Monday, October 01, 2012

Novel ~ Projek Memikat Suami



Assalamualaikum

Okey aku dah selesai baca novel ini. Cerita yang sangat menarik.  Bila dah mula baca memang susah nak berhenti sebab nak tau apa nak jadi selanjutnya.. Walaupun citer ini ada 18sx sikit tapi tidak laa keterlaluan.  Banyak juga pengajaran yang ditonjolkan oleh penulis dalam novel ini dari segi memikat hati suami yang dikahwini pada mulanya tidak menyintai isterinya.  Dengan ajaran dari kakak² yang dipanggil masterji.. tuh berjaya juga laa Husna melembutkan dan menjinakkan hati dan perasaan Zahrain...   

Kredit : 5/5 bintang

Jom layan Sinopsis ~

NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia ikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!




17 comments:

  1. Baca sinopsisnya pun dah menarik.

    ReplyDelete
  2. haish.. kalau wat filem kat best. sinopsis tu mcm best jerk..

    ReplyDelete
  3. amboi..dapat 5 bintang...sure best ni...:P

    ReplyDelete
  4. Bolehlah kakcik cari dan beli novel itu nanti... bila tu tak tahulah lagi. :)

    ReplyDelete
  5. cam menarik. tp sy susah nak bc novel , tk minat

    ReplyDelete
  6. mcm best je bila baca sinopsis tu.dah berkurun tak baca novel ni mcm tingin lak nk baca.5 bintang tu comfirm best ni

    ReplyDelete
  7. Wah... mesti hebat nie bila Rinna kata best. Kakak dah tak rajinlah Rinna...

    ReplyDelete
  8. hi... >__<

    masih membaca novel eh

    ReplyDelete
  9. kak..share2 la kut2 ada tips..hehe

    ReplyDelete
  10. mesti best ni kalo dpt 5 bintangkan.

    ReplyDelete
  11. kalau dapat 5 bintang tu mmng best...teringin jugak nak dapatkannya...

    ReplyDelete
  12. fuhhh kak....5/5 bintang ko bagi tuh...bace sipnosis pun best.....skrang ni trend novel ditransform jadi drama kan kak...hope cite ni pun gitu gak ler....

    ReplyDelete
  13. Hmm...jalan citernya lebih kurang mcm novel yg sy baru beli tu..terbitan JS iaitu Kalau Jodoh tak ke mana..cuma yg ni watak heroin yg meminang watak hero...hehe..

    ReplyDelete
  14. Drama tv takde lak nk kluarkan cerita fun yg mcm ni..

    ReplyDelete
  15. Best kan ..kisah mcm nie lah..seblum 3tahun berlaku pada diri ku...sebijik macam cerita dalam novel nie..rasa sedih sgt mse 2..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss