Monday, June 25, 2012

Penampilan Terbaru Ras Adiba Radzi

Imej Baru Ras Adiba Radzi

Sumber : Murai.com


KUALA LUMPUR, 23 JUN 2012: Inilah penampilan terbaru personaliti TV dan pembaca berita senior, Ras Adiba Radzi yang telah dirakamkan baru-baru ini.

Portal murai.com.my telah dilayangkan dengan beberapa foto Ras Adiba Radzi yang kini memilih imej botak sebagai penampilan terbarunya di kaca TV mahupun dikhalayak ramai.

Difahamkan, Ras Adiba Radzi telah membotakan kepalanya sebagai menyokong usaha Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai Makna menerusi kempen Jom Botak bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser.

Apa yang menarik, rambut di kepala Ras Adiba Radzi telah dipotong di salun A Cut Above oleh pemilik salun itu sendiri, Winnie Loo.

Sumber memberi tahu, Ras Adiba Radzi langsung tidak kisah seandainya tindakannya itu akan menjejaskan kerjayanya kerana apa yang lakukannya itu demi membantu golongan yang di dalam kesusahan.

Kempen Makna itu telah berjalan sejak sebulan lalu dan pihak berkenaan berharap agar kempen Jom Botak itu akan dapat memenuhkan tabung Makna sekitar RM50,000.

p/s : Moga apa yg dikorbankannya itu berbaloi..


17 Pengomen Terdiva:

lieyalatif said...

erk...pelik la pulak rupenye kak hihihi...mcm2 laaa artis kite nie.....

Kesuma Angsana said...

tujuan yg baik tapi takkan smpi botakkan rambut cam x sesuai je

wahida said...

betul kata kesuma tu...tujuan mmg baik, tapi tak sepatutnya sampai dibotakkan kepala tu...

adoi la...

Daddy Ziyyad said...

Majlis Kanser suruh botak, laju aja buat..

Tuhan suruh tutup aurat, sikit punya liat...

Semoga kita semoga diberi hidayahNya

wantie said...

ntah le kan, setahu saya le orang perempuan tak leh memotong rambut pendek sehingga menyerupai lelaki lagi lagi la membotakkan kepala melainkan ada sesuatu yg memudaratkan.

tapi kalau tak de benda yg memudaratkan. kenapa nak botakkan kepala? wallahualam..

ieda said...

aminnn semoga niat baik dia mendapat keberkatan ..
sayang kalau dia bertudung lebih makna pengorbanan dia kan ;)

Kakzakie said...

Botak pun sekejap dah boleh tumbuh... api itulah pengorbanan dia tu sukar kita nak dicontohi.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

harap lepas botak ras adiba terbuka hati nk bertudung pula..nk buat kerja amal bnyk lg cara x semestinya botak kepala kot

Eye_nee said...

Beramal dlm pelbagai cara....semoga tidak jatuh pd hukum yg lain pula disbbkan membotak kan kepala itu...

~ yus ~ said...

dah macam orang Jepun pula tengok rupa dia macam ni kan...

gerhana luka said...

baru rasanya tengok Ras Adiba jadi pengkritik kat ON AIR ada lagi rambutnya, tau2 dah botak la pulak. lepas ni sahut plak kempen tutup aurat ada sapa2 nak anjurkan? dengan target jualan tudung dan pakaian muslimah hasil jualan boleh gak sumbangkan pada pesakit kanser tu betul tak.

zOeY zAu YaH said...

niat yg baik tp..

ratu siput said...

betul2.better dia bertudung rasa lbh elok drp botak camni...tp pape pun terpulang masing2.maybe cara camtu boleh buat dia rasa puas hati ke...

anamizu kaito said...

mcm2 hal la deme nih.buat yg idak2 je..takyah smpai botakkan kepala pon boleh aih nk tnjuk tnda sokongan kempen..huh hape daa~





Luv,
cik ana

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

pakai tudung jer lerrr..tapi apa2 pun dia memang berani ler nak botak kepala.

Bitt (doubleIS) said...

perghhhh....haihhh nasib baik cunn! ;)

ALoNa CintamaniszLite said...

botak mcm ni biasa dh tgk orang pempuan buat. Kalo yg botak licin mcm kojek tu yg jarang2 ompuan melayu wat, heheh..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss