Thursday, January 05, 2012

N3 Pertama Tahun 2012

Sekejap aje telah masuk 5 hari bulan di tahun baru 2012 ini.  
Tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012.  
Moga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik lagi dan
dapat melaksanakan apa jua azam yang belum lagi tercapai..

 Aku baru masuk kerja hari ini.
Sambutan tahun baru macam biasa tak de kemana-mana kat umah aje laa.
Lagi pun aku beberapa hari ini tidak berapa sihat.  

Dengan cuaca yang panas terik gini pas tuh kena plak ngan batuk..aduhai.. 
Dah pergi jumpa doktor pada 2hb hari tuh.. tapi cam tak jalan jerk
laa plak ubat nie..rimas betul kalau kena batuk nie.. iye laa
malam tak boleh nak tido.. kalau batuk sampai keluar air mata
tak tahan kan gatalnya.. tu..

Semalam pagi aku dan hubby hantar anak aku ke sekolah. Sekejap jer
dah masuk darjah 5 tahun ini.  Tahun ini tak de dah kutipan dari
guru pada hari pertama persekolahan jadi tak de laa tunggu
lama kat sekolah dia.  

Hubby aku plak lepas hantar anak aku, dia plak nak ke
Ulu Yam.. bermalam di sana selama 3 hari 2 malam .Biasa laa awal tahun 
ada kursus untuk OC (Committee Orientatation) yang akan
membantu pendaftaran untuk student baru di BMI (UNIKL) yang akan mula 
mendaftar pada 7 dan 8 Januari 2012 ini.

Tengahari aku pergi ambik anak aku..dari sekolah.. punya laa jem jalan
kat sekolahnya.. nak berhenti cari parking pun susah maklum laa ibubapa bercuti 
hari pertama persekolahan.   Pas tuh bagi makan tengahari sebelum
 bersiap plak untuk ke sekolah agama.  Pendaftaran dan Yuran PIBG
segala dibayar semalam dalam RM123.00

Petang plak dalam 5.30 ambik dia balik.. plak.. So hari ini anak aku
akan naik van ke sekolah cuma sebelah pagi jer weols hantar
dia ke sekolah sebab kalau naik van kul 6.30 pagi dah kena tunggu van.

Tahun ini gambar anak aku kat sekolah tak de ambik sangat..jadi yang ada pun
gambar dalam henpon.  Nak upload USB cable plak tinggal dalam keta.. 
Hubby plak bawak kamera gi kursus.. jadi tak de laa gambar..nak di sharekan..

Okey tu jer laa citer hari ini.. lagi pun baru masuk keja bz sikit..Ni pun curik 
masa kejap update.. sebab dah lama sepi blog ini..

14 comments:

  1. Sibongsu kakcik pun dah masuk Tahun 5. Dah tak perlu dihantar lagi. Alhamdulillah. :)

    ReplyDelete
  2. untuk parents mmg sibuk layan anak masuk sekolah...

    ReplyDelete
  3. memang sebuk rinna .. same je semua ibu2 nie ;)
    selamat tahun baru jugak lahh rinna ;)

    ReplyDelete
  4. selamat kembali ke tempat kerja~

    ReplyDelete
  5. bertambah satu episod sibuk lagi dalam rutin harian kita bila anak2 dah mula bersekolah ni kan sis...

    ReplyDelete
  6. bila dah start bukak sekolah agak sibuk sikit le. T pun sama, tak boleh nak adap lagi ngan situasi ni.

    pelan pelan untuk biasakan diri nih.

    ReplyDelete
  7. tak pe next n3 kasi tampal pic ok...

    ReplyDelete
  8. member office dela masih bercuti sbb hntar anak... ha...

    ReplyDelete
  9. selamat tahun baru dear...
    anak dah masuk sekolah ni aku kena bgn lagi awal...hehe...siapkan brekfes dia...

    ReplyDelete
  10. artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss