Thursday, November 01, 2012

Kenduri Kahwin di kampung..

Assalamualaikum

28 Oktober 2012 (Ahad)

Pada pagi hari Ahad tu aku merasa badan tidak sihat.  Sakit kepala cam berpusing gitu.. Angin plak dah naik kat kepala laa tuh.  Apa lagi kena kuarkan laa isi perut semua.  Bila pejam mata pun rasa cam berpusing jer..  Badan pun rasa cam lemah jerk.  

Bila badan rasa dah tak sihat tu memang tak de fikir dah nak gi kenduri sepupu mak aku kat kampung.  Lepas makan ubat aku pun berehat laa kejap.  Bila terjaga masa tuh dah pukul 11 pagi.  Badan pun dah rasa ringan sikit.  Aku cakap laa jom laa kita balik.  Kesian laa plak kat mak aku.  Iye laa masa kenduri² gini laa baru dapat jumpa sedara mara kan.

Bertolak dari KL ikut highway Lekas dalam pukul 11.45 pagi.  Nasib baik perjalanan balik kampung tidak laa jem tapi perjalanan dari kampung kat Kuala Pilah nak ke Seremban jem giler² punya.

Sampai di rumah pengantin dalam pukul 1.30 tengahari.  Masa tuh pengantin tengah berarak jalan ke rumah.  Kiranya weols sampai.. pengantin pun baru sampai laa.  Tengahari tuh panasnya bukan main terik lagi dan ramainya orang.  Makanan sampai tak cukup.  Aku dapat laa sikit² je lauk.  Tak kisah laa kan janji dapat memenuhi undangan.

Selesai makan dan dah jumpa sedara mara semua.. weols pun balik laa.  Pak² Sedara pesan balik ikut jalan ke Jelebu.  Iye laa tak nak tempuh jem yang giler babas tuh.  Perjalanan pun kiranya berjalan dengan lancar hingga laa weols sampai di Kuala Klawang.  Ada satu simpang yang mengarahkan jalan ke Kajang dan Semenyih.  

Weols dengan konfidennya ikut laa jalan tuh.. Ummakk aihhh..jalan cam ular kena palu laa der..  Adess.. sabo je laa.  Memang kalau jalan siang okey lagi tapi kalau malam jangan laa ikut jalan tuh bahaya.  Tak sangka sikit laa punya jauh jugak.  Tengok minyak dan nak kering.  Berhenti dekat satu perkampungan tuh tanya kat mana petrol pam yang terdekat.  Kata orang tuh lagi dalam 2 Km ler.. Jalan punya jalan terjumpa laa satu petrol pam  yang tak de nama punya.. Tak kisah laa.. janji minyak dapat di isi.  Alhamdullillah boleh gerak dengan lancar sampai ke pekan Kajang dan terus laa balik ke rumah dengan selamatnya.



 Rumah pengantin lelaki.. banyak betul khemah.. dan kenduri pun ramai yang datang

Pelamin yang simple jerk

 Ada persembahan nyanyian tradisional

Dapat laa sikit lauk daging salai masak lomak.. ngan ayam goreng cilok kat hubby..

Ramai betul yang hadir



 Pengantin sedang menjamu selera.. Irfan dan Rosela



 Kek kawin..

Petugas sedang menyediakan lauk ekstra.. di dapur.. 



 Dapat laa buah tangan dari mak pak pengantin.. sebelum balik

Tak dpt bergambar ngan pengantin .. tepi banner pun jadi laa..


On the way balik tu ternampak laa.. bangunan yang menarik di daerah Jelebu ini..

Stesen minyak Teguh.. 


8 comments:

  1. wah...besar ye majlis sambutannya.

    Alhamdulillah, dpt gak rinna dan suami bawak mak gi majlis kenduri utk jumpa sedara maranya..

    ReplyDelete
  2. Cuti Raya Raya hari itu memang mana-mana jemlah Rinna. Sebab tiga hari berturut kan ramai yg ambil peluang balik/bercuti..

    ReplyDelete
  3. khemah tu banyak betul lah. tapi ok la kan sebab ada kipas kat dalam tu. tak delah tetamu sesak kepanasan...

    pelamin tu simple but nice

    ReplyDelete
  4. khemah siap ada bendera nogori..keh keh keh...

    tu yg best kalau kerja kawin kat N9, ada lauk tradisional...daging salai masak lomak....tu pasal habis cepat lauknya, org makan bertambah! ekekeke

    ReplyDelete
  5. meriah betul kenduri walau di pihak lelaki..

    masa ahad 28 oktober tu mmg jalan giler2 punya jem lah..sbb tu dee jln dekat2 je..hehehe..

    ReplyDelete
  6. bestnya ..dh lama tak pegi kenduri :) hrp2 dptla jenguk kenduri musim2 cuti sekolah nanti,:) salam kenal.jmputla follow kmbali :)

    ReplyDelete
  7. Stesen minyak Teguh ni bukan koprasi felda punya ke?

    Adatnya macam tulah kan time kenduri kendara le nak jumpa adik beradik dan kaum keluarga.

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss