Monday, August 27, 2012

Hari Raya 2012 - Part 1

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya.. pada semua teman².  Hari ini rasanya ramai yang telah mula bekerja semula.  Sama laa ngan aku pun.  Seminggu bercuti raya cam tak terasa jerk.. Pepagi plak hujan.. sejuk jerk..kalau dapat tido alangkah seronoknya.. kan.kan kan.. hehehe..

Ramai blogger telah mula meng update citer pasal raya.. aku nie baru nak citer.. maklum laa bila mood raya, blog pun jadi lemau je laa.  Macam mana sambutan hari raya uols semua.. tentu meriahkan.. debaboom gitu.. 

Weols sekeluarga balik ke kampung pada petang hari Sabtu tuh.. Sebelum tuh weols singgah umah makcik aku untuk bermaafan ngan mak dan makcik.  Lepas itu baru ke Keramat untuk ambil Kak Yang untuk balik bersama.  Tahun ini Angah dan Kak Yong balik ke rumah mertua masing-masing.  Singgah di pasar ramadan di Keramat beli laa sedikit juadah untuk berbuka sebelum weols singgah di R&R Rawang untuk makan dan bersolat.  Weols sampai di rumah Apak dalam pukul 10.30 malam.

Ahad, 19 Ogos 2012

Pepagi raya dah bangun.. menyiapkan sarapan dan menyiapkan diri untuk ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya.  Tahun ni nasib baik pergi cepat.  Dapat laa solat kat dalam masjid.  Kalau tak mesti weols kena solat di luar aje.

Weols baru balik dari solat hari raya.. 

Aku dan Kak Yang..

Balik dari masjid, bersiap-siap plak untuk ke Bukit Pekan, Kampar melawat kubur. Memang menjadi kebiasaan akan ke sini setiap tahun bawa Apak.

Kubur arwah abang hubby ku..

 Kubur arwah opah hubby.. 

Kubur arwah atok hubby..

Lepas melawat ke kubur, weols pergi ke rumah mak sedara hubby aku, adik apak. Sekarang adik beradik apak tinggal wanchu aje laa.  Kak Sal sekeluarga jumpa weols kat rumah Wanchu aje laa..




Amboi berselera anak bujang ku dapat makan laksa..



Lepas beraya ke rumah Wanchu weols balik semula ke rumah Apak.  Acara bergambar² kejap  laa seperti biasa kan.  Lepas bersolat, bersiap² packing baju masuk dalam kereta.  

Gambar raya weols sekeluarga.. 


Gambar raya Kak Sal sekeluarga

Acara seterusnya ke rumah besan Kak Yang di Batu Gajah.  Selalunya weols melawat pada Hari Raya kedua.. tapi sebab tak de nak pergi ke tempat lain jadi ke sana laa.  Weols telefon laa dulu.. dan kedua ibubapa Ninie ada kat rumah. Kenyang perut makan² raya nie.  Lepas makan sempat laa Skype dengan Zaid dan Ninie kat UK.





Nyum² sedap hidangan di rumah Mak Ninie 

Sempat laa Kak Yang berskype dengan Zaid dan Ninie.. 
sambil tengok cucu Fahim Zidane yang dah masuk 4 bulan dah.. 
Cute Fahim dengan baju melayunya..

Sambil berskype..nie hujan turun dengan lebatnyaa.. tapi weols terpaksa laa redah jugak sebab lepas ini akan ke Ipoh pulak rumah Wanchu, adik arwah mak kat Ipoh.

Kita berehat sebentar..yer..nanti sambung lagi...



17 comments:

  1. Mana-mana kakak singgah nampak memang meriah beraya bila dapat jumpa sanak-saudara..

    Jauh juga Rinna sampai ke Ipoh ye..

    ReplyDelete
  2. assalam rinna..tengok gambar hidangan raya ni rasa teringin pulak nak makan lagi he he

    ReplyDelete
  3. Semua orang bercerita tentang suasana raya di kampung... tapi kakcik takde cerita sebegitu. :(

    ReplyDelete
  4. oo.. tema hijau ye tahun ni.

    tu la kan, umur 4 bulan dah pakai bajuy melayu. jahit ke beli yang ready made. Tapi, ada ke ready made tuk budak 4 bulan?

    ReplyDelete
  5. Meriah kan berhari raya dikg..masa ni lah nak jumpa pak mak sedara...

    ReplyDelete
  6. sedapnye tengok lemang dan rendang tu.

    ReplyDelete
  7. wahhh..seronoknya...Meriah kalau kumpul ramai2 brsama sedara mara....

    ReplyDelete
  8. Bergembira dihari raya, meriahkan bersama keluarga..

    ReplyDelete
  9. kalau sebut apaktu akak dah rasa orang perak.. sebab akakpun panggil apak..
    seronok berhari rayani kalau pergi sembahyang raya baru terasa raya... menziarah kubur dan jumpa orang tua2 barulah nikmat raya...

    ReplyDelete
  10. meriah sis rinna...baju raya hijau cantik..

    ReplyDelete
  11. ok la kak ...wpon lmbt update...tp sempt update gk nieh...

    saya satu pon tarak lg..hehe

    # tgk lemang rendang tu rasa tliur dh nie..hehe

    ReplyDelete
  12. cantik la baju raya akak..berkenan lak saya..hehe... :)

    ReplyDelete
  13. alamakk...tgk lemang, rendang dan aneka juadah raya skang ni mula ler tingin nk makan pulak. Ri tu masa raya eksyen aje takmo makan sgt sebab mende bykk, kan...hehe..

    ReplyDelete
  14. Salam eidul fitri dr ibuhani sekeluarga utk rinna n family! Wah! Pjg citer raya dia ni......

    ReplyDelete
  15. meriah banget , keluarga yang bahagia

    ReplyDelete
  16. kelihatannya keluarga yang sangat bahagia sekali

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss