Thursday, June 21, 2012

Novel ~ Pergilah Air Mata




Kredit : 4.9/5 bintang

Novel ini dah lama diterbitkan.  Memula tu memang tak teruja nak membacanya pun dan tak de dalam list.  Tapi bila nampak novel ini kat tempat ofismate dan dia tanya nak pinjam tak, aku katalaa tak nak baca citer sedih² nie.. Pas tuh dia kata memula jek sedih pas tuh bila baca asik senyum² jerk.. So aku pun pinjam laa.. Memang best.. Rugi plak tak baca dulu².  Pada uols yang belum pernah membaca novel ini boleh laa beli atau pun tukar² novel ngan member² yang kaki novel.  Kat ofis nie pun ramai dah member² yang dah jadi kaki novel..

Cerita mengisahkan Sabrina dan Badrul yang ditangkap basah gara² perbuatan kawan baik Sabrina sendiri yang memerangkap Sabrina yang masuk ke bilik hotel Badrul yang lupa untuk mengunci pintu bilik.  Bila dah tertangkap, Badrul anak seorang dato' yang ingin menutup aib malu terpaksa gak laa kawin ngan Sabrina.  Sabrina ini plak lagi sebulan dah nak bertunang.  Memula hidup Sabrina ini asik laa kena maki hamun jek ngan Badrul dan ibu mertuanya.  Nasib baik bapa mertuanya tuh baik hati..  Badrul yang memang tak suka memulanya dengan Sabrina.. berkahwin juga dengan Yana, teman wanitanya.. Tapi disebabkan teman wanitanya ini gila kerja selalu aje laa ditinggalkan. Dalam pada masa tu laa cinta berputik di antara Bad dan Sabrina.. So nak tau lebih lanjut..uols leh baca online atau beli aje laa novel ini.

Sinopsis :

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA

Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

Special N3 untuk ending yang tiada dalam novel boleh baca di  SINI

Bakal diadaptasikan dalam bentuk drama..




13 comments:

  1. pergh.... salute lah u msih sempat baca novel lg

    ReplyDelete
  2. bagus ko kak....lengkap dan padat...sape2 peminat novel mmg sgt2 sesuai refer entry2 novel akak nie....

    ReplyDelete
  3. hmm.. mesti best. kalau wat filem lagi la best. mula mula benci pas tu jatuh ati. hehehe..

    bukan benci tapi terbenci.. ek boleh ter ter gitu ke? ha.. mula la T ni nak merepek.hehehe

    ReplyDelete
  4. wah cam best je...RS mmg ske citer2 cenggini..bercinta pas kawin...sweet :)

    ReplyDelete
  5. Kisah anak Dato' terperangakaplah ye... cinta yg sabar biasanya berakhir dgn kebahagiaan...

    ReplyDelete
  6. wahhhh mcm best jln ceritanya tu kan kalau dijadikan drama pun best tuu

    ReplyDelete
  7. memang ratu novel lah rinna ni :)

    ReplyDelete
  8. pergh 4.9 /5 tu....best la buku ni ek?

    ReplyDelete
  9. Sis..kamu dah jd Juri novel dah kini yer...hehehe...akk try jugak tuk jth cinta dgn novel2 ni sis...tak mau jugak hati ni jatuh cinta...haihh!!!!..

    ReplyDelete
  10. Ohhh..kisah kena perangkap tangkap basah :)

    ReplyDelete
  11. wow!! bestnya sinopsis ni...mcm dlm drama lak...

    ReplyDelete
  12. macam best je,tapi saya ada 4 novel di rumah ni yg belum habis baca...huhu.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss