Friday, May 04, 2012

Novel ~ Isteri Separuh Masa


Novel ISM ini adalah novel kedua dari penulis Suri Ryana selepas MAID.  
Novel ini aku beli sempena pesta Buku di PWTC yang sedang
berlangsung sekarang hingga Ahad, 6 Mei ini.

Kalau nak tau serba sikit berkenaan cerita ini boleh laa baca sinopsisnya.. yer

Kredit : 4.5/5 bintang..

Pada pendapat aku novel MAID lebih best dari yang ini.. tapi ini adalah
pendapat aku laa.. 


Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.


Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.


Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.


Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.


Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 


Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 


Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?


Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Aku di booth Kaki Novel.. Aku ke sini hari Isnin lepas.. 

Dah abis membeli balik laa.. 
TQ pada hubby yang sudi hantar aku pergi ke PWTC.. 


9 comments:

  1. Kakcik dah pegang novel tu, tapi tak jadi beli pulak. :)

    ReplyDelete
  2. bess gak boring2 layan novel...mesti addictedkan

    ReplyDelete
  3. cam menarik jalan ceritanya tp sy peliklah dulu sy kaki novel..kalau dh pegag novel tu mmg x ingat dah nk wat keje lain tp sejak ni nak habiskan sebiji novel pon hadoiiiyaii

    ReplyDelete
  4. akak ada nampak novel ni kat popular bebaru ni. sekrg dok kusyuk baca novel takdir fitrah terindah

    ReplyDelete
  5. alaaaaa sis...
    rugi tak baca entri nie awal2...
    kalo dak leh gak rembat novel nie...
    tadi gi tapi tak tau nak beli novel apa...

    ReplyDelete
  6. saya pun peminat kaki novel.....tapi tak beli lagi novel tu....

    ReplyDelete
  7. ramai yg pergi ye karnival buku tu.oklah sy singgah dan follow..

    ReplyDelete
  8. jalan cerita yang sungguh sedih . hpe happy ending la kan.

    tapi kalau dalam realiti kehidupan jika berlaku tersangat la pedih untuk ditelan

    ReplyDelete
  9. Baru sebulan tak beli novel, hehe..asek layan online punya aje, kehkeh..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss