku KueyTeow Kungu 
ngan Air Kendondong Asam Boi. Yang join
sekali pergi lunch dengan Cik Mell dan Nurul.
Gee dan Molly join weols kemudian.  So,
weols berenam ler makan² kat situ.

Lepas makan² dan chit chatting, weols
cadang nak gi melawat ofis baru Gee.  Iye laa
pejabat TNC (P) telah berpindah ke bangunan
Canseleri baru.  Pejabat baru ini terletak
di tingkat 8.  Masih lagi beberapa Jabatan
belum lagi berpindah masuk.

 Dari kiri : Molly, Gee, Nurul dan Izah


Izah dan Cik Mell 


Aku dan Molly 


Air feveret aku.. apa lagik kalau bukan Kedondong AsamBoi 


TomYam Putih.. Fizah yang oder.. aku rasa sikit sedap plak.. 


Pejabat TNC (P).. luas.. dan cerah.. clear jek..
nampak pemandangan 


Ruang pejabat.. TNC(P) Bhg Admin 


Waaahh besarnyaa pantry.. pas tuh dia orang punya 
bilik air pun banyak.. cantik plak tuh 


 
Ini lagik..pandangan dari depan.. pejabat Admin TNC (P)


Pemandang luar.. 


Nampak Menara TM 


Sempat lagi berborak..sebelum balik ofis..


Thursday, July 21, 2011

Makan Tengahari DiTaja

Tengahari tadi ada Jamuan Kesyukuran.
Makan tengahari ini ditaja oleh Pn. Julia,
Jurutera Awam sempena beliau menamatkan 
Master di UIA.

Weols makan Nasi Tomato, Ayam Merah,
Daging Masak Itam, Dalca, Jelatah, Buah'an,
Bubur Kacang Hijo, Air Sirap Limau dan
juga cupkek.

Terima kasih diucapkan pada beliau
kerana bermurah hati membelanja semua
kakitangan hari ini. Moga bertambah lagi
laa rezeki beliau.. 


 Sempat posing together² sebelum makan





 Hidangan yang tersedia untuk dimakan


 Nyum²


 Ini laa Pn. Julia (tudung kuning) yang 
bermurah hati belanja weols makan hari ini




Wednesday, July 20, 2011

Ramai Yang Menamatkan Zaman Bujang

Bulan Julai ramainyaa selebriti dan personaliti 
menamatkan zaman bujang dia orang.. 
Mungkin nak menyambut puasa dan 
berhari raya bersama agaknyaa.. 

Selamat Pengantin Baru pada semua yang
telah melangsungkan perkahwinan
Moga Kekal Bahagia Hingga ke anak cucu dan 
ke akhir hayat...

Azlan Abu Hassan & Isteri


Zul Handyblack & Isteri


Suka sangat tengok gambar Farah.. sangat cantik..


Farah & Johan

Nurul & Amir


Noh & Miz Nina


Tomok & Ayu

Kredit : Cari.com

Monday, July 18, 2011

Weekend Yang Sangat Penat

Hari Sabtu 16 Julai 2011, lepas aje bersarapan aku pun bersiap² nak hantar mak aku ke PPUM.  Mak aku mengalami bengkak di kaki. Sebelum tu aku dah bawa dia ke HUKM, lepas aje ambik darah dan buat scan, doktor kata tak de masalah apa².  Dibekalkan ubat antibiotik dan paracetamol untuk tahan sakit. Lepas seminggu aku pun masih belum kurang.. bawa dia plak ke Klinik biasa.. sambung lagik amik antibiotik untuk 5 hari.. pun masih tak de kurang. Tu aku ambik keputusan ke PPUM laa plak.  Bukan apa kalau kena tahan wad senang sikit aku nak berulang ke hospital.




Sampai di hospital, masuk melalui A & E, tunggu di panggil lebih kurang 20 minit.  Masuk kejap ke bilik konsultasi.. nurse ambik BP... dah selesai tunggu balik kat luar.  Tunggu dalam 15 minit dipanggil masuk jumpa doktor plak. Lepas doktor periksa dia ambik darah 3 tiub dan sementara tunggu result darah, doktor suruh plak buat X-Ray dada..so aku tolak laa mak aku ke bilik X-Ray plak. Dah selesai..dalam pukul 1.30 petang.. dia orang suruh tunggu plak lagi.. sebab dalam pukul 3 lebih nak pergi plak buat ultrasound sementara tu aku naik ke cafetaria beli sikit makanan.  Iye laa kena tunggu dekat 2 jam lebih.. lapor laa perut. Dekat pukul 4.. baru dipanggil masuk sebab nak hantar ke bilik Ultrasound.. jauh tuh nak jalan pas tuh kena tolak ke bilik Radiology kat Menara Utama.  Ada laa dalam 20 minit kut tunggu.. pas dah selesai turun balik ke A & E... tunggu doktor panggil plak.  

Jumpa doktor dalam pukul 5 petang.. masa tuh dah tukar doktor.. bukan doktor pagi tadi.  Nasib baik doktor nie cakap sorri la lama tunggu.. sejuk sikit laa hati nie... iye duk kat situ lebih seharian.  Dah check result semua.. cuma ada infection jek..tak de masalah lain.. Pas tuh doktor suruh buat X-Ray kaki laa plak.. adoiyaai.. berapa byk X-Ray pas tuh doktor A&E refer mak aku pada doktor Orthopedic plak.. so tolak plak laa mak aku ke bilik rawatan Ortho. Doktor Ortho masukkan mak aku ke wad.  Uruskan prosedur nak masuk wad laa plak kena tunggu lagik.. 

Masuk ke wad ortho di 9U.  Masa tuh dalam pukul 8.30 malam.. Lepas hantar mak aku ke Wad aku pun ke cafetaria belikan makanan Nasi putih ngan Sup Daging di Ani Sup Utara.  Iye laa hospital malam mana ada bagi makan.  Dalam pukul 9.30 baru aku balik.  

Mulanyaa doktor ortho nak wat operation kat kaki mak aku.  Mereka suspect mungkin ada nanah di bahagian dalam.. iye laa.. kaki mak aku sakit.. sebab ada bahagian yang luka tapi berair sikit.  Mak aku tak de kencing manis syukur sangat  iye laa takut laa kalau dah bengkak kaki suspect ada kencing manis.

Hari Ahad pagi tuh mak telefon bagi tau.. yang doktor dah buat lawatan pagi.. bagi tahu tak payah dulu wat operation.  Doktor masuk kan sebotol ubat antibiotik dan bagi balik tenghari..  Aku sampai di hospital pukul 1 tenghari.  Uruskan hal 'discharged' dia.. pas tuh pergi ambil ubat.  Sebeban ubat antibiotik di beri doktor untuk seminggu.  So appoitment seterusnya pada 27hb Julai ini.

Aku risau sangat.. iye laa harap mak aku cepat sembuh..korang pun tolong doakan untuk mak aku yer.. Terima kasih banyak²



RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss