Wednesday, February 29, 2012

Salam Takziah

28 Februari 2012

Pada pukul 10 pagi, ofismate aku, Linda beritahu Abang Sulong, salah seorang bekas staf jabatan aku telah meninggal dunia. Menurut sumber, arwah meninggal ada yang kata jatuh tangga, ada plak yang kata bila naik tangga sesak nafas dan terduduk di tangga. Tak pasti yang mana satu yang betul.

Abang Sulong ini adalah pemandu bas jabatan. Dulu² kalau weols ada buat rombongan ke rumah staf yang kawin, dia laa yang bawa weols. Antaranya ke Kelantan laa.. bila dah ke sana sure weols akan melencong ke Rantau Panjang. Banyak juga rombongan weols dia yang bawa bas bersama dengan Abang Idris. Jadi banyak gak laa jasanya..

Dalam pukul 11.30 pagi, aku dan beberapa orang staf naik bas untuk melawat arwah di surau Kg. Kerinci untuk memberi penghormatan terakhir.

Al-Fatihah & Takziah untuk keluarga arwah..


Tuesday, February 28, 2012

Tahniah..Mawi Kini Bergelar Ayah..

Mawi Kini Bergelar Ayah

Tahniah Mawi dan Ekin dikurniakan anak perempuan..
sebagai penyeri rumahtangga yang telah terbina selama 3 tahun.. 

Kredit : Murai.com


KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2012: Tiada yang lebih menggembirakan hati buat penyanyi Mawi apabila dia dan isteri, Ekin telah selamat dikurniakan cahaya mata sulung perempuan hari ini.

Jelas Mawi, bayi seberat 2.8 kilogram itu, telah selamat dilahirkan Ekin atau nama penuhnya Nora'Asikin Rahmat di salah sebuah hospital swasta di Bangi, Selangor jam 4 pagi tadi.

"Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah dengan kelahiran anak sulung kami ini. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata apabila melihat cahayamata sendiri dan menyaksikan proses kelahiran itu.

"Barulah kita tahu kebesaran Tuhan dan kesukaran seorang isteri bertarung nyawa dalam proses kelahiran," katanya kepada portal murai.com.my.

Berkongsi cerita mengenai proses kelahiran itu, kata pelantun lagu Kian itu lagi, isterinya telah pun ditahan di wad bersalin sejak semalam.

"Ekin sudah mula sakit semalam dan saya terus membawanya ke hospital sekitar jam 7.30 pagi dan dia ditahan di wad.

"Saya dapat melihat kesakitan  yang dialaminya dalam proses hendak bersalin itu.Memang lama dia berdepan kesakitan dan kesukaran untuk bersalin.

"Satu pengalaman berharga dan berkat doa akhirnya dia bersalin jam 4 pagi tadi,"katanya.

Tidak kisah dikurniakan cahayamata perempuan mahu pun lelaki, bagi pemilik nama sebenar Asmawi Ani ini, apa yang penting kesihatan isteri dan bayinya selamat.

Kata Mawi lagi, dia dan Ekin masih lagi mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada cinta hatinya itu.

"Kami masih mencari nama yang sesuai untuk diberikan kepada puteri sulung kami ini. Saya tidak kisah anak sulung lelaki atau perempuan yang penting isteri dan anak saya sihat," ucapnya penuh syukur.  Tambah Mawi, dia dan Ekin masih belum bersedia untuk berkongsi kepada peminat wajah puteri sulung mereka.

Namun merancang untuk membuat kenduri doa selamat dan insya-Allah ketika itu wajah cahaya mata sulungnya itu akan dipaparkan.

Monday, February 27, 2012

Melawat Kawan Hubby

Hari Sabtu 25 Feb 2012, aku dan hubby ke rumah kawan hubbyku Kapt (B) Nik di Rawang.  Weols ke sana kerana nak melawatnya yang baru² ini terlibat dalam kemalangan jalanraya ketika hendak ke tempat kerja.

Woels dapat tahu pun lepas beberapa hari beliau kemalangan, itu pun diberitahu oleh kawan baiknya jugak..yang call hubby aku beritahu akan berita ini.

Mengikut ceritanya, kawan hubby aku ini tergesel dengan tayar lori treller yang 12 biji tu. tapi kawan hubby aku sendiri tak sedar macam mana perkara ini boleh berlaku cuma masa dia sedar masa tuh dah berada di hospital.

Syukur alhamdullillah kecederaan di kepala luka kena 8 jahitan.  Tapi yang heran tuh katanya dia pakai helmet fullface tapi tak tau laa cam na leh terluka kat kepala. Kakinya plak nasib baik tak de yang patah... cuma ada cam retak sikit dan doktor simen separuh dari kakinya.. yang lain cuma luka² kecil sahaja...

Sempat lagi tersenyum walaupun kaki masih lagi sakit...


Friday, February 24, 2012

Macam² Cerita Ada Kat Sini.. Layaannzzzz

Aku kan kadang² terlepas nak tengok citer² 
drama atau telemovie kat TV.  Iye laa ada
 masanya 2 citer yang best dalam satu masa.  
So selain dari YouTube aku suka juga layari 
website ini


Macam² citer boleh tengok kat sini yang 
mana citer tak penah tengok pun boleh
tengok kat website ini.  Kadang² tak 
tau pun ada citer tu dah tayang kat TV.

Aku kira bagus juga laa website ini
yang boleh di layan kalau boring²
masa rehat..

p/s : Selamat bercuti hujung minggu.. 


Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU

Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU


Tahniah!!  Selamat Pengantin Baru buat Lisa & Yusry.  
Moga perkahwinan ini akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Amin....


PUTRAJAYA, 23 FEBERUARI: Cinta dua hati selebriti terkenal Lisa Surihani Mohamed, 26, dan Yusry Abdul Halim, 38, akhirnya bersatu dalam ikatan yang sah selepas selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya, kira-kira jam 9.05 malam tadi.

Malah dengan sekali lafaz, heroin filem Semerah Cinta Stileto itu sah menjadi milik salah seorang anggota kumpulan KRU tersebut.

Pasangan yang mengenakan busana putih bersih daripada rekaan butik Cosry itu telah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Selesai sahaja akad nikah, LisaSurihani menerima sebentuk cincin bertatahkan berlian yang disarungkan ke jari manisnya oleh Yusry KRU bagi melengkapi upacara membatalkan air sembahyang.
Kemudian, Lisa yang bersalaman dengan Yusry yang kini sudah menjadi suaminya yang sah telah menerima kucupan mesra di dahinya.

Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU



Lisa Surihani Sah Milik Yusry KRU


Yusry juga menyerahkan seutas rantai, selain tujuh dulang hantaran berupa tepak sireh, cincin, rantai platinum, wang hantaran, manisan dan kek perkahwinan.

Manakala, pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas daripada pihak perempuan berupa tepak sireh, sebentuk cincin, coklat, keyboard, kelengkapan sembahyang, baju, koleksi album lama The Beatles, dan kek.

Majlis akad nikah yang ringkas dan manis itu telah dihadiri kurang 250 orang tetamu. Mereka yang hadir terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, sahabat handai serta rakan media.

Selepas majlis akad nikah, pasangan merpati dua sejoli itu bakal diraikan dalam majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya, pada 26 Februari ini.

Sumber Kredit : Murai.com

Wednesday, February 22, 2012

IT Fair Di Mid Valley

Hari Ahad lepas aku & hubby ke Mid Valley Megamall
Ada IT Fair kat situ
Weols saja je nak jalan² nak tengok² kut ada barang
yang weols teringin nak beli.

Masa jalan² tengok banyak orang jual thumbdrive pas
hubby pun teragak laa nak beli.  So singgah kat satu
booth nie weols beli 2 thumbdrive 16Gb dan satu
memory card untuk camera pun 16Gb gak.  Haa ambik
ko boleh ambik 3000 lebih keping gambar..  Iye laa
yang ada sekarang ini hanya 2Gb dan boleh muat untuk
400 lebih je keping gambar.  Beli 3 item tuh 
semuanya RM155.00

Balik dari situ singgah pasar malam kat 
pekan batu 9.. beli makanan kat situ.. pas tuh 
balik ler.. 


 IT Fair di Mid Valley..punya laa ramai orang... tapi tak laa sehebat
PC Fair di KLCC..


Nak test memory card mintak adik jurujual tu tukang snap gambar.. 
tapi gambar blur laa plak.. 


 Beratur nak redeem .. barang..


Dah isi info.. pas tuh tekan laa stop.. tu.. weols dapat ler bag 
kaspersky tuh.. pas tuh ada plak jajan..dalam tuh.. 


Kat pintu masuk ada plak keta ferarri..


Tak dapat memiliki..dpt bergambar berdekatan pun jadi laa..



Tuesday, February 21, 2012

Makan Seafood di Johnny's

Sempena meraikan besday hubby aku hari sabtu lepas, aku belanja
 hubby aku makan seafood kat Restoren Johnny's 
di  Jusco Cheras Selatan.  
Sesekali tukar selera laa plak kan.. 

Hari Sabtu tuh sepanjang petang hujan tak berhenti.. jadi
tak de pergi mana² pun lepas makan tuh.. terus jer
laa balik umah.. lagi pun mak aku tak berapa nak sihat.

Ambil gambar besday boy aku nie..hehehe..


Posing² ambil gambar sebelum makanan sampai.. biasa laa tuh kan..


Weols order yang set untuk 4 orang makan.  Anak aku plak dia 
nak makan nasi ayam BBQ.  
Air plak aku order jus nenas dan utk emak aku air durian belanda..


Banana Split utk hubby aku..

Suka sgt hubby aku makan banana split nie sebab dia mmg 
suka pisang.. huhuhu


Sesekali makan.. kira okey laa..


Tu dia muka orang kekenyangan.. hehehe..



Saturday, February 18, 2012

Selamat Hari Lahir Hubbyku


18 Februari 2012 kembali lagi.. 
Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahiran Hubby ku yang tersayang...

"Ayang doakan agar Abang dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki,
sihat sejahtera dan sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya.  Amin....
 Terima kasih juga kerana sentiasa memberi yang terbaik 
untuk Ayang dan anak kita
Haiqal Firdaus..."

"HAPPY BIRTHDAY ABANG..."

Friday, February 17, 2012

Majlis Maulidur Rasul

16 Februari 2012

Semalam tengahari, ofis aku ada wat sambutan 
Maulidur Rasul.
Weols adakan bacaan Yasin, berselawat
dan solat zohor berjemaah.
Acara bermula pada pukul 1.05 tengahari.

Bacaan Yasin  


Dihadiri oleh teman² ofis.. 


Selesai solat zohor.. apa lagi makan time laa.. 


Ada bubur kacang ijo, goreng pisang dan goreng ubi, air grape.. 


 Nasi Ayam di oder dari Taman Medan

********************************************************************

Gambar yang kat bawah ini plak masa aku dijemput untuk makan tengahari 
di Bahagian Kewangan hari Jumaat lepas..

Ada kuih-muih.., Gulai Nenas Ikan Masin 

Nasi Lemak bungkus pun ada.. 


Ayam Masak Merah, Ikan Masin Keropok, Sayur Su'un..ngan kentang..

Thursday, February 16, 2012

Luahan Perasaan Laa Plak.. Pagi Nie..

Hari ini aku terlewat sampai di ofis.  Sebenarnya hati tengah geram nie..  Iye laa nasib baik tak jadi apa² kat weosl nie.  

Citernyaa begini.. hari tuh hubby aku dah tukar tayar motor belakang dia. Sempat laa kut guna dalam nak dekat sebulan laa.. Pas tuh 2 hari lepas tayar lembik atau cam pancit laa.  Selalunya hubby kalau beli tayar dia akan beli yang tubeless punya.  So kalau pancit pun masih boleh gerak.

Jadi bila pancit 2 hari lepas, aku kena laa tunggu kat umah sementara hubby hantar anak aku gi sekolah dulu dan dia akan pergi pam tayar.  Bila dah pam tu kira okey laa kan leh gerak.  Tapi hari ini tayar pancit balik.  So seperti biasa aku diturunkan dulu tunggu hubby hantar anak dulu.  Tunggu punya tunggu.. dah laa aku ditinggalkan tanpa henpon di tangan pas tuh jam tangan aku plak abis bateri.  Kiranya orang kata mati kutu aku..sambil menunggu tuh.

Aku dok fikir napa la lambat sangat nie tak kan laa pam tayar ambik masa lama. Hati mula laa risau.. iye laa tak datang² lagi.  Dalam pukul 8.25 dia pun sampai. Bila hubby citer.. rupanya tayar yang dia tukar/beli tuh bukan tayar jenis tubeless tapi kedai yang dia beli jadikan tayar tuh macam tubeless.. ikss korang faham ke idak.. 

Hubby tau pasal tu masa dia terpaksa ke kedai motor untuk cek tayar.  Nak pam plak kat Petronas.. pam plak rosak.. aduiyai..  Cina kedai motor tu yang cakap.. yang tayar hubby aku bukan jenis tubeless... tu pasal angin senang keluar dan silap² boleh tercabut tayar.  Nasib baik laa tak de perkara yang tidak baik berlaku.  Dah laa tiap² petang hujan.  Alhamdullillah laa..  So tadi terpaksa laa tukar tayar baru.. Harap lepas nie tak de la masalah tayar lagi.

Hati nie masih geram lagi nie.. tension plak jadinya.. 


Wednesday, February 15, 2012

Farah Asyikin Tenang Selepas Berhijrah

Farah Asyikin Tenang Selepas Berhijrah

Kredit Murai.com


KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI2012: Berkat selepas menunaikan solat sunat taubat nyata telah membuka hati penyanyi, Farah Asyikin Zulikfli atau Farah Asyikin, 33, untuk berhijrah ke jalan yang diredhaiNya.

Meskipun akui agak terlambat, Farah Asyikin kini bersyukur dan tenang kerana dapat menjalani kehidupan seperti yang dituntut agama.

"Terus-terang ianya terlalu peribadi untuk diceritakan. Namun saya cuba bersikap terbuka sebagai peringatan sesame kita.

"Lagipun ia berlaku dengan terlalu pantas. Saya berubah dan bertudung selepas sahaja selelsai menunaikan solat taubat nasuha.

"Percaya atau tidak, sebaik sahaja saya selesai menunaikan solat tersebut, guruh berserta dengan hujan pun turun dengan lebatnya. Bagi saya itulah kebesaran Tuhan," luahnya ketika dihubungi murai.com.my

Farah Asyikin akui tindakan memakai tudung dan menutup aurat dilakukan secara tiba-tiba selepas menunaikan solat taubat pada tanggal 12 Februari lalu.

Berlaku dengan pantas, Farah Asyikin berkata penghijrahan itu dilakukan selepas terbayangkan azabnya balasan Tuhan dan akui kesal akan perbuatannya yang lalu.

"Sebenarnya tidak ada sebab kenapa kita perlu bertudung atau menutup aurat kerana ia memang sudah menjadi tuntutan kepada diri kita sebagai orang Islam.

"Saya sendiri kesal dengan apa yang berlaku ke atas diri saya sebelum ini. Namun saya beryukur kerana akhirnya saya kembali ke pangkal jalan juga.

"Saya lakukannya kerana bersebab. Saya takut dengan balasan Allah dan takutkan hari kiamat. Perasaan takut yang kuat itu sudah mula menyelubungi diri saya sejak beberapa hari lalu sebelum saya bertaubat
"Alhamdulilah jiwa saya kini tenang ," jelasnya lagi.

Tidak mahu dianggap sekadar mencari publisiti, Farah berharap agar peminat serta orang ramai mendoakan yang lebih baik untuk dirinya supaya dekat dengan Allah.

"Saya tahu mesti ramai yang akan bersangka buruk dan kurang yakin dengan perubahan saya. Tapi saya berharap sangat agar dapat sokongan daripada masyarakat serta peminat untuk mendoakan diri saya supaya menjadi insan yang lebih baik," katanya.

Meskipun sudah berhijrah, Farah tetap akan berada dalam bidang seni muzik dan bakal keluar dengan single terbaru penghujung Februari ini.


p/s : Alhamdullillah..

WW : Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!!


Formula Gaji Cuepacs (Semakan Semula SBPA Gaji Baru 2012)


sbpa gaji baru TERKINI : Semak Draf Cadangan Cuepacs Untuk Penambaikan SBPA Gaji Baru SBPA 2012!!
Gambar Kredit beritasemasa.com

Berita lanjut klik kat SINI


Tuesday, February 14, 2012

Novel ~ Suami Yang Ku Benci

Koleksi E-novel  E-man Sufi


Tengok pada tajuk dan cover buku cam tak menarik kan..
tapi sebenarnya jalan citer novel ini best giler..
Cerita yang kelakar, romantis..gitu.. Kalau uols baca.. 
akan tersenyum² jer.

Penulis E-Man Sufi ada blog utk novel ini.  Kalau
uols nak baca ada juga diletakkan..tapi rasanya tak complete
satu buku.  Biasa laa kalau nak tau lebih lanjut kena
laa beli novelnya kan.. 
Sila klik SINI

Pada peminat novel sila dapatkan di pasaran..yer..

Aku beri 5/5 bintang

Sinopsis :

"Seseorang itu dicintai bukan kerana kesempurnaannya tapi dia kelihatan sempurna kerana dia dicintai..."

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai! 

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? atau mungkin perceraian jalan penyelesaian terbaik.


"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu....

"Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korangkan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"

"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak? 



Monday, February 13, 2012

Barang Yang Di Bawa Dari Kampung

Ini adalah barang² makanan yang sempat aku bawa balik dari kampung hari tu.. 
Jom layan gambar.. 

Telur Masin dan Ikan Haruan Wadik (mcm pekasam) beli kat Pasar Sabtu.. 


Belimbing Buluh ini petik kat pokok umah Apak..


Tempoyak ini Kak Idah yang bagi.. TQ Kak Idah.. 


Teluk Itik ini Kak Yang.. beli banyak dan dia bagi aku 10 biji 
Terima Kasih Kak Yang.. dah buat gulai pun telur itik ini 
dengan Belimbing Buluh..


Buah Jambu Batu dan Jambu Madu nie.. aku beli masa singgah kat R & R Tapah.. 


RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss