Tuesday, June 05, 2012

Novel ~ Cik Bunga dan Encik Sombong

As-Salam


Jom sambung lagi.. novel yang seterusnya.. yang aku dah abis baca.. hehehe.. 

Novel ini pun best jugak... Menarik tertarik debooomm laaa.. !!!

Cerita mengisahkan Intan Asnidar@Cik Bunga yang menjadi tunangan secara bidan 
terjun kepada Haris Isqandar@En. Sombong.  Harris meminta Intan yang kebetulan
datang mendeco² bunga di dewan berlangsungnya majlis pertunangan Harris tapi last
minit tunangan Harris melarikan diri dan untuk menyelamatkan maruah keluarga 
Intan di bayar untuk menjadi tunangan yang dibayar RM50K.. 

Kalau nak tau lebih lanjut lagi.. meh ler layan.. best citer nie.. 

Kredit :  5/5 bintang

Sinopsis.. 

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.


Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.


Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,


“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”


Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”


Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


9 comments:

  1. rajin ye dia bc novel....sy mmg tak brapa la bc novel....bc blog boleh la..or tgk drama tv

    ReplyDelete
  2. saya klu baca novel.. bca 2 - 3 muka tidur jap. pas tu smbg balik.. pas tidur lagi. he he he cpt nagntuk bila baca novel2 ni

    ReplyDelete
  3. sound mcm best je citer ni. ala ala cinta 2 darjat gitu.

    kalau bagi ai 50k pun I nak tunang jugak. tunang je kan. bukan kena kawin pun. hahaha. jahat tak ai?

    ReplyDelete
  4. best la novel ni baca sinopsis je dah teruja nak baca, mesti dapatkan ni.

    ReplyDelete
  5. wah akak taruk 5 bintang msti best

    ReplyDelete
  6. berapa lama habis baca satu novel?

    ReplyDelete
  7. @Wahida ~ Tengok keadaan laa.. ada tuh..kalau tak tebal 2 hari dah abis.. kalau tebal 3/4 hari gak laa.. :)

    ReplyDelete
  8. kt pun dh baca novel ni..best..suka gk jln cter nyer...hahahaha

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss