Friday, December 07, 2012

Novel ~ Kalau Memang Harus Begitu

Assalamualaikum



Novel ini adalah novel ke 3 dari penulis Acik Lana.  Aku teruja nak baca citer selanjutnya setelah aku membaca di blog AcikLana.  Iye laa dia letak kat blog tapi separuh jer jadi kalau nak tau citer kena laa belikan.  Memang novel ini tebal sungguh.. tapi memang tak boring membacanya.

Kredit : 5 bintang.. 

Sinopsis :~

Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!


Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!


Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?


Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....


“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….




9 comments:

  1. Baca novel macam ini memang menghanyutkan Rinna. Kakak cuti sekolah nie pun ikut rentak anak-anak baca novel juga kalau tak memang tak adalah..

    ReplyDelete
  2. wah dasat sinopsis dia ..
    dah macam real lak ekeke
    ieda x minat baca novel .. kalau minat harus semua yg rinna post ieda dah beli bukunyee ;))
    happy reading rina !

    ReplyDelete
  3. tak puas hati baca sekerat je. terus beli.

    ReplyDelete
  4. wah..mcm best..tp tipikal lah orang miskin jatuh cinta ngan org kaya..hehehe..dee suka cari kelainan sis..tp kalau sekadar mengisi masa lapang..why not kan..

    ReplyDelete
  5. kalo pi bookshop n tgk area novel2..sure org teringat kan akak tau heheeheh....cantik2 cover novel skrang kan kak...kalerpul n sweet....

    ReplyDelete
  6. kalau baca novel boleh bawa kita berangan sama.. umpama kitalah pelakonnyer...

    ReplyDelete
  7. alamakkk...baca sinopsis ni mula ler gatai jer nk gi kedai buku ni, adoii...bajet oh bajet, huhu..

    **dh lama tak beli novel dan saja buat tak tau pasal novel baru tp Rinna telah membuatkan hati ni gedik2 nk gi kedai buku...adoi..adoi...huhu

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss