Thursday, December 27, 2012

Percutian ke Hatyai Thailand - Part 1

Assalamualaikum...

Okey.. ini aku nak citer tentang percutian aku sekeluarga bersama dengan ofismate hubby aku (ahli² koperasi dan keluarga).  Ini adalah trip kedua yang telah di atur oleh KOBRIMA UNIKL (Koperasi).  Yang pertama pada tahun ini adalah ke Universal Studio Singapore dan ini pula trip yang kedua ke Hatyai, Thailand selama 3 hari 2 malam.  Hubby aku sebagai Setiausaha merangkap Program Manager yang menguruskan lawatan ini.  Alhamdullillah perjalanan pergi dan balik berjalan lancar dan masing² berpuashati.

Bertolak dari UNIKL BMI dengan bas yang telah diuruskan oleh pihak travel agency yang telah dilantik.. lupa plak nama travel agency nie.. pada pukul 12.30 malam. Sepanjang perjalanan apa lagi tido ler.. hingga weols sampai ke hentian Gurun untuk solat subuh.  Memang ramai betul yang berhenti untuk solat disitu sesak dan nak masuk toilet pun kena beratur.  Selesai solat dan membersihkan diri.. bergerak ke Padang Besar.  Memula plan nak ikut masuk Bukit Kayu Hitam tapi bas driver tukar ikut Padang Besar kerana takut  kat Imigresen di BKH tu sesak.  Maklum laa ramai yang bercuti ke Thailand.

Jom layan gambar yer.. banyak plak citernya yer..nanti korang boring plak..

Telah sampai di Imigresen Malaysia.  



Beratur untuk dicop passport..

 Weols berhenti di CTC.  Di sini travel agent minta weols
 selitkan RM1 didalam passport.
Agaknya dah memang cara gini untuk cepat masuk ke 
Thailand.  Hubby sempat lagi tukar duit bath.

Keadaan sekitar di CTC

Weols berhenti makan di Padang Besar dulu sebelum gerak ke Imigresen Thai.. 
Kiranya bersarapan pagi cum tengahari..


Muka yang kekenyangan..alhamdullillah 

Turun sekali lagi untuk beratur dan chop passport di Imigresen Thai

Di Imigresen Thai, weols di sambut oleh 2 orang travel agent yang 
telah dilantik untuk membawa weols jalan² di Hatdyai.

 Memula weols ke kilang madu..

 Mendengar taklimat tentang madu..yang ada berbagai jenis..

 Ini laa orang yang memberi taklimat.  Orang siam tapi fasih berbahasa melayu.

Ini adalah di dalam Nora Plaza.  Banyak barangan berjenam terjual di sini.. tapi aku tak beli pun.  Cuma tengok² jerk.. 

Hubby sempat bergambar dengan anggota polis 
yang berada dekat kedai madu.. 

Bergambar di hadapan Nora Plaza.. 

Ini laa kad diskaun yang di beri sebelum masuk ke Nora Plaza.. 

Weols berhenti makan di Sami Kitchen dalam pukul 3 petang.  
Ini adalah salah satu restoren muslim.  Seorang di kenakan
bayaran sebanyak RM18 dan untuk kanak² RM15.

 Ikan kerapu.. sweet sour..sedap..

Alhamdullillah kenyangnya perut.. makan sampai licin..


Okey nanti sambung lagi yer.. tunggu..


9 comments:

  1. Bestnya dapat jalan2.... makanan pun nampak sodap2!

    ReplyDelete
  2. Kalau ke Thailand mmg tak susah cari makanan kan sis..sbb kat M'sia ni pun byk gerai tukang masak berasal dari Thai....dah mcm makan kat M'sia jer lauk pauknya....

    ReplyDelete
  3. ehm bestnyr gi hatyai.. dah lama tak gi.. suka makanan dan budaya dia...
    tak berenti2 amalan bagi duit seringgittu yer.. kalau sehari seribu orang masuk bayangkan kayanyer dia...

    ReplyDelete
  4. Bila tiada masalah mendapat makanan halal yang sesuai dengan selera, pastinya perjalanan jadi menyeronokkan. :)

    ReplyDelete
  5. seronok lah bila tempat keje ada wat trip mcm ni..baru best. kalo setakat gi waterpark wat mende, huhu...

    nora plaza tu femes betul ye...naper rinna tak beli apa2?? takde yg berkenan ke?? bkn pe..selalu tgk blog kawan2 yg gi hatyai mesti kata shopping sakan kat dalam tu..

    ReplyDelete
  6. Kalau pergi sana makan2 dia memang marbeles...

    ReplyDelete
  7. Saya teringin nak ke Hatyai ni..tapi tu la, kena ikut org yg dah biasa...atau maca rombongan ni, lagi senang..

    ReplyDelete
  8. wow...dah smpi hatyai ye sis rinna...bestlah company suami sis rinna aktif..bagus..

    ReplyDelete
  9. insyaAllah ujung bln 1 nk ke hatyai gak...

    sm arr nnti sy trip koperasi gk..under hubby la...hehe..

    ReplyDelete

Sila La Komen.. Tapi Kutuk Mengutuk, Carut Mencarut Tidak Dibenarkan..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss