Wednesday, April 04, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 ~ Mekah 12/3 - 20/3 Part 4

As-Salam

 Ini semasa singgah di Jabal Tsur.. 

Nak pegang.. tapi rasa takut jerk..

Masa melawat ke sini.. anak aku tak ikut sebab dia demam jadi tinggal di hotel ngan Uwannya.  Aku dan hubby dapat laa naik unta nie.. Weols nie.. ada gak kena tipunya masa di sana.  Orang yang menyewakan unta nie adalah ambik gambar tapi tak perasan berapa keping dia dah snap.  Bila dah selesai pusing² tengok dekat 5/6 keping gambar kalau tak silap laa gambar polaroid nie.. Dia charge SR50 adoiyai.. bila weols tak nak ambik terus dia cakap 'Haram! Haram! hampeh betul.. Nak kata apa.. bayo je laa.. Jadi pada uols semua harap jangan terkena laa bila ke sana nanti yer..  Jangan bagi dia orang ambik gambar.. guna kamera dia orang.. 






Di Jabal Rahmah.. Pertemuan Nabi Adam & Hawa

Ramai orang.. ada gak yang berniaga kat atas nie.. Kat sini doa yang 
mustajab bagi yang nak mendapatkan jodoh dan juga 
pada yang dah kawin tuh..  berdoa laa moga kekal bahagia
 hingga akhir hayat.. 

Hubby aku berkesempatan memanjat naik ke atas..

Ini laa Jabal Nur.  Di atas tuh laa terdapatnya Gua Hira tempat 
Nabi Muhammad  SAW bersembunyi.. 
Dok bayangkan cam na isteri Nabi Aishah naik ke atas tu bila 
hantar makanan kepada Nabi SAW.


 Ini perkhemahan untuk jemaah semasa musim haji.. semasa di Mina
Kalau tak silap itu laa terowong Muasim yang pernah runtuh.. 
masa musim haji beberapa tahun lalu.

Perkhemahan di Muzdalifah.. (sorri kalau silap nampak cam sama jer)
Andaiannya macam di Padang Mahsyar

Masjid di Jiranah.. setiap kali berhenti di masjid buat laa solat sunat.. 
Kat sini pun boleh Miqat.. 

 Ini adalah Masjid Tanaem.. Masjid Aishah isteri Nabi.. SAW.. 
Hubby aku Miqat untuk umrah.. kali ke 2

Kesian si bujang terlentok kepenatan.  Kali kedua nie masa Saie 
hubby sewa kerusi roda tolak.. anak aku yang dah tak larat nak jalan.. 
Manja betul.. aduhai..


11 comments:

  1. Meriah betul kan hiasan kat badan unta tu..hehehehe

    ReplyDelete
  2. Betapa Allah maha besar, Jika dlihat dari bentuk bukit yg menempatkan Gua Hira' tu memang tinggi.

    Ister Nabi Allah Aishah diberi kekuatan untuk mendakinya utk menghantar makanan kepada nabi S.A.W.

    subhanallah...

    ReplyDelete
  3. Bg kita umat akhir zaman ni...mmg kecik jer fizikalnya..dikatakan zaman nabi2 dulu saiz tubuh badan mereka lebih besar dari kita..wallahua'lam.

    Sian ler haiqal tak leh ikut gi sini. Mujur ler ada uwan dia. Tapi...uwan dia pun tak berkesempatan jgk ler nk ziarah ke sini??

    ReplyDelete
  4. alahan kesian tgk anak bujang akak tu...mmg letih betul tu yelaaaa demam lak tu kan.....tapi takpe kak, die beruntung sbb dpt menjejakan kaki dibumi Allah dlm usia yg muda.....mesti die berterima kasih dpt parents mcm akak n abg akak....

    ReplyDelete
  5. ala ciannya hero akak demamya?
    seb bek ada uwan njaga..
    nway,best ke naik unta~

    ReplyDelete
  6. sempat juga org sana menipu kan..huhu.. :)

    ReplyDelete
  7. kalau tgk gamab org pi umrah wajib ada gambar dgn unta berhias tu kan hikhik


    tp mmg gitulah cara diaorang carik duit kan..


    suka tgk seme gambo..insya-allah nanti adala rejeki sy ke sana juer

    ReplyDelete
  8. Kt tnh suci pn bley menipu kn..ish3

    ReplyDelete
  9. subhanallah...semoga saya juga akan sampai ke sana...

    ReplyDelete
  10. Seronokkan kak dpt pegi umrah ngan family....

    ReplyDelete
  11. boleh ker sis kita amik guna camera kita sendiri?

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss