Thursday, August 25, 2011

Berbuka Puasa

Hari Ahad lepas, Kak Nyah, Kak Yang, Angah dan
Kak Yong sekeluarga datang berbuka pose
kat umah aku.

Makanya paginya tuh aku dan hubby
 ke pasar bt9 membeli barang keperluan 
untuk memasak.

Juadah hidangan berbuka pose aku pada
hari tuh.. ada Masak Lomak Cili Api Ayam Nenas,
Sambal Sotong, Sayur Kobis, Ikan Masin dan
Ikan Bawal Masak Kicap dengan air teh dan
air epal jus ais..serta dengan Pengat Pisang
 Selain dari itu dia orang datang bawa
murtabak, otak-otak dan Kak Nyah bawa
sambal udang.. banyak laa makanan berbuka
pose weols.. 

Alhamdullilah nasib baik cukup dan dapatla
aku bungkuskan untuk dia orang nasi lauk
untuk bersahur plak..  


 Seronok anak ku layan X-Boxnyaa bila sedara 
datang main sama


Amboi sempat peace lagik.. Angah dan Kak Yong
(Berbuka pose ini cam house warming gak laa.. lepas rumah aku direnovasi)

 Seronok makan ramai² gini..


Ada kuih kasui, seri muka dan buah anggur.. 


Anak aku makan 2 pinggan hari tuh..sebab ada lauk kicap.. 

Tuesday, August 23, 2011

Syukur dan Tahniah..


Ini adalah special N3 untuk mengucapkan
Syukur, Alhamdullillah dan Tahniah buat
Zaid dan Ninie yang bakal menimang
cahayamata yang pertama. Iye laa setelah
menunggu selama 2 tahun lebih.. akhirnya
penantian itu bakal berakhir..
kerana Ninie disahkan mengandung.
Dah 5 minggu pun.

Bertambah lagi laa cucu Kak Yang.. dan
weols WanSu dan TokSu pun akan dapat 
gak cucu...heheh

So Ninie..jaga diri dan kandungan tu baik² yer.
Jangan buat kerja yang berat² dan 
jangan lasak² sangat.. Okey..
Kiranyaa baby akan lahir kat UK laa yer.
Wahh.. lahir kat oversea gituh!!!  :)

Pada uols yang nak baca kisah lanjut mengenai
pasangan ini boleh laa ke blog Ninie..

Sumber Gambar dari FB Ninie.. 
sorri ekk.. paste gambar kat sini..


Monday, August 22, 2011

Shopping Raya Utk Hubby

Hari Sabtu, lepas aje berbuka dan solat
Maghrib, hubby ngajak pergi cari baju
raya dia laa plak.  So, weols cadang pergi
ke Jaya Jusco Balakong jer.. 

Sampai kat sana dalam pukul 8.45 malam.
Punya laa ramai orang bershopping sakan
membeli belah.  Sempat laa beli beberapa
pasang baju T'Shirt dan Seluar untuk 
hubby aku.  

Kiranyaa pakaian raya dia
dah 'complete' laa.. Yang bagusnya beli
kat sini.. nak alter seluar dia orang boleh 
jahitkan.. kira bayar pas tuh hantar untuk
jahit atau potong kaki seluar.. Tak payah laa
balik umah nak kena buat sendiri... 

Balik dari JJ dah pukul 11.30 malam 

 Beberapa helai baju T'Shirt ngan Seluar


Amboi excited hubby try seluar baru dia.. :)



Friday, August 19, 2011

Shopping Dan Makan

Pada hari Rabu lepas 17 Ogos 2011 Selangor cuti.. tapi
aku yang keja kat sempadan jadi kena plak KL
so koje laa hari ni.. Petang hubby ngan
anak aku datang ambik aku kat pejabat.

Memang dah tau, kalau Selangor cuti jalan sure
jem giler.. tapi weols nie memang degil nak 
gak laa masuk bandar.. haa ambik kau
dekat sejam duk dalam keta.. tapi nasib baik
laa keta baru.. tak terasa laa sangat..hehehehe..

Sebenarnyaa nak gi cari baju raya untuk anak aku,
so kiranya baju raya dia dah dapat laa semuanyaa.
Balik dari membeli belah tuh, cari laa plak tempat
makan sebab weols berbuka tengah jalan makan
kurma jerk... 

Weols gi makan kat Bukit Cheras je laa.. Aku dan 
hubby oder nasi goreng USA ngan tomyam campur
dengan air mangga dan belimbing.  Anak aku
plak nak makan chicken chop.. Alhamdullillah
kenyang pewut.. 


Dah lama tak makan kat sini..tu yang ke sini gak.. cari makan... 


Budak yang kelaparan.. dapat Chicken Chop.. sukaanyaa dia.. 


Nasi Goreng USA..  


Ini gambar.. masa hubby aku hadiri majlis berbuka pose 
kat ofis dia.. ngan solat terawih

p/s :  Adess lambat plak dok update N3 ini.. Mood ke laut laa plak.. So happy weekendss.. semua..

Wednesday, August 17, 2011

WordLess Wednesday..



Geramnyaa tengok Iman..niee gebu... 
Cucu Pak Lang anak sepupu aku..

Tuesday, August 16, 2011

Berbuka Puasa di Keramat seperti biasa...

Hari Sabtu petang, weols ke rumah Kak Yang
di Keramat untuk berbuka puasa beramai²
seperti tahun² yang lepas.

Weols sempat laa singgah ke TESCO Ampang
nak beli buah²an sikit.  Sampai di Keramat
dalam pukul 6.45 petang.

Juadah pada hari tuh memang sedap².
Ada masak lemak telus cili api, Ikan Siakap
tiga rasa, sambal bilis bachang, sayur buncis,
sambal udang petai, kuih popia goreng
dan bubur cha-cha

Kenyang laa weols berbuka pose petang tuh.

 Hidangan yang sudah tersedia.. tunggu untuk masa berbuka aje..


Seronok betul budak² tuh main sambil tunggu berbuka.. 


Ikan Siakap Tiga Rasa.. Kak Yang yang masak..sedappp

Monday, August 15, 2011

Ke Rumah Nurhikmah

Sebelum bercerita pasal jalan² ke rumah NurHikmah.. hari Jumaat lepas ofis, aku ke jalan TAR.  Biasa laa nak shopping baju hubby aku.  Dapat laa beli sepasang baju melayu.  Tak dapat nak jalan² sangat sebab petang tuh hujan sampai ke malam.. so banyak kedai² tutup awal.. Aku plak dapat beli tudung jerk.. Nampaknyaa kena gi second round le plak.. nak cari baju dan seluar raya dia plak..ngan baju raya untuk anak aku jugak.  Weols berbuka air jer dulu.. lepas solat maghrib kat Masjid India baru le pergi cari kedai makan..

Weols berbuka pose ngan Nasi Goreng Ikan Masin, 
Tomyam Campur, Kerang Rebus, Telur Bungkus, 
Air Laici Tembikai dan Air Mangga.

Hari Sabtu, 13 Ogos 2011, Emak dan Makcik ada berniat nak menyumbang sedikit duit.  Jadi weols bawa laa dia orang ke Rumah Yayasan Nurhikmah kat Jalan Kajang.  Rumah ini di diami oleh 60 orang anak² yatim.  Masa weols kat situ..tak putus² ada je orang² yang datang memberikan sumbangan.  Ada yang datang bawa barang makanan dan ada juga yang memberi sumbangan dari segi wang ringgit.  Iye laa budak² ini perlu jugak duit untuk persekolahan dia orang.  Sempat laa beramah mesra ngan budak² kat situ.  Yang paling kecil berusia 8 bulan.



 Yang berbaju biru tuh salah seorang penjaga...budak² kat sini



Anak² yatim duduk sambil layan TV ramai²


Friday, August 12, 2011

'Abang, Tunggu Mak di Syurga Ya'

Pepagi ini aku sempat singgah di blog sizuka-world-of-life dan aku terbaca kisah pengorbanan seorang ibu yang sanggup menunaikan hasrat anaknya yang sakit.. Sedih sangat.. sampai bergenang airmata.. Jadi aku pun nak kongsikan juga kisah ini pada uols yang belum lagi sempat membacanya.. 

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana
ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa)



p/s : Sorri yer N3 nie panjang sikit..

Wednesday, August 10, 2011

Kau Yang Satu


Novel ini aku sempat abiskan sebelum mula puasa.  
Novel ini aku tak beli tapi aku pinjam dari ofismate aku..

Aku Bagi 4/5 bintang

Sinopsis :

Bot milik peribadi Datok Mustaza telah karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Nasibnya baik, dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman. Datuk Mustaza terhutang budi dengan Mustaza dan ingin menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina anak Sulaiman. 

Taufik tidak setuju denagn cadangan papanya kerana dia telah mempunyai kekasih bernama Isabella, model terkenal tanahair.  Manakala Salina pula telah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung. 


Namun segala impian mereka tidak tercapai. Masing-masing terpaksa akur dengan pilihan orang tua. Taufik menuduh papanya kolot kerana masih terikut-ikut cara orang lama mencari jodoh. Salina pula terpaksa putus dengan Zulkifli. 

Bahagiakah perkahwinan Taufik dan Salina? Dapatkah mereka melayari bahtera bersama?



Tuesday, August 09, 2011

Syukur Alhamdullillah


KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.  

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan semalam.  Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas itu dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - Bernama


Kredit : KOSMO


p/s :  Alhamdullillah syukur yang kerajaan nak bagi bonus 1/2 bulan gaji..sebelum hari raya ini. Leh gak laa wat belanja raya..


Friday, August 05, 2011

Tahniah Buat Sepupuku..

Aku ingin mengucapkan Tahniah buat sepupu aku Fairus Hanum
di atas kelahiran anaknya baru-baru ini.

Ini adalah merupakan anaknya yang ketiga.  Baby baru ini
diberi nama Afiq Zafran.

Terubat juga laa akan kesedihannya atas kehilangan babynya
yang kedua pada tahun lepas.. N3 boleh baca di SINI









Kredit : Gambar dari FB Ayin


Thursday, August 04, 2011

Sedapnyaa.. Asik Teringat Jerk

Semalam petang makcik aku suruh singgah rumah dia.
Rupanyaa dia nak bagi aku ikan kukus nie..  Iyelaa  wat
tambahan lauk untuk berbuka pose.

Korang layan je laa gambar nie ekk.. 
Hari nie tak de idea laa plak.. 

Ini laa yang asik teringat jerk..
Ikan Siakap Kukus...



Wednesday, August 03, 2011

WordLess Wednesday..

29 Julai 2011 tamat laa perkhidmatannya pada keluarga weols...
Terima kasih..padanyaa.. yang telah membawa weols
ke mana sahaja...selama ini.


Tuesday, August 02, 2011

Jamuan Sambut Pose Hari Tuh

Jumaat, 29 Julai 2011 

Bahagian Elektrik wat jamuan 
makan tengahari sempena nak sambut puasa

Banyak gak Bahagian wat majlis makan²
nak sambut pose.. nie.. 

Mula² aku order makanan dari Gombak
dari tempat biasa yang aku order.. tapi
last minit dia tolak tak sempat dan tak de
kakitangan yang nak tolong hantar. Jadinya
aku order makanan dari Cafe dekat ofis aku nie..

Aku order Nasi Beriani dan setnyaa laa
Ayam Masak Merah, Daging Rendang, Jelatah,
Buah²an tak de Dalca.. dia terlupa nak buat.
Nasib baik leh kurangkan harga..jadi RM9 jer.








RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss