Thursday, October 11, 2012

Novel ~ Kahwin Ganti

Assalamualaikum




Mengisahkan Luqman kembar kepada Nuqman terpaksa menggantikan
tempat si abaangnya untuk berkahwin.  Biasa laa mula² tak boleh
terima laa si isterinya a.k.a tunang abangnya iye laa tak de rasa cinta kan
tapi lama² dapat jugak dia terima.. tapi masih juga ada konflik
antara abang dan adik kembar yang tak sehaluan ini..


Kredit : 4.8/5 bintang

Sinopsis ~


Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
"Awak suka saya tak?" – Mya Zara
"Aku… aku suka Dibo!" – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
"Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!" – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?






12 Pengomen Terdiva:

inazamri said...

lepas ni nak rujuk blog rinna je la kalau nak beli novel best2.rasanya bulan depan nak beli novel gak ler

JunAina said...

Dah lama tak layan novel. Kadang2 masuk kedai buku niat dah pasang bila sampai terpaksa bagi laluan untuk anak2.

Lama tak jengah sini...janji saya masih belum tertunai.

wantie said...

ini kes cinta bilang benci. hiksss.

wahida said...

alahai...bestnya sinopsis ni...
mcm nak gi cari ni...

Kakzakie said...

Dua lelaki bercakaran perempuan juga yg tersepit di tengah-tengah..

Kella said...

hari ni ramainya buat review novel.. dah lama sangat tak membaca novel.. zaman belajo dulu je...

Dee said...

mcm salin tikar eh..hehehe..

~aYu~ said...

salam kenal.. lama xmembaca novel. last baca novel adam dan hawa jek.

Tihara said...

best jugak bc sinopsis dia..tapi nama dalam novel gempak2 la kan :)

Kesuma Angsana said...

mesti best ni selamat membaca ye

ALoNa CintamaniszLite said...

punnnn dh penah pegang novel ni kat popular tp tak beli sebab bajet tak merestui, hahaha

dwaty said...

sekarang tegah baca novel... suami yang ku benci... kena kawen ganti gak...

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss