Monday, April 30, 2012

Aduhai Geramnya..

As-Salam

Khamis, 26 April 2012

Petang seperti biasa, hubby aku ambil aku seperti biasa kat ofis.  On the way balik memang selalu jalan jem kat Jalan Connaught, Cheras dan weols yang naik motor nie ikut laa jalan tengah.  Kiri kanan kereta jalan slow² laa.  Tiba² masa weols lalu tuh ada laa plak satu kereta nie bagi signal 2 kali blink terus masuk lane kanan.. Weols nie yang dah dekat sangat.. tiba² break mengejut laa.  Apa lagi hubby tak leh nak control motor jadi jatuh laa.  Nasib baik motor kat belakang weols pun tak laju kalau tak tak tau laa apa jadi ngan weols nie. Kereta yang tiba² masuk lane tuh cabut cam tuh aje.. pas tuh wat² ilang menyelit² laa takut weols nie cam plak kereta dia tuh.  Hampeh betul laa.. nak masuk tak tengok cermin ker..tiba2 jer masuk.

Memang geram betul.  Dah jatuh sebelah kanan kaki terhimpit ngan motor.. hubby tak larat dah nak angkat motor dan nasib orang motor yang lain tolong angkatkan motor dan nasib baik jugak laa motor tak de yang rosak.  Cuma weols nie jer.. kaki aku dah terseliuh.  Hubby aku kena kat lutut dia.. Aku plak tapak tangan sebelah kiri nie dah tak leh nak gerak² sangat. Luka memang tak der syukur alhamdullillah.  Jadi hari Jumaat lepas aku MC laa laki bini dok umah.  Solat pun duduk jerk..

Alhamdullillah hari ini aku dah kerja tapi half day laa.  Hubby je cuti lagi.  Memang dia ambil cuti hari ini.  Kaki aku masih lagi sakit² sikit laa jalan pun tak stabil lagi.

Aku tak tau macam mana jam aku boleh putus.  Jam aku pun orang lain 
yang tolong kutipkan... bagi kat hubby aku..


Thursday, April 26, 2012

Dari Yang Lama Ke Yang Baru

As-Salam

Semalam dalam peti surat ada dapat notis dari TNB.  
Suspen jerk ingatkan apa ke halnya.
Rupanya dia orang nak datang ke rumah untuk tukar meter 
elektrik dari yang jenis analog ke digital yang baru.
Tanpa sebarang caj yang dikenakan.

Rasanya untuk perumahan yang baru semua dah guna
jenis yang gini.  Weols yang perumahan jenis lama ini
baru nak tukar.  

Dengar kata bila dah tukar baru nie lagi laa mencanak
naiknya meter nie.  Tunggu le hujung bulan tengok
bagaimana plak chargenya..  Harap² tak laa..kan.

 Tu dia jenis digital yang baru.. kalau malam ada lampu..plak.. 

Dari Yang Lama Ke Yang Baru.. 


Wednesday, April 25, 2012

WordLess Wednesday

Makanan Tengahari Ku Tadi..

Air Asamboi Limau 

MixCowBoy

Tuesday, April 24, 2012

Dah Penat Jalan².. Singgah Laa Makan

As-Salam Lepas jalan² ke Istana Negara.. weols ke Low Yatt sebab nak cari charger untuk video yang weols dah cari satu umah tak jumpa². Jadi weols terpaksa laa beli charger baru yang tak serupa dengan yang lama tuh. Tah macam mana semalam masa hubby dok selongkar tempat mainan anak aku terjumpa charger tu aduhai tepuk dahi dibuatnya.. iye laa terbang duit RM120 plak tu. Tak pe laa kiranya dah ada dua laa. 

Lepas beli charger, anak aku sibuk nak ajak makan kat Low Yatt. Weols pun turun laa ke ground floor. Tergoda ngan ajakan salesgirl restoren Shikiya, weols pun makan kat sana. Makanan tak de laa sedap sangat dan harga pun leh tahan mahal gak... Lepas order tuh baru perasan ada plak makanan yang offer..nyesal plak tak order yang itu.. tapi tak pe laa...layan je laa..

Masa nak balik, anak aku nak buang air kecik.. pergi la kat toilet kat Low Yatt tuh.. punya laa mahal.. sekali masuk RM1.. nasib baik laa bilik air bersih.. adoiyaai..



 Sebelum makanan sampai dua beranak nie layan TV citer Popcorn tuh.. alaa cam candid tuh ler..





Ini yang aku oder..Ayam dia cam rasa rendang jerk.. 


Selera yer bang..

 

Monday, April 23, 2012

Jom Masuk Istana

As-Salam 

Sabtu, 21 April 2012 

Pada hari ini ingatkan tak de laa hendak ke mana² ingat nak lepak kat umah aje tapi rasa cam boring laa plak. Jadi aku pun ajak laa hubby ke pameran Istana. Iye laa dulu² selalunya kita lalu aje kat depan istana tuh. Sejak Agong dah pindah istana baru, jadi istana lama ini dibuka untuk pameran. Teringin laa plak nak pergi tengok. Memang nampak cam bangunan ini dah uzur laa jugak tapi cam nampak cantik sebab telah di catkan.

Masa weols sampai tuh, memang ramai orang jugak laa.. parking cam penuh jerk. Nasib baik ada kereta yang nak keluar.  Pelancong pun ramai jugak yang datang melawat.  Di istana ini kawasan yang dibuka untuk di lawat adalah di balairongseri jerk.  Yang lain tak boleh masuk pun.  Kiranya tak menyeluruh pun.  Mungkin akan datang kut tak tau laa kan.  

Jom laa layan gambar... Oleh sebab kawasan yang dilawat tak besar jadi kejap aje laa berada di sana.  Mungkin dalam sejam kut.  

Beposing depan istana..

Mula² masuk jumpa ini dulu

Sila tanggalkan kasut yer..sebelum masuk tuh


Antara barang kebesaran dan cenderamata.. Agong 


Watikah perlantikan.. barangan kebesaran

Gambar² Agong yang dipamer.. tak amik laa semua..

Rasanya sesapa yang pergi ke Istana.. Memang wajib bergambar di sini kan..


Posing..yer Abang.. 

Tak dapat jumpa bergambar di sebelah pun jadi laa..

Aku pun nak gak bergambar kat Billboard besar depan pintu masuk nie..

Antara baju Raja yang dipamerkan..


Passport Lama dan IC lama Permaisuri Agong pun ada..


Baju Raja Permasuri Agong..masa pertabalan hari tuh

Agong dan Permaisuri bersama keluarga..


Air pancut ini dah tak berfungsi.. ada satu tuh masih lagi 
berfungsi kat sebelah sana .. tak nampak lak dalam gambar..

Kanak² sekolah tadika pun datang untuk melawat bersama² cikgu mereka


Posing di pintu masuk sebelum balik..

Ada lagi gambar² nanti aku letak kat FB aje laa..yer..  Pameran di buka dari 16 April 2012 hingga 15 Jun 2012 dari 9 pagi hingga 5 petang.

 

Thursday, April 19, 2012

Makan² Shopping Sikit dan Gajet Baru

Sabtu, 14 April 2012...

Pada tengahari tuh aku pergi kedai motor beli helmet yang aku dah tayangkan kat uols tuh.  Lepas beli, hubby ajak gi kedai gunting sebab dia nak gunting rambut dia.  Aku pun tunggu dia dalam kereta jerk. Lepas bergunting anak aku sibuk plak nak makan kat kedai bersebelahan kedai gunting tuh.  Oleh sebab pagi tuh dah breakfast nasi goreng aku cuma order mee kari, anak aku plak nak laksa dan hubby aku order Nasi Kukus Ayam tuh pun share² laa nak rasa kan.

Sebelum makanan sampai sempat laa selak² surat khabar


 Laksa pilihan anak aku.. sedap gak laa..


Mee Kari nie aku punya.. pekat kuah dia.. 
cuma dalam rencah tak de kerang tapi kira ok laa..


Nasi Kukus ini hubby aku.. 

Lepas makan, weols ke Care4 plak.  Nak beli sikit barang² tapi tak banyak laa sebab hari Sabtu kan tak de plakstik bag leceh laa nak beli barang.  Sebelum masuk Care4 tuh ada plak laa Colgate Rep. tuh offer cek gigi percuma.  So hubby cakap boleh laa try.. Weols pun cek laa.  Dapat laa free gift ubat gigi dan colgate plax tuh..tapi yang kecik² punya.





Dah weols semua cek gigi.. anak aku nak beli DVD game.. dalam pada tuh hubby pun singgah laa kat kiosk yang jual henfon.. tengok plak harga henfon kat sini murah sikit dari kat PC fair.  Apa lagi terus teruja nak beli.. tapi tak laa beli terus time tuh.. sebab ada benda yang nak kena copy.. sendiri.  Jadi petang lepas solat Asar weols ke Care4 semula untuk memenuhi hasrat hubby aku untuk mendapat henfon baru ini.

So ini laa dia gajet terbaru hubby aku.. tersenyum hubby aku.. dah dpt apa yg dihajati



Wednesday, April 18, 2012

WordLess Wednesday..

Doyan ini aku beli hari Sabtu lepas..

p/s : Bz betul laa hari nie.. baru laa sempat nak update.. blog..adess..

Tuesday, April 17, 2012

Kisah Hari Jumaat Lepas..

As-Salam

Dah beberapa hari blog ini tak berupdate. Maklum laa sibuk dok mengemas barang² nak pindah tempat. Alhamdullillah dah selamat bertugas di tempat yang baru. Keadaan di sini kalau time ofis hour in ramai juruteknik yang keluar ke site mereka.. so sunyi laa jugak. Miss laa jugak teman² di Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Elektrik..

Okey aku nak citer.. pasal hari jumaat yang lalu. Lepas pejabat hubby aku ajak laa ke PC Fair di KLCC.  Dia nak survey henfon laa.. dan survey harga.  Aku plak dapat laa membeli USB untuk henfon aku nak gunakan dalam kereta senang sikit nak charge fone.

 PC Fair di KLCC

Masa nak balik tuh. bila nak pakai helmet..baru perasan yang helmet aku dah hilang.  Adoiyai geramnya laa.  Ini mesti ada yang rembat nie.  Selalu tuh tak pernah laa ada masalah helmet hilang.  Lagi pun helmet aku bukan baru pun. Rasanya dekat beberapa tahun gak laa aku pakai.  Masa tuh dah dekat pukul 9.30 malam, mana plak ada kedai yang jual helmet yang bukak kan.  Jadi tawakal aje laa.. balik dengan tak berhelmet.  Aku plak  memang pakai baju hujan.. aku nyorok laa kepala aku tutup sikit.. so cam laa aku serkup kepala.. dan kebetulan plak aku pakai tudung kaler hitam.. jadi tak de laa perasan sangat.  Dan nasib baik balik tuh.. jalan plak tak de jem dan tak banyak trafik light.. Alhamdullilah selamat laa sampai di rumah.

Ini laa helmet baru aku.. 





Thursday, April 12, 2012

Bertukar Lagi...

As-Salam

Hari ini aku telah mendapat surat pertukaran dalaman antara staf.  
Aku yang sekarang ini ditempatkan di Bahagian Pentadbiran, 
akan bertukar ke Bahagian Awam pada 16 April 2012 (Isnin) ini.  
Aku ini walaupun duduk di Bahagian Pentadbiran tapi 
aku buat kerja-kerja untuk Bahagian Elektrik.

Dulu bila di Bahagian Pentadbiran dikumpulkan
setempat.. tapi sekarang ini mereka nak weols ini duduk
di Bahagian masing-masing seperti dulu.

Aku berharap aku dapat menyesuaikan diri aku di
Bahagian baru ini... Insyallah.


p/s: Adoi pening nak kena pindah barang² le plak.. sapa nak tolong nie.. ??

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss