Tuesday, February 28, 2012

Tahniah..Mawi Kini Bergelar Ayah..

Mawi Kini Bergelar Ayah

Tahniah Mawi dan Ekin dikurniakan anak perempuan..
sebagai penyeri rumahtangga yang telah terbina selama 3 tahun.. 

Kredit : Murai.com


KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2012: Tiada yang lebih menggembirakan hati buat penyanyi Mawi apabila dia dan isteri, Ekin telah selamat dikurniakan cahaya mata sulung perempuan hari ini.

Jelas Mawi, bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin atau nama penuhnya Nora'Asikin Rahmat di salah sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor jam 4 pagi tadi.

"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahayamata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.

"Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," katanya kepada portal murai.com.my.

Berkongsi cerita mengenai proses kelahiran itu, kata pelantun lagu Kian itu lagi, isterinya telah pun ditahan di wad bersalin sejak semalam.

"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

"Saya dapat melihat kesakitan  yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.

Tidak kisah dikurniakan cahayamata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

Kata Mawi lagi, dia dan Ekin masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada cinta hatinya itu.

"Kami masih mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada puteri sulung kami ini. Saya tidak kisah anak sulung lelaki atau perempuan yang penting isteri dan anak saya sihat," ucapnya penuh syukur.  Tambah Mawi, dia dan Ekin masih belum bersedia untuk berkongsi kepada peminat wajah puteri sulung mereka.

Namun merancang untuk membuat kenduri doa selamat dan insya-Allah ketika itu wajah cahaya mata sulungnya itu akan dipaparkan.

11 comments:

  1. tahniah mawi & ekin....bessnyer dpt baby

    ReplyDelete
  2. mesti cute bb dieorg kan......alhamdulillah penantian telah berakhir....dpt jugak dieorg zuriat.....mesti name glamer ni nanti heheeheheh

    ReplyDelete
  3. tahniah buat mawi. hmmm.. lama gak noh nak dapat baby. mesti best gilerrrr dia ni.

    ReplyDelete
  4. tak sabar lak nak tgk anak mawi ni...

    tahniah utk dorang...

    ReplyDelete
  5. akhinya kan...tahniah utk dorang...

    ReplyDelete
  6. tahniah untuk mawi dan ekin.. sudah lama menunggu pasti gembirakan...

    ReplyDelete
  7. tahniah buat mereka berdua
    mauu x gembira .. dah lama menanti kan
    nak2 dah gugur 2 kali .. syukurr ;)

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss