Friday, September 30, 2011

Tahniah Nabil & Zira





Hantaran dari pihak lelaki 


 Hantaran dari pihak perempuan







Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau lebih dikenali sebagai Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang tadi.

Nabil segak bergaya mengenakan persalinan Wazira Zainal telah dinikahkan oleh jurunikah merangkap pembantu imam Masjid Besar Putrajaya, Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

P/s : Selamat Pengantin Baru.. Nabil & Zira... Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. Amin

Sumber : Rotikaya.com, Cari.com & Oh Bulan

Alhamdullillah Kenyaaanggg..

Kul 10.45 tadi.. Bahagian QS, Arkitek dan BPH wat openhouse Bahagian.. 
Walaupun Syawal dah abis.. tapi masih lagi ada majlis makan² ni.

Semalam pun BPH ada wat jamuan gak.. ajak gi jugak laa makan 
kat sana.  Menu semalam Nasi Minyak, Jelatah, Ayam Merah,
dan Rendang Daging ngan air sirap limau.

Untuk menu hari ini plak.. ada Mee Hoon Sup Utara, Nasi Impit,
Speggatti, Laksa Pahang, Roti Jala ngan Kari, Berjenis Puding,
Buah²an dan air..

Kenyang betul hari nie..dapat makan² gini..  Minggu ini kiranya 
minggu makan aje laa.. :))

Antara meu yang dihidangkan..







Sedapnyaa meehoon sup utara nie.. terlupa nak snap laksa pahang.. 
pun sedap gak..rasa skit² semua..


Thursday, September 29, 2011

Jom Makan...

Meehoon Goreng ngan sambal udang.. RM1 jerk.. 

Ini adalah sarapan pagi aku pada hari ini.. Meehoon ini aku order semalam dari Cik Mel. Dia sekarang ini dah berjinak² pulak meniaga makanan untuk sarapan pagi plak. Laku plak tuk..kejap jer abis.. Rajin betul anak dara sorang ini.  Gigih mencari duit. Iye laa selain dari mengandam.. rajin plak buat kuih, buat kek, jahit labuci dan buat part time jugak untuk make up artis.  Cik Mel pun seorang blogger gak.. Kalau nak berkenalan silaa laa lawat blog dia.. SINI 

p/s : Tengahari ini ada lagi jemputan untuk makan² raya walaupun syawal dah berlalu..

Wednesday, September 28, 2011

WordLess Wednesday..

Sedap laa.. suka plak ngan rasanyaa..


Tuesday, September 27, 2011

Raya Lorong Plak Yer..

Okey ini citer pasal sambutan raya kat lorong umah aku plak..

Macam aku citer sebelum nie.. pepagi.. aku dah join kaum ibu² untuk gotong royong menyediakan barang² untuk dimasak. Alhamdullillah laa.. ramai jugak yang datang membantu.. jadi kerja nak menyiapkannya pun jadi cepat.  Lepas siapkan untuk jamuan raya.. sambil² tuh jugak siapkan juadah untuk makan tengahari jugak.  Antara menu untuk makan tengahari antaranya.. masak lemak kobis, sambal sardin, telor goreng dadar, ikan masin, sambal belacan dengan ulaman kacang botol dan daun petai..  Khemah di pasang di hujang jalan..

Ini adalah suasana masa makan tenghari.. Masa ini aku dah masuk umah siap² 
nak keluar tapi hubby aku sempat laa jamu selera

Ini laa kaum lelakinyaa..yang ada dilorong rumah weols..


Kaum wanita pun ambil kesempatan jugak nak bergambar beramai²


Sebelum menjamu selera.. ada bacaan yasin jugak.. untuk Kak Zaimah yang 
tinggal di lorang weols nie.. Dia menghidapi kanser payudara.. 
dah pun menjalani operation tapi kansernya telah merebak ke 
buah pinggang plak.. Kat lorong weols nie pun
 ada jugak ada 2/3 buah rumah Cina..dia orang pun dijemput sama.. 
seronok betul dia orang dapat makan. 


Antara menunya.. Nasi Tomato, Nasi Impit, Ayam Masak Merah, 
Daging Masak Hitam, Kuah Kacang, Jelatah, Kuih Muih, 
Buah²an, Air Sirap, Teh Tarik.


Hubby aku bersama kenalannyaa dari Belgium dan Eddy 
jiran yang juga merupakan anak saudara Sham (suami Kak Yong)


Antara tetamu adalah orang² surau yang datang menjamu selera selepas membaca yassin


Ini adalah Abdullah Nouri berasal dari Belgium.  Dia kenalan hubby aku di internat setelah diperkenalkan oleh kenalan dari Indonesia.. Sempat bermalam di rumah weols sebelum dia berangkat balik.  Seronok dia datang ke Malaysia.  Sebelum ini dia sempat singgah di Pattani, Thailand, Kota Baru, Kelantan sebab nak tengok cara² orang² Islam di negara² yang dilawatinya..

Monday, September 26, 2011

Tak Abis Lagi Citer Makan² Raya

Sabtu, 24 September 2011
Hari ini banyak betul aktiviti aku.  Pagi Sabtu aku bizi kerana membantu bergotong royong untuk sama menyediakan bahan² masakan.  Iye laa malam nanti ada Jamuan Raya plak kat lorong umah aku nie. Okey ini aku citer..kemudian yer..

Dalam tengahari tuh aku bersiap plak nak ke kenduri kawin ofismate aku, Amar Shafek dan Linda di Dewan Komuniti dekat Sentul.  Ramai jugak laa ofismate yang lain jugak datang sama time ngan aku..  Dewan pun luas dan selesa.. Masa aku sampai tuh, pengantin sedang bergambar². Lepas je makan aku ajak laa member lain ke pelamin ambil gambar ngan pengantin.  





Selamat Pengantin Baru Amar dan Linda.. 
Moga Kekal Bahagia Hingga Akhir Hayat 




Lepas dari kenduri kawin Amar, aku ke Puchong..Bandar Putra Perdana.  Ada openhouse rumah Marziah ofismate aku.  Guna GPS aku ke sana sambil² tengok gak map yang di bagi oleh Marziah.  Rupanya ada silap sikit map tuh.. dah weols nie pusing cari jalan.  Alhamdullillah kena gak laa call Marziah dan nasib baik jumpa rumah.. kalau tak sure balik punya..hehehe..  Dari rumah Marziah dah dekat pukul 5 petang.  Iye laa nak cepat balik sebab malam plak ada jamuan raya lagi..

Marziah yang betudung coklat kuning tuh 
Terima kasih kerana sudi menjemput ke rumah





Nanti sambung yer.. citer raya lorong aku plak.. :)

Friday, September 23, 2011

Jamuan Hari Raya Jabatan 2011

Hari ini kebizian sikit.. sebabnya pagi tadi ada Jamuan Hari Raya untuk Jabatan aku.  Aku kan AJK NADI, kena laa tolong² menyediakan dan memastikan segala keperluan tersedia dengan baiknyaa.. 

Majlis bermula pada pukul 10.30 pagi.  Untuk tahun ini AJK tidak menyediakan nasi beriani seperti selalu.. Antara juadah pada hari ini adalah Lemang, Rendang Daging dan Ayam, Masak Lodeh, Nasi Impit, Kuah Kacang, Laksa, Buah²an, Air Teh dan Air Sirap Limau.  Makanan pada tahun ini habis dengan cepatnya.. jadi weols oder plak Nasi Goreng Cina untuk yang tak sempat makan sebab ada urusan lain.

Selain dari jamuan raya diselitkan juga penyampaian cenderamata untuk bekas Pengarah weols yang bersara pada 31 Ogos yang lalu dan jugak staf yang bertukar ke jabatan lain.  Alhamdullilah majlis berjalan dengan lancar.  Majlis selesai  pada pukul 12 tengahari.

Seronoknyaa masing² meniup belon.. 


Bersama² AJK





Bekas Dato' Pengarah dan bersama staf pengurusan 


Penyampaian cenderamata oleh Pemangku Pengarah kepada Bekas Pengarah 
Cenderamata itu adalah Ayat Kursi yerr.. 
Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok kat FB ini Kufion Kanvas


Ini pula bekas Kerani Kanan weols yang bertukar ke Jabatan lain 


Bersama sebahagian AJK NADI JPPHB 2011 bersama Pemangku Pengarah 





  



Sempat posing ngan my boss yang juga skrg ini dilantik sebagai 
Pemangku Pengarah sementara mendapat Pengarah baru.. 


Pantang nampak kamera mesti nak posing..hehehhe

Banyak lagi gambar sekitar majlis dalam FB.. yer..

Thursday, September 22, 2011

Cerita Raya Lagi

Kita sambung cerita raya lagi yer.. sorri lambat sikit nak upkan n3 ini..

Hari Sabtu petang yang lepas dalam pukul 3 gitu.. aku ke rumah Kak Nyah di Bandar Tasik Selatan. Dia wat makan² kat umah ajak weols nie semua.  Petang tuh hujan turun lebat jugak tapi weols redah je laa.  Sampai kat umah Kak Nyah dalam pukul 3.30 petang.  Antara yang dijamu hari tuh ada Nasi Impit, Rendang, Kuah Kacang, Kuah Lodeh dan Laksa Penang.. Hmm.kenyang betul laa pewut.

Selain weols Kak Nyah pun masak untuk kawan² anak dia..yang akan datang malam tuh..  


 Amboi CD siap tayang pinggan kosong.. plak yer..


 Layan laksa.. sedapnyaa..


 Aku tak de..dlm gambar nie.. dah jadi camerawomen.. tak bawak stand..plak..


Makan nasi impit..ngan lodeh dan kuah kacang.. terbaekk..!!

Lepas kenyang makan² kat umah Kak Nyah.. dia orang semua singgah plak kat umah aku.

Kat umah aku.. aku hidangkan dengan Meehoon Sup Tulang, Bubur Kacang Ijo, 
Agar², Air Teh & Air Strawberry..




Selain dari Kak Yang, Angah dan Kak Yong sekeluarga.. Malam tuh Uda sekeluarga pun ada datang jugak ke rumah aku. 

Dalam pukul 9 gitu kawan hubby aku Kpt Nik sekeluarga pun ada datang..
 dan dia orang balik dalam pukul 11 malam.

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss