Monday, January 16, 2012

Aktiviti Hari Jumaat Lepas

Jumaat, 13 Januari 2012

Hari ini aku cuti.  Hubby aku pun cuti jugak.. tapi dia dapat cuti tanpa rekod laa ganti dia keja hari ahad lepas.  Anak aku pun tak gi sekolah hari ini takut tak sempat nak balik umah tengahari.

Pagi keluar dalam pukul 8.45 pagi.  Singgah makan sarapan dulu.  Aku dan anak order meehoon soto, hubby plak roti telor dan mak aku makan nasi lemak.  Anak aku 2/3 hari susah nak makan kerana mulut dia kena ulser.. kesian laa plak.. asik meragam aje laa perangai dia.. 2/3 hari ini sebab susah nak makan.

 Tengok muka budak sakit mulut... meehoon tuh tak abis makan aku jugak tolong abiskan..

Meehoon Soto.. aku punya

Lepas bersarapan, weols terus ke PNB sebab aku dan emak nak keluarkan duit sikit.  Urusan di situ adalah dalam 45 minit.  Dah kebetulan sebelah PNB plak ada bangunan Tabung Haji.  Jadi aku pun ambik kesempatan laa bukak akaun.  Dah lama aku nak bukak akaun tapi tu laa ada je tak berkesemapatannya.  Hubby pun dulu ada akaun tapi dah lama tak aktif so bukak jugak laa akaun baru.  Dalam pada tuh buatkan jugak akaun bersama hubby ngan anak aku.  Jadi weols bertiga dah ada laa akaun Tabung Haji.  Jadi duit dari ASB tadi aku masukkan laa sikit dalam TH.  Mulanya fikir nak daftar haji tapi hubby plak tak cukup lagi sumber dalam akaun yang boleh melayakkan untuk mendaftar jadi kena tangguhkan laa dulu sebab kalau daftar sama boleh pergi bersama.

Hubby sedang berurusan buka akaun TH untuk anak aku.

Sekarang ini urusan TH lebih mudah sebab kemudahan itu telah disediakan oleh Maybank (sesiapa ada a/c MB senang berurusan) di ATM.  Antaranya :

1.  Pengeluaran wang tunai daripada akaun Tabung Haji
2.  Pemindahan wang - daripada akuan maybank ke akaun TH (sendiri atau pihak ketiga)
                                 - daripada akaun TH ke akaun Maybank (sendiri atau pihak ketiga)
                                 - daripada akaun TH ke akaun TH (pihak ketiga)
                                 - daripada akuan TH ke akaun TH Amanah (sendiri)
3. Pertanyaan baki
4. Pendaftaran haji
5. Pendaftaran akaun TH (sendiri atau amanah) dengan ATM Maybank


* Caj RM1 dikenakan (seperti yang tercatit dalam brosur TH)

Selesai aje berurusan di Tabung Haji, weols gerak ke Setapak plak rumah mak aku. Sebelum tuh singgah makan tengahari dulu.  Weols makan Nasi Ayam.  Naik umah mak aku, rehat kat sana kejap sementara tuh hubby dan anak aku pergi solat Jumaat.  Weols gerak balik ke rumah dalam pukul 5 petang lebih lepas segala urusan selesai.

Nasi Ayam Ku.. sedap..  



Air buah.. aku punya Fresh Oren dan hubby pun jus mangga



9 comments:

  1. dah mudah ye TH sekarang... kat maybank pun dah boleh.. herm.. ingat ada masa nanti nak g daftarlah..

    ReplyDelete
  2. TH skrg nie cantik2 kann .. suke tgk .. kira macam x nak balik lahh .. suke duduk .. sbb sejukk ekekke

    ReplyDelete
  3. yup betul. daftar haji sama2 nanti insyallah ada rezeki boleh pegi sama2kan

    ReplyDelete
  4. ERM AKAK ckp ni baru le lieya tau kak.....mcm2 rupenye boleh buat kat maybank skrang...lieya mmg ade TH ni kak...budak2 ni sume pun lieya bukak kan TH jugak....senang

    sian anak akak kene ulser...kite ni kalo kene pun moody sebab sakit...sapu bonjela la kak...sian anak akak ....

    ReplyDelete
  5. cerita pasal TH... selit pasal makanan.... itu yg tak tahan!!

    ReplyDelete
  6. nak daftar haji nya requiremant bp lam akaun.. =}

    ReplyDelete
  7. mee soto tu nampak lazatnyer...sng tapi besenya if trf mbb pi tabung haji bukan charge RM1.50 ker

    ReplyDelete
  8. hmmm.. tak de lagi akaun tabung haji. ntah bila la nak pergi bukak.

    nanti nak kena bukak jugak akaun Th ni.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss