Wednesday, February 15, 2012

Farah Asyikin Tenang Selepas Berhijrah

Farah Asyikin Tenang Selepas Berhijrah

Kredit Murai.com


KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI2012: Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.

Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.

"Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.

"Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.

"Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan," luahnya ketika dihubungi murai.com.my

Farah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari lalu.

Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.

"Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

"Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

"Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
"Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ," jelasnya lagi.

Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya dekat dengan Allah.

"Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik," katanya.

Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.


p/s : Alhamdullillah..

7 comments:

  1. alhamdulillah kan...hrp ratu pun nanti akan dpt hidayah cmtu gak satu hari nanti...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...semoga perubahan ini akan kekal..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..sejuk mate melihatnye...harap2 terus kekal dgn imej sopan begini....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. sejuk mata memandang. kalau kita yg di luar ni sejuk. parent dia lagi le kan.

    ReplyDelete
  5. timakasih kongsi info, rin..sy mmg tak tau lgsg ni..teruk betol ler..mm..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss