Friday, April 06, 2012

UMRAH & ZIARAH 2012 ~ Mekah 12/3 - 20/3 Part 6 (Final)

As-Salam..

Ini adalah part terakhir.. korang layan laa yer gambar² di bawah.

Dalam weols jalan² tu terjumpa plak sebuah Kedai Melayu..
 borak² dia nie orang Pattani dan tinggal di
Mekah dari zaman kanak² lagi..  Masih lancar berbahasa melayu..


Hubby aku sempat memotong rambut kat sana.. tapi katanya.. 
orang Arab nie kasar laa... pedih kepala dia.. SR12 dia kena bayar.. 
Nasib baik anak tak potong rambut kat sana..

Sebelum pergi Mekah.. hubby dah buka akaun di sini.. 
iye laa tak kan nan bawa duit banyak²kan..
Jadi weols simpan in hand SR500 jer.. bila nak guna..
 weols akan keluarkan.. Aku galakkan
korang bawa lebih sikit kalau korang di Madinah kerana kat sana.. 
kurang sikit ATM cuma di Mekah banyak ATM 
yang boleh korang keluarkan duit....


Ini adalah hari terakhir di Mekah.. Dalam perjalanan ke Masjidil Haram


Jemaah yang nak pulang dikehendaki untuk membuat Tawaf Wida..
(tawaf selamat tinggal).  
Lepas buat tawaf, disunatkan juga solat 2 raakat.  
Masa ini memang mata tiba² jek akan berair menangis.. 

Hiba sunggah pada masa ini.. Aku berdoa dan berterima kasih pada Allah
 kerana telah menjemput aku ke sana. dan aku berdoa agar 
aku dapat ke sana semula.. Sedih betul kerana itu laa kali terakhir 
aku akan tengok kaabah depan mata.. 


Di tingkat atas Masjidil Haram..




Hubby bersama Mutawif Ustaz Abas.. dia nie orang Indon.. 
tapi dah bertahun² tinggal di Mekah..

Beg² telah diturunkan siap² sebelum pergi buat Tawaf Wida kerana selepas 
buat Tawaf Wida kena terus naik bas.. dan ikut kebiasaannya.. 
dah tak boleh singgah lagi ke bilik atau membeli belah.

Sebelum sampai di Airpot Jeddah.. weols singgah di Masjid Terapung 
atau Masjid Hawa.. di Laut Merah.  Singgah solat jamak zohor & asar.. 
dan makan tengahari.. di sini

Angin bertiup.. dingin jerk.. 

Suasana dalam Masjid Hawa.. Aku solat kat luar jerk.. dengan angin laut yang sejuk ...

Ada laa plak orang Arab nie jual buah ini.. Mula² dia orang kata buah kurma muda.
.tapi bijik  cam bukan.. tapi sedap.. rangup cam epal.. 

Di Airport Jeddah selepas cek-in bag..



Tengok ambik kesempatan bila bini tak de dekat ngan dia.. posing ngan pramaguri gitu..
Amboi.. hubby cakap pramugari..tu yang nak ambik gambar ngan dia.. hehehe..sabo je laa..

Ketika di dalam kapal terbang, tempat duduk weols dah berjauhan. Aku duduk di tingkat bawah sorang² dan yang lain kat bahagian atas. Boring betul laa.. Semua jemaah bising² sebab terpisah dari laki dan anak masing².  Rupanya bukan jemaah dalam kapal terbang weols jer.. Cik Mel pun baru balik gak dari umrah. dia pun kena gak cam nie. Pergi elok jerk..bersama² tapi balik semua berpecah..

Sampai di KLIA pada pukul 11.05 pagi pada 21 Mac 2012.  Hubby sewa van untuk bawa weols balik ke rumah.  Kak Yang balik sendiri ke rumah terus.. dan Kak Nyah ikut aku balik ke rumah dan hubby akan hantar dia balik dengan kereta.

Sampai di rumah... memang penat sungguh.. lagi pun jetlag.  Tergolek laa cari bantal.. Pas tuh badan dah mula tak sihat.. batuk² selsema.. semuanya cukup.. 

Sekarang alhamdullilah dah pulih.. dan sihat.. Anak pun batuk dia dah beransur pulih.. Aku berdoa semoga aku dijemput kembali ke sana.. dan aku juga telah panjatkan doa untuk kawan² untuk sama² merasai dan menjejaki kaki ke sana.. Insyallah.



8 comments:

  1. mmg sedihlaa bukan semua hambaNYA yg berpeluang ke sana...gambo last tu yg tak tahan ...sempat lagi tu hehe

    ReplyDelete
  2. tgk airmata rinn dan suaminya pun..sy rasa sayu jgk, adeii...lom gi sana lg..
    tp tu lah..wlpn kaabah tiada lagi di depan mata...tetapi ia sentiasa ada di hati kita, kan..

    ReplyDelete
  3. alhamdulliah dah selamat pulang semula ke tanah air..tahniah dapat mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah lepas ni gi buat haji plak ya kak, amin.

    ReplyDelete
  5. tetiba jadi sebak bila tengok akak & abang nangis.

    hubungan 2 hala yg baik antara m'sia & mekah. sebabtu la ada bank alrahji kat mesia ni kan...

    ReplyDelete
  6. baru berpeluang buka blog rinna... alhamdulillah berpeluang pergi umrah.. harap aishah pun akan dapat kesana..

    ReplyDelete
  7. rinna mesti lagi sedihkan...dee yg baca pun leh sebak menangis..moga doa kita semua dimakbulkan..insyaallah..

    ReplyDelete
  8. teringin nak ke sana...insyaallah...

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss