Monday, October 08, 2012

Novel ~ Siapa Orang Gajiku



Novel ini juga menarik.. mengisahkan Aina yang baru saja 
kembali dari luar negara dan berjaya mendapat gelaran 
seorang doktor jiwa sanggup menjadi orang gaji untuk
membantu Haikal yang sakit jiwa setelah 
itinggalkan oleh kekasih dihari perkahwinannyaa.. Selain dari itu Aina
nak melarikan diri dari ibunya yang tak abis² nak paksa dia berkahwin.
Cerita yang happy ending dan pada peminat novel boleh baca. 
Ceritanya pun tidak laa terlalu berat.. dengan konflik.. 
sebab aku pun tak suka baca citer 
yang berat² tapi suka baca citer yang romantis gitu.. ahakss..

Kredit : 4.9/5 bintang

Sinopsis ~


Semuanya gara-gara Datin Sharifah Mawar. Kerana ingin melarikan diri dari ibunya, Aina bersetuju dengan tawaran nenek Rina, Tengku Fauziah.
Orang Gaji!!! Itu pilihan kerja yang dia ada sementara menyembunyikan diri dari kehendak ibunya sendiri. Selain itu, Tengku Fauziah juga meletakkan syarat yang lain pula. Orang gaji hanyalah alasan sahaja. Tujuan sebenar Aina adalah untuk merawat cucu Tengku Fauziah, Tengku Haikal Iskandar.

“Saya tak sangka masa tuan kecil dulu, tuan suka pakai pakaian perempuan.” – Sharifah Aina Aishah
"Kau ingat aku pakai baju ni dengan rela hati ke? Ini semua salah Mamee Monster tu. Eh… macam mana kau dapat gambar ni, hah?” Tengku Haikal Iskandar

"Rahsia. Inilah urus niaga yang saya cakapkan tadi. Mulai esok tuan mesti mula bekerja di pejabat.” – Sharifah Aina Aishah

Kehilangan tunangnya, Sofea pada hari pernikahan mereka menyebabkan Tengku Haikal Iskandar kecewa dan putus harapan untuk hidup. Sikap Tengku Haikal Iskandar yang degil dan kurang ajar menyebabkan Aina hilang sabar. Walau apapun, Aina harus melaksanakan tugasnya. Sementara itu, kehadiran Aina tidak disenangi oleh ibu Tengku Haikal, Tengku Fazira. Baginya, Aina ada agenda.

Sehingga bila Aina dapat menyembunyikan identitinya yang sebenar? Dapatkah Aina meneruskan hari-harinya di rumah itu dengan tenang? Semakin hari, Tengku Haikal Iskandar mencurigai identiti Aina. Dapatkah Aina merahsiakan identitinya sebagai Sharifah Aina Aishah?







10 comments:

  1. best juga jalan ceritanya..sok2 boleh buat drama..hehehe..

    ReplyDelete
  2. aina kawen ngan haikal

    hehehe

    ReplyDelete
  3. ish... kalau t le setakat nak jaga orang sakit tu boleh la. tapi kalau dah menjadi orang gaji. mau lembik. hahaha...

    BTW mesti best jalan citernya.

    ReplyDelete
  4. Masa membaca mesti Rinna dibuai-buai perasaan kan.:)

    ReplyDelete
  5. BEST la kak jalan citenye...ni kalo diangkat jadi drama pun syok nie....sure lieya layan ppunye heheeheheheeh

    ReplyDelete
  6. syok nya asyik baca novel je dia...:)

    ReplyDelete
  7. hurmm agak menarik .. bagi ieda yg x minat baca novel lah kannn ;))

    ReplyDelete
  8. owh..best ye citer dia dan tak berat2 ngan konflik?? hehe...sama laa, sy pun jgk baca novel mcm tu. Bc bkn nk bg pening kepala...utk hilang boring aje, hehe..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss