Tuesday, November 27, 2012

Kenduri Kahwin Anak Jiran

Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu yang lepas juga di sebelah malamnya aku menghadiri kenduri kahwin jiran di lorong rumah aku.  Kenduri ini adalah menyambut menantu kiranya belah lelaki laa anak abang Atan dan Kak Linda.  Hubby aku dan beberapa lagi jiran lelaki yang lain turut membantu dalam melaksana dan melicinkan lagi perjalanan majlis ini.  Kira cam penanggah laa..

Majlis bermula dalam pukul 7.30 malam.  Lauk pauk yang dikater adalah dalam 1300 orang tapi dalam pukul 9.30 malam, makanan dah abis.. Nasib baik dah standby untuk masak nasi lemak ngan lauk ayam goreng.  Kiranya jemputan melebihi dari lauk yang dikater.  Mungkin tuan rumah ingat kalau buat malam tentu tak ramai yang datang.. tapi diluar jangkaan memang ramai sungguh..

Yang tak bestnya bila kenduri gini.. yang paling aku takuti terjadi jugak.. Apa taknya pepagi dalam pukul 4.30 pagi perut aku dah sakit.. cerry berry melanda.. adoiyai banyak kali jugak laa aku ke jamban.. Aku dan emak jer..nasib baik hubby tak kena.  Aku ada lagi ubat keracunan makanan jadi bila ambik ubat tuh..alhamdullillah kurang laa sikit.

 
 Gotong royong basuh ayam pada sebelah petang tuh..

 Orang semakin ramai..datang..

 Tu dia orang² kuat.. Dapat T-Shirt sponser lagi..
 
 Bapa pengantin..dan menantunya..

 Ketibaan Pengantin..

 Ramai sungguh orang waktu ini..

 Tuan tanah enterprem kejap yer..

Selamat Pengantin Baru.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Cantik..Suka tengok pintu gerbang ini..  

Dah penat bekerja.. makan time.. 

Pengantin.. dan orang² kuat.. 


Bergambar kenangan.. 

Dah selesai.. dah.. 



13 comments:

  1. cantik kaler2 ni kan kak? suka gak fresh flower eh kat pintu gerbang tu...

    ReplyDelete
  2. Semoga berpanjangan kasig=h mereka dan berbahagia hingga ke syurga. :)

    ReplyDelete
  3. bagusnyer masih kekalkan amalan gotong royong ni

    ReplyDelete
  4. La ni banyak pula org yg buat kenduri kawin cuma buat jemputan diwaktu malam jer....kat tmpt saya dah ada 3-4 keluarga yg buat mcm ni....

    ReplyDelete
  5. kalau dulu, bila mkn kenduri kena sakit perut sebab basuh pinggan tak cuci. tapi sekarang ni dorang guna pinggan kertas. itu pun boleh kena jugak.

    alahai. tak tau la kenapa..

    ReplyDelete
  6. ade lagi budaya penanggah2 ni kan kak...bagus2...suke lieya tgk....tema kaler pun cantik...hijau memandang....paling cun tu hah pintu gerbang tu...mmg cantik kak...pes time laa lieya tgk gitu.....unik plak....

    lieya ni jenis perut manje gak kak...kalo mkn masakan berlada yg tak dimasak betul siap lee ulang alik ke toilet jadinyer...tu ke hati2 tu....

    ReplyDelete
  7. cantek ar pintu gerbang tu....
    sy pun kak, kalau kenduri kawin takut sgt penyakit tut..tut... memulas2 je kan...

    singgah blog baru saye:
    http://atierashid.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Rinna boleh pulak ikut tema warna pengantin. Nasib tak ada yg keliru mana satu pengantin haha...

    ReplyDelete
  9. sronokkan bila bergotong royong camni.

    ReplyDelete
  10. hebat betui...penanggah siap dapat t'shirt

    ReplyDelete
  11. Wah..meriahnya wedding ni..mmg betulkn?kenduri kendara ni sgtla ngam ngan cerry berry,uhuhuh!!

    ReplyDelete
  12. wow..kalau umah dee mlm2 ni berinai je..ni kenduri kahwin eh? meriah..bagus kejiranan sis rinna ni..sentiasa bekerjasama dan bermuafakat..

    ReplyDelete
  13. K.ani pn suka pintu gerbang dia!

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

WEBSITE UTK BLOGWALKING

TETAMU YANG DATANG SINGGAH

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss