Wednesday, January 18, 2012

Takziah Untuk Keluarga Ayah Andak

Al-Fatihah

Selasa, 17 Januari 2012

Pada hari Isnin aku ada lihat status sepupu aku Imah kat FB yang mengatakan Ayah Andak aku dimasukkan ke hospital.  Jadi aku pun tanya laa khabar kat dia pasal keadaan kesihatan Ayah Andak.  Dia bagi tahu Ayah cuma sakit perut dan keadaan dah okey lepas doktor masukkan ubat dan air.  Katanya dah boleh buang air besar pun.  Jadi tak de laa nak merisaukan.  

Dalam pukul 12.30, Imah telefon katanya ayah sedang tenat.  Aku terkejut laa kan.. iye la dimasukkan ke hospital cuma masalah sakit perut tiba² dan nazak. Dalam pukul 1.30 tengahari, Imah telefon lagi.. katanya Ayah dah meninggal. Aduhai sebak betul rasa hati ini.  Iye laa tak sempat nak melawat, arwah dah pergi .  Sakit kejap aje.  Walaupun sedih tapi syukur alhamdullillah kerana dia pergi dalam keadaan yang senang tanpa sakit yang teruk.

Aku telefon hubby aku memaklumkan pada dia.. masa tuh hubby ada kat luar sebab pergi kedai motor nak tarik rantai.  Jadi dia kena balik ofis dulu maklumkan kat ofis dan hubby sampai kat ofis aku dalam pukul 3.30.  Balik umah amik mak aku dan anak aku plak.. bertolak balik ke kampung.  Imah bagi tahu yang arwah nak dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah atuk dan uwan.  Jadi dari hospital Kuala Pilah dah siap kapan terus di bawa ke surau dekat dengan kubur.

Aku terkilan sebab tak sempat nak tengok dia.  Weols sampai dalam pukul 6 petang.  Arwah baru lepas kebumikan dan sedang baca talkin.  Mak aku plak masa nak bertolak tu tiba² rasa nak demam.  Bila sampai di tanah perkuburan itu, mak aku tak turun pun sebab badan mak aku panas sangat.  Takut plak dia pengsan sebab katanya kepala pening.  Jadi lepas dari kubur tak de singgah ke rumah arwah kat Bukit Rokan sebab kalau nak ke sana ambil masa 1 jam.  Weols terus balik lagi pun masa tuh dah nak dekat Maghrib.  

Dalam perjalanan nak balik tuh, aku cadang cari klinik dulu sebab risau sangat. Cari laa klinik kat pekan Kuala Pilah.  Jumpa doktor, dapat ubat 3 jenis. Charge dia mak oii punya laa mahal.. RM80 sebab agaknya doktor (Cina) tu ada tanya dari mana.. so cakap laa dari KL dah tentu tak de follow-up kan.. ambik kesempatan ler charge mahal gitu.  Sabo je laa.. harap ubat nie boleh buat mak aku sembuh.  Mula tu cari klinik doktor melayu tapi doktor tak de plak masa tuh dan doktor masuk klinik dalam pukul 8 malam, cam na nak tunggukan.  Tu yang cari klinik lain.

Aku mendoakan semoga arwah Ayah Andak aman di sana dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Al-Fatihah...


13 Pengomen Terdiva:

rATu kEBaYA said...

Alfatihah...

POSH76 said...

Al fatihah semoga allahyarham tergolong didalam ahli2 syurga amin

Daddy Ziyyad said...

Al Fatihah.

Mahalnya doktor cina tu charge? Tu mmg melampau..kalau boleh u bagitau apa nama ubat yg dia bagi, saya tolong check kan, memang melampau mahal

Eye_nee said...

Salam takziah sis...Semoga Roh Ayah saudara kamu ditempatkan dikalanagn insan2 yg diredhai Allah SWT..Al-Fatihah....

Munnafendy said...

Al Fatihah...

Bitt (double IS) said...

al-fatihah dan takziah

lieyalatif said...

ALFATIHAH....

semoga arwah aman tenteram di syurga.....

wahida said...

al Fatihah utk arwah...
semoga rohnya dibariskan bersama org2 yg beriman...amin...

semoga mak sis juga cepat sembuh yer...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

al-fatihah.


harap mak dh sembuh lah dgn ubat yg mahal tu kan..

wantie said...

Alfatihah.

ieda said...

takziah dan alfatihah buat keluarga rinna ..

Dalila Hamid said...

takziah buat keluarga arwah... al-fatiah

Dee said...

Al-fatihah dan takziah..

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

Google
 

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

EVERYBODY TALK, EVERYBODY EARN & EVERYBODY CAN FLY!!

HUBBY & ME

LAGU PILIHANKU

WEBSITE UTK BLOGWALKING

AWARD DARI KAWAN-KAWAN

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss