Tuesday, February 14, 2012

Novel ~ Suami Yang Ku Benci

Koleksi E-novel  E-man Sufi


Tengok pada tajuk dan cover buku cam tak menarik kan..
tapi sebenarnya jalan citer novel ini best giler..
Cerita yang kelakar, romantis..gitu.. Kalau uols baca.. 
akan tersenyum² jer.

Penulis E-Man Sufi ada blog utk novel ini.  Kalau
uols nak baca ada juga diletakkan..tapi rasanya tak complete
satu buku.  Biasa laa kalau nak tau lebih lanjut kena
laa beli novelnya kan.. 
Sila klik SINI

Pada peminat novel sila dapatkan di pasaran..yer..

Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis :

"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 



19 comments:

  1. aduhai...tak pernah 'ada masa' nak baca novel kak...apatah lg membeli..hihi..tak serajin akak =)

    ReplyDelete
  2. sejak sekolah memang tak minat baca novel. cuma rajin dok baca buku pelajran or buku ilmiah jer.

    kalau baca novel ni, kejap je ngantok. Novel kan tebal gitu. rasa mcm tak mampu le nak habiskan membaca. ngeee...

    selalunya org yg suka baca novel ni hati mulus gitu

    ReplyDelete
  3. Kakcik pun dalam misi nak mencari dan membeli satu dua novel baru. Nanti kakcik terjah sama novel itu. :)

    ReplyDelete
  4. boleh al jenguk2 blog dia nanti.. :)

    ReplyDelete
  5. saya tumpang baca jer dalam blog penulis...

    ReplyDelete
  6. saya tumpang baca jer dalam blog penulis...

    ReplyDelete
  7. sejujurnya mmg tak mengemari membaca Novel..brgkali belum bertemu jodoh satu cerita dlm bentuk Novel yg buat kan..Ah mau baca dan baca lagi....apa pun nampak menarik cerita ni...

    ReplyDelete
  8. macam best je, nak try usha la

    ReplyDelete
  9. Membaca novel salah satu cara utk melepaskan stress kan? akak pun suka baca novel...

    ReplyDelete
  10. syoknye kak...bile laa lieya nak start bace novel balik ni kak....beli majalah pun tersadai nak bace nak abis kan satu page pun payah huhuhuhu......kalah ngan godaan dayyan ajak mengempeng heheeheheh

    ReplyDelete
  11. slm perkenalan...
    singgah sini n follow rina...

    smemangnya novel ni termasuk dlm list yg bakal dibeli...hihihii
    x sabar nak grab

    ReplyDelete
  12. klu bli sempat baca ke x..ke baca x mo stop2 ;)

    ReplyDelete
  13. bagus la baca novel, sya selalu je tak sempat...huhu, malas sebenarnya ;)

    ReplyDelete
  14. masa mmg tak cukup nak
    baca novel..hehe

    ReplyDelete
  15. agak2nya sure akan di dramakan tak rinna .. ;)

    ReplyDelete
  16. alamak bab baca novel ni saya fail ni

    ReplyDelete
  17. suka baca sinopsis tp nak baca satu buku...kirim salam...mmg tak habis2

    ReplyDelete
  18. dela dh laa tgglkan dunia novel.... pyakit M teruk sgt... bila la nk mulakan.. :(

    ReplyDelete
  19. best eh..alahai..dee skrg takde masa..kalau tak dh beli sis..hehehe..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss