Friday, February 24, 2012

Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU

Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU


Tahniah!!  Selamat Pengantin Baru buat Lisa & Yusry.  
Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Amin....


PUTRAJAYA, 23 FEBERUARI: Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.

Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.
Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU



Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU


Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

Sumber Kredit : Murai.com

9 comments:

  1. sama cantik sama padan...
    smoga berbahgia hingga akhir hayat...

    ReplyDelete
  2. alahai sweet couple...suker tengok depa ni low profile...comel lisa

    ReplyDelete
  3. Moga dorang kekal bahagia hendaknya

    ReplyDelete
  4. sama cantik sama padan kannnn mereka ni.. sweet sangat =)

    ReplyDelete
  5. Tahniah pd kedua2 mempelai semoga berkekalan ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. SUKE SGT!!!

    harap kekal bahagia selamanyeeee...

    ReplyDelete
  7. congratulations kat derang...owh yusry memang suka giler the beatles dari dulu kann :)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss