Monday, June 04, 2012

Novel ~ Suami Aku Ustaz





Novel yang menarik..untuk di baca kerana selain membaca untuk suka² ada gak diselitkan pengajaran sebabnya iye laa si Alisha nie kawin ngan Ustazkan.. pas tuh cara² ustaz ini mendidik isterinya yang muda tuh.. Kawin plak isteri belum lagi ambik periksa SPM.. nak tau lebih lagi.. beli laa.. :))


Kredit 4.8/5 bintang

Sinopsis :

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?



10 Pengomen Terdiva:

wahida said...

wow!! mesti best!! mesti lebih kurang cinta yg notti gitu...

eh, ada ke cinta notti? ekekekek...

wantie said...

baca sinopsis tu tetiba teringat kat my friend yang kawin ngan ustaz dia. mmm... bayangakanlah.

mula tu malu malu then lelama ok le. suka tengok dia sekarang bahagia dengan beberapa irg cahayamata.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

wah mcm menarik jer ceritanya nih..teringin lak sy nak baca..isteri notti somi skema hikhik..nk pi carik arr novel ni

Neeza.Areef said...

wah mcm best je

lieyalatif said...

suke bace kak...nak bace novel ntah bile nak mule balik minat yg dah lame terkubur nie...so bace sipnosis akak pun best gak...tapi kalo akak tulis kesudahan cite tu lagi best kak heeheheheh.....

Daddy Ziyyad said...

wowww..rating 4.8 per 5 tu! ;)

ieda said...

wow .. sure menarik nie ;)

Bitt (double IS) said...

keh keh keh...kak rinna ni setap i tau dengan ayat "nak tahu? beli lah" akakakkakakaa

lizz said...

macam best...nak try carik la nanti...

dekdaa said...

Kelakar tak nih?
Kalu lawak2 nak gak baca.. cam menarik.. heheehe.

Penggemar novel gak tp banyak lg yg tak bukak plastik huhu.

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss