Wednesday, September 19, 2012

Majlis Hari Raya Di Lorong Rumah

Assalamualaikum

Dah beberapa hari blog tak berupdate.  Semalam tak sempat nak update sebab bz jadi jaga kat kaunter.  

Sempena cuti Hari Malaysia dan hari terakhir Syawal, lorong kat umah aku buat majlis hari raya seperti tahun² lepas juga laa..  

Persiapan dibuat bermula selepas solat zohor.  Weols yang kaum perempuan nie mula kerja rewang dengan menyediakan barang² untuk di masak.  Yang lelaki plak tolong untuk memasang khemah.

Menu weols tahun nie tak de pun makanan raya tapi makanan biasa jer.. Tapi tak kisah laa janji weols dapat berkumpul begini.  Kalau tak de majlis begini.. memang jarang laa nak nampak muka.  

Kutipan sebanyak RM20 setiap rumah.  Hidangan yang disediakan antaranya Nasi Lemak, Sambal Bilis, Kacang dan Timun, Ayam Goreng, Mee Goreng, Tauhu Sumbat, Cucur Bilis, buah²an, teh tarik dan air oren.  Ada yang bagi roti jala, puding, agar² dan mak aku tolong masakkan kuah kacang seperiuk..   Weols ada juga jemput orang² surau untuk jamuan ini.

Majlis berakhir dan siap mengemas² dalam pukul 11.30 malam.  Badan memang penat iye laa dari siang hingga ke malamkan.  Siap bungkus lagi mana makanan yang berlebihan tuh.. dan esoknya boleh makan lagi.. 

 Lepas Zohor rewang potong² dan masak memasak


 Kak Linda sedang menggoreng cucur bilis


 Sakit pinggang ke bangg...


 Siap² masak.. tolong plak untuk menyusun² makanan


Acara makan yang dinantikan.. 


 Tu dia hidangan yang menyelerakan


 Nampak tak seperiuk bubur kacang.. tuh.. 


 Ada yang sponsor bawa eskrem dah jadi tutti fruiti plak.. 


Nasi Lemak dan sambal.. siap ada ikan bilis dan di makan dengan ayam goreng..


Selesai majlis.. acara bungkus membungkus.. makanan..


Hubby bersama jiran².. 

Bergambar kenangan.. yang pompuannya tak sempat.. 
masing² dan kepenatan.. dah ramai yang balik

Hubby sempat plak buat satu group dalam FB.. untuk lorong weols tuh jadi gambar² yang diambil dimasukkan ke situ.. sebab dia orang tak dapat tengok gambar majlis pada tahun yang sebelum²nya tuh.. Dengan adanya group ini boleh juga menyampaikan sebarang maklumat yang penting untuk ahlinya.. 


15 comments:

  1. Seronoknya bila jalinan ukhwah bersama jiran2 erat tersimpul. :)

    ReplyDelete
  2. assalam rinna..kalau dirumah acik tak dpat nak buat macam ni..lorong acik tak ramai melayu

    ReplyDelete
  3. bestnya gotong royong masak. mesti sedap makanan tu

    ReplyDelete
  4. wow seronoknya dapat bergotong royong bersama..

    ReplyDelete
  5. Bagusnya Rinna. Kakak susahlah sikit sebab majoritinya org Ca Ya Nun Alif. Org Melayu/Islam berapa kerat je..

    Nasi lemak dlm periuk tu menggoda betul ieda.

    ReplyDelete
  6. wah seronok kalau jiran2 semuanyer nak sepakat mcm ni!

    ReplyDelete
  7. rinna bsb suka ler kalau ada gotong royong macam nie..baik utk semua.tempat bsb jgn harap ler nak buat gotong royong masak2 macam nie..masa makan ramai ler yg turun.hhehehe

    ReplyDelete
  8. Jiran yg sepakat...tak menjadi sebarang masalah utk adakan sesuatu majlis, kan...

    Jiran sepakat membawa berkat...

    ReplyDelete
  9. bestnya kak....buat cenggini dpt la kita jiran2 bkumpul kan...bila lg la nk bkumpul gitu.....

    sy ni jiran muda, adoyai...malu plak kalu x reti nk cmpur2 gini..hikss..nk msk lg la x terror..haha

    ReplyDelete
  10. FUHHHH...meriah kak...gotong royong gitu...sonok mcm ni kan kak....mengeratkan silaturahim ....skrang susah la kak nak jumpe budaya mcm ni.....tgk menu2 yg ade mmg byk n sedap2...puas mkn kan kak....

    ReplyDelete
  11. Seronokkan setiap thn ada majlis sebegini...merapatkan ukhuwah antara jiran2....saya tak ada jiran sis..kiri kanan rumah hanyalah tanah kebun buah2an yg tiada penghuni....

    ReplyDelete
  12. aduh2 ... meriahnyeee
    rinna !!!
    macam gtg royong nak majlis kawin aje .. ;))
    mee grg tuu ngancam .. nasi dagang .. fuh2 semua sedapp .. nakkkk ;))

    ReplyDelete
  13. wah meriahnya..menjalinkan ukhwah sesama kita kan..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss