Tuesday, March 06, 2012

Novel ~ Pabila Cinta Memanggilku




Ini adalah antara novel yang telah selamat dihabiskan bulan lepas.. Ini adalah karya ke dua dari penulis yang sama pernah aku baca.. Cerita yang sangat menarik... tidak bosan.. dan jalan cerita pun endingnya tentu laa gembira.. Kepada peminat novel aku cadangkan korang baca novel ini..  Novel ini aku pinjam dari kawan sekolah aku Odie.. Kita orang bertukar² novel..

Kredit : 4.5/5 bintang


Cinta itu menyakitkan apabila mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, cinta itu lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang tetapi tidak berani menyatakan cinta itu!


Yang Ayesha seorang perempuan yang cukup sempoi! Di dalam hidupnya, hanya ada abah, ibu, Yoep dan abang ngah termasuk kawan-kawan di kedai bunga milik Encik Saadan. Tidak pernah terniat di dalam hatinya untuk jatuh cinta sehingga dia bertemu dengan Adam Harith.


Yang Ayesha : “Adam bukan saingan, ini bukan medan untuk bersaing, hadiah trofinya bukan saya. Saya tak mahulah sebab saya adik beradik bergaduh. Kalau saya tahu macam ni dari awal, saya tak dekat dengan sesiapa pun, Adam ataupun awak.”


Adam Harith seorang lelaki yang bercita-cita tinggi dan mempunyai wawasan. Tidak mahu terlalu bergantung kepada keluarga. Namun dia sering merasa tersisih dari keluarganya terutama daddynya, Datuk Zakuan sehinggalah dia berkenalan dengan Yang Ayesha. Namun tanpa disedari, abangnya sendiri, Amirul Irfan juga meminati perempuan yang sama.


Adam Harith : "Nak ajak kahwin saja pun susah, macam mana nak menentang makhluk macam ni? Atau awak sayang Irfan lagi dari saya? Awak suka semua ini berlaku, Yang? Dua orang serentak menyayangi awak?"


Amirul Irfan seorang lelaki yang tegas dan goal-oriented. Setia pada cinta dan sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan cinta terutama cinta Yang Ayesha walaupun cinta itu bukan miliknya.


Amirul Irfan : "Awak ni memang degil lah Sya, tapi tak apa, kalau Adam boleh buat awak jatuh cinta, saya pun boleh juga. Kita tengok nanti...”


Antara Adam Harith dan Amirul Irfan? Siapakah yang menjadi pilihan hati Yang Ayesha?


p/s : Menghitung hari.. tak sabar rasanya..


10 comments:

  1. Bess ni leh bikin drama or filem...

    ReplyDelete
  2. kaki novel rupanya... =}

    p/s: menghitung hari ya?

    ReplyDelete
  3. tabik ngan akak sbb suke bace novel...rindu plak lieya nak bace...dulu bujang2 mmg minat kak.....

    takpelaa, bace sipnosis ngan review akak pun jadik laaaa heheheeh

    ReplyDelete
  4. salute arr kat akak..sgt rajin membaca

    ReplyDelete
  5. hrmmm..bila lah terbuka hati nak sukakan novel2 ni....baca sinopsis berkobar2 nak baca...baca separuh jer..lepas tu baca ending dia..tu lah cara saya baca novel...

    ReplyDelete
  6. dulu memang rajin giler baca novel tapi sekarangni macam masa tak cukup dua puluh empat jam...
    kalauler der masa memang novel jadi pilihan..

    ReplyDelete
  7. wahhhh rajin akak bace novel..hehe






    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  8. mcm menarik j ni.. lya pminat tegar novel..leh cri novel ni lak.. tp skarang ada 3 novel nk kna khatam

    ReplyDelete
  9. mcm menarik j ni.. lya pminat tegar novel..leh cri novel ni lak.. tp skarang ada 3 novel nk kna khatam

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss