Thursday, June 14, 2012

Novel ~ Kau DiTakdirkan Untuku



Novel ini aku pinjam dari ofismate aku Jumaat lepas.. 
dan dapat dihabiskan hari Sabtu malam.  Cerita yang best jugak.. tu yang
aku leh abiskan cepat tuh.. sebab tak sabar nak tahu 
apa jadi selanjutnya..  

Kredit : 5/5 bintang

Akan ku sulam kasih hingga ke dasarnya, Kerna ku percaya kita ditakdirkan bersama.


Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.


Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.


"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram. 



Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri? 


11 comments:

  1. Dh lama tak beli novel, tak baca novel..tak berkesempatan. Kalo terasa rindu nk baca...sy gi baca cerpen online aje..hehe. Cepat leh abes jalan citernya. Kalo baca novel kang..tak terbuat keje lain, hehe

    ReplyDelete
  2. tak terkira la kan, banyak tul novel yang akak baca. kejap kejap dah abis baca. hai, kalau T le, satu buku tu makan masa tahun tuk habiskan.

    ReplyDelete
  3. Dahbeli novel ni..lom baca lagi...dah baca nanti leh buat review

    ReplyDelete
  4. dashyat ar sis ni..dee ni takde masa nak baca walau buku ada je berlambak kt umah..huhu..

    ReplyDelete
  5. Kemelut percintaan tapi akhirnya kalau dah memang dia jodohnya dapat jugakan...

    ReplyDelete
  6. rinna ni mmg suka sgt baca novelkan

    apa kata cuba2 tulis novel pulak..camne?

    ReplyDelete
  7. layan gaj citer ni...bess!!!

    ReplyDelete
  8. saya kalau ada mood nak baca novel selalu gak pinjam kengkawan punya jer..

    ReplyDelete
  9. kak rinna boleh jadi novelis la lepas ni...

    ReplyDelete
  10. RS pun penggemar novel.tp sejak benti keje tahun lepas dah tergendala jugak bli2 novel.sebabnya novel yg di bli tahun lepas satu kotak sme berplastik lg lum baca.ehehe.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss