Thursday, February 09, 2012

Cuti Balik Kampung Part 1

3 Februari 2012 (Jumaat)  hingga 6 Februari 2012  (Isnin)

Pukul 9.30 malam, weols bertolak untuk balik ke kampung. Lewat bertolak sebabnya aku tak abis lagi packing baju untuk hubby dan anak aku.  Hubby aku cuma bagi tau nak balik kampung sehari sebelum tuh.  Nasib baik aku dah pack baju aku dulu.  

Sebelum itu singgah ke Keramat untuk mengambil Kak Yang untuk bersama balik ke kampung. Perjalanan pada malam tuh kira okey laa.. tak de laa jem tapi kat R & R ramai juga yang singgah untuk berehat.  Hubby bawa kereta pun tak de laa laju sangat dan weols sampai di kampung dalam pukul 1.30 pagi.

Apak tak tau yang weols nak balik kampung.  Terkejut dia bila weols sampai.  Masuk je dalam umah..borak² kejap terus bentang toto.. apa lagik terus tido ler.. 

Pagi Sabtu tuh, Kak Yang ngajak ke Pasar Sabtu.. aku okey aje.  Banyak juga kedai² yang jual macam² barangan.  Kak Yang teragak nak makan ikan besar yang dipanggang.. Jadi weols pun cari laa.. jumpa laa ikan besar yang dihajati.. Balik dari Pasar Sabtu.. bersilat laa di dapur untuk masak makan tengahari.

Lepas Maghrib plak, weols ke rumah Kak Imah.. sebab anak aku, hubby dah hantar dulu ke sana. Weols akan tido dirumah Kak Imah laa plak.  Hari Ahad esoknya, weols lepak² aje tak de kemana-mana pun.  Cuma Kak Imah je ke rumah kenduri jiran.  Sebelah petang plak, Kak ipar aku Kak Saadiah dan anak-anaknya YongIna, Nabila, Zul, Ain, Pudin singgah ke rumah Kak Imah.. Dia orang baru je balik dari Hot Spring, Sungkai.  Hidangkan dia orang makan tengahari yang sempat dimasak oleh aku dengan Kak Imah.

Pasar Sabtu.. macam-macam gerai.. ada


Sempat lagi posing..di tengah² jalan.. 

Ini laa ikan yang weols panggang tu RM10.00 sekor.. Ikan Sungai.. 


Hubby pun nak bergambar gak.. layan kan aje..hehehhe 


Kat sini aku beli ikan bilis.. nampak segar..jer 

Hidangan tengahari.. selain dari Ikan Bakar..  


Kak Saadiah sekeluarga datang bertandang ke rumah Kak Imah.. 


Makan tengahari yang dijamu pada Kak Sadiaah sekeluarga


Nanti sambung lagi yer..

14 comments:

  1. bessnyer ada kampung...mmg bess balik kampung dijamu lak dgn lauk kampung...aduhaiii

    ReplyDelete
  2. bess la ikan tu RM10 je sekilo mana nak dapat kat kl

    ReplyDelete
  3. tetiba rasa nak balik kampung. waaa.. tak puas puas nak balik kampung.

    kalau kat kedah pasar tani di panggil "Pekan Nat"

    ReplyDelete
  4. ikan bakar tu mabeleslah kak..dok kg makan lauk kg mmg seronok..

    ReplyDelete
  5. rinna kg kat mana?best nyer dpt makan ikan sg bakar..

    ReplyDelete
  6. balik kpg..mm.. mmg best, tingt sy kt kpg gak..

    =}

    ReplyDelete
  7. ooo kat situ le akak beli ikan yg dlm entry ww semalam tu kak yeak..puas hati kan kak...rm10 dpt ikan sungai fresh besar camtu...mmg puas hati le....

    adoi kak, meroyan perut tgk menu2 yg ade kak...syok betul balik kampung kalo mcm ni kak....

    ReplyDelete
  8. best lah sis ada kg....akk ni non ado...Sg. Buloh to Sg. Penchala...30 minit jer...seronok jugak sesekali balik kg. berkumpul sanak saudara..masak2 makan2 ramai2...bestttt nyaaaa......

    ReplyDelete
  9. Gambar makan2 wajib ada, kan? Seronok dapat kumpul ramai2. :)

    ReplyDelete
  10. Balik kampung...makan masakan kampung laa baru terangkat, kan..hehe..

    ReplyDelete
  11. terus teringtkan kg dela... mmg best sgt blik kg... byk kenangan

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss