Monday, January 09, 2012

Salleh Yaakab Hampir Bercerai Dengan Isteri Ke 2

sy


Kredit : BeautifulNara.com

Bukan senang untuk menjaga seorang isteri apatah lagi kalau ada 4 orang seperti Abang Salih Yaakob kita ini. Abang Nara sebenarnya kagum dengan kehebatan SY menjaga perasaan isteri-isterinya agar tidak cemburu antara satu sama lain. Namun di sebalik kebahagiaan yang nampak di luar, rupa-rupanya rumah tangga SY dengan, Norraha Ahmad (44 tahun) hampir musnah.

Punca keretakan rumah tangga dengan isteri keduanya ini tak lain tak bukan wujudnya individu luar yang menghasut dan menanam perasaan benci. Kata SY:-

Bukan mahu mendabik dada tetapi sebagai seorang lelaki yang mengamalkan poligami, saya tidak berbohong kepada isteri-isteri saya apabila mahu berkahwin buat kali keempat. Saya bersyukur dikurniakan isteri yang memahami. Tapi…sayangnya ketika saya baru melayari bahtera keempat, rumah tangga saya dengan isteri kedua hampir musnah! Sebenarnya setiap perkahwinan baru memang ada dugaannya. Namun perkahwinan keempat dugaannya amat besar kerana saya hampir bercerai dengan Raha disebabkan hasutan seseorang yang di luar daripada hidup kami. Sebagai suami kepada empat orang isteri dan ayah kepada 11 orang anak, hidup saya hanya untuk membahagiakan mereka.

Dan individu tersebut memang cekap untuk menghancurkan hubungan SY dan isteri keduanya kerana muncul sebagai seorang sahabat dan dapat bermalam lagi.

Saya tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain kerana urusan kerjaya dan seni saya diuruskan oleh isteri kedua dan keempat. Sayangnya, kemunculan individu berkenaan yang datang bagaikan sahabat sehingga bermalam di rumah isteri-isteri saya sanggup menabur fitnah dan menghasut mereka. ika sekali dua mungkin ia tidak berjaya, tetapi hati seorang wanita memang rapuh. Walaupun pada mulanya ia keras tetapi akhirnya, Raha kalah dan kami hampir bercerai,

SY sebenarnya sudah berputus asa dan hanya berserah kepadaNya untuk memberikan keputusan yang terbailk”:-

Sedih hati saya kerana jiwa Raha kosong. Dalam hatinya tidak ada setitik pun kasih sayang terhadap saya kerana yang ada hanyalah kebencian yang membara. Ketika itu, saya hampir putus asa namun saya berbalik kepada takdir Tuhan dan sebagai suami yang masih sayangkannya saya tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, akhirnya Raha tersedar dan kasih sayang kami bertaut semula

Kini SY sedang dalam proses untuk membeli empat unit kondominium untuk kempat-empat isterinya. Kondo itu pula akan menyaksikan mereka berempat duduk bersebelahan. Ini pasti memudahkan lagi SY untuk memantau aktiviti isteri-isterinya.


P/s : Susah betul kalau ada kawan yang menghasut nie..patutnya mendamaikan tapi jadi batu api plak suruh orang bercerai..ish apa laa nak jadi.. Moga Abg Salleh dapat memberi keadilan dan kebahagiaan dengan semua isteri²nya..

Tahniah juga diucapkan pada Ezani kerana berjaya menjadi Masterchef Malaysia yang pertama...


19 Pengomen Terdiva:

rasp said...

kagum dgn keikhlasan dan keredhaan isteri2 SY...
smoga SY pun dpt menjalani tanggungjawabnya...

congrats kepda Ezani gak!

wantie said...

wow.. nak beli kondo utk ke empat empat bini supaya senang nak bergilir. Bertuah badan isteri isterinya.

Ada suami yang satu bini pun tak mampu beli rumah untuk isteri. tabik springggg la utk sy.

lieyalatif said...

kagum gak kak dengar SY ni...tapi tu laa...kalo lieya, lieya tak sanggup nak bermadu kot hhuhuhu....

ratusiput said...

yela bukan senang.kalau kite kat tmpt isteri dia pun ntah camne tindakan kita kan...pape pun doakan yg terbaik utk sy n family.

Dalila Hamid said...

itulah... smlm ada beli paper baca kisah ni... ssh klau rmhtgga kita ada saja yg sakit mata

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

bila tengok kita bahagia ada jer lerrr org nak kacau kan?

POSH76 said...

bukan mudah nak berpoligami...bnyk hati nak dijaga

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy ngaku x sekuat isteri-isteri SY..sy berdoa agar suami skarang ini hny ditakdirkan utk sy shj..


sobs. dgr pulak lagu tema kt blog rinna nih lagilah mendayu jiwa huhu

Tihara said...

salam kenal,

hebat yea dugaan saleh ni kawen 4, org kawen satu pn boleh tahan dugaan, cane la kawen lebih dari 4..fuhh

ieda said...

aduhh dugaan betul ..
nasib baik x bercerai ..
kalau bercerai sayang nye
dan pasti ramai x akan percaya konsep bermadu dlm dunia ini lagi huhuhhu

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

bukan senang untuk menjaga hati seorang wanita inikan pula 4 kan...

semoga Mak tidak diduakan ditugakan atau diempatkan oleh suami mak dara aminnn

Bitt (double IS) said...

perghhh 4 unit sekali gus tuhh....hope mereka happy ;)

Gen2Merah said...

ya betul... besar tanggungjawabnya kan.. memang bukan mudah untuk menunaikannya bagi seorang lelaki..

apa pun tahniah buat Salih Yaakob

nabilah_2908 said...

sy pun ada terbaca pasal ni kt paper ahad lepas...

kalau sy pun..hidup bermadu...dalam redha2 tu..pasti terselit perasaan cemburu..

Ati Masrif said...

sebenarnya walau baik mcmana pun
sedikit rasa cemburu mesti ada..

MulutPayau said...

Bukan senang nak jaga empat hati....

Zie said...

Mudahan masih ada harapan...

Eye_nee said...

kenapalah ada org yg begitu yer...menghasut sehingga sampai nak menjatuhkan dan memecahbelahkan rmhtangga org lain padahal dia tak der kena mengena pun...manusia...manusia...

ikiqzana said...

pening jugak berpoligami ni kan.. kesian dgn SY

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

Google
 

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

EVERYBODY TALK, EVERYBODY EARN & EVERYBODY CAN FLY!!

HUBBY & ME

LAGU PILIHANKU

WEBSITE UTK BLOGWALKING

AWARD DARI KAWAN-KAWAN

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss