Tuesday, July 31, 2012

Alhamdullillah Weols Dah Bayar...

As-Salam

Hari ini dah masuk 11 Ramadan.  Cepat betul masa berlalu.


Alhamdullillah.. hubby dah bayarkan untuk weols 
3 beranak termasuk emak aku sekali.
Zakat fitrah untuk tahun ini dengan kadarnya 
sebanyak RM7.00 seorang.

Pada yang belum tuh cepat² la tunaikan
tanggungjawab ini yer.. takut kalau lambat²
nanti terlupa plak.. 


Friday, July 27, 2012

Novel ~ Dia Idaman Hati



Novel ini aku kirim kat member ofis.  Dia belikan masa pesta buku kat Shah Alam.
Novel yang menarik jugak.  Santai dan happy ending.

Kredit : 4.8/5 bintang

Jom layan Sinopsis.. nye yer...

“Apa awak cakap? Sila ulang.” 
“Just acting. Berlakon saja. Pretend that you’re my wife... and I’m your husband. Simple, right?”
Simple tengkorak kau. Ada yang kena baham dengan aku ni karang! 
“Berlakon ya? Senang kata awak ya?” 
“Yes.”
“Awak nak saya berlakon jadi macam yang awak cakap tadi tu ya?”
“Yes, dear.” 
Dia panggil aku dear, kan? Err... ke dia maksudkan deer? 
“Wayar bumi kat kepala awak tu terbakar ke? Kena panah petir semalam ek? Ke awak semalam mimpi bersilat dengan Rimau Bukit Putus.” 
Jeffrey ketawa kecil. “Saya minta tolong ni, awak. Tolonglah.”
“Tak naklah, tak nak. T.A.K. N.A.K!!!”
“Tolong, tolong. T.O.L.O.N.G!!!”

Apabila Jeffrey Iskandar diperangkap oleh bekas teman wanitanya, Lilac, untuk membawa isteri ke majlis makan malam, Asma, si pembantu rumah hujung minggu yang bekerja di kondo milik Jeffrey dijadikan sasaran untuk berlakon sebagai isteri. Asma bukanlah wanita idaman Jeffrey. Langsung tak masuk senarai apalagi mahu shortlisted. Pendek kata, bukan idaman hatilah. Tapi, Jeffrey tahu Asma pilihan terbaik untuk tugasan ini!

Asma, si jururawat pergigian yang terjerumus dalam misi balas dendam bekas teman wanita majikannya itu tiada pilihan. Kerana kesiankan Jeffrey, dia bersetuju. Namun tidak diduga, lakonan mereka tidak terhenti di situ. Mereka terseret ke kancah masalah yang lebih besar. 

“Awak ni nakal dan kelakarlah. Sebab tu saya suka awak.”

Aduhai, bukan idaman hati sudah menjadi idaman hatikah? Baik Jeffrey mahupun Asma tidak berdaya menolak. Mampukah mereka berdua yang bagai langit dan bumi itu bersatu? Terbalaskah dendam Laila terhadap lelaki idamannya apabila Jeffrey nekad dengan keputusan yang tidak disangka-sangka

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday


Hari ini aku MC. Rehat kat umah jer.
posted from Bloggeroid

Tuesday, July 24, 2012

Potluck Sebelum Puasa

As-Salam

Sehari sebelum masuk bulan Ramadan, Bahagian Awam
ofis aku laa.. wat potluck nak sambut pose nie.  Jadi
weols ramai² bawa laa juadah masing-masing
untuk dihidangkan.  Weols pun tak lupa menjemput
plak teman² dari Bahagian lain untuk sama²
menjamu selera.

Jom laa layan hidangan weols pada hari itu.

Agar², Nasi Impit Kuah Kacang, Puding 

Murtabak, Nugget, Sandwich, Karipap, Meehoon, Creampuff, Roti 

Rojak Buah, Air Batu Campur, Puding Triffle 

Laksa Pahang, Spagetti Bolognese 

Kek buatan Cik Mell 

KFC ini aku punya.. sempat laa dok asingkan maklumlaa laku dengan cepat.. 

Nasi Ambang.. yang di sponser oleh Boss Bhg Pembangunan

Nasi Ambang yang ada Tempe Campur, Ikan masin, Ayam masak merah dan Nasi putih 

Aku bawa Bubur Kacang Hijau.. tuu.. yang kat tepi sekali..  
Air plak ada cocktail, air teh.. pas tuh ada yang air botol 100 pluss 


p/s  : sori laa yer kalau N3 ini buat uols terliur le plak..

Monday, July 23, 2012

Majlis Tahlil dan Sambut Puasa

As-Salam

Hari ini dah masuk hari ke 3, umat Islam berpuasa.. uols puasa tak?
Aku nie puasa insyallah.. tapi tu ler.. masih lagi batuk² memang dugaan
betul laa.. batuk kena plak di bulan puasa ini.  Aku semalam pergi lagi
ke doktor ambil ubat sebab batuk aku nie ler..tak baik² lagi.  

Pagi tadi lepas makan sahur, makan laa ubat.  Batuk punya pasal keluar
balik ler isi pewut ngan ubat² yang dimakan.. adoiyai.. punya laa pahit..ikss
kiranya ubat tak jalan laa..sebab dah keluar balik..

Okey ini nak citer sambutan majlis tahlil arwah dan sambutan puasa diadakan
pada Rabu, 18 Julai 2012 yang lalu.  Majlis bermula pukul 12.45 tengahari dengan
membaca nama² arwah dan bacaan doa.

Selesai semua tuh.. apa lagi makan time laa.  Antara hidangan weols 
seperti biasa ada Nasi Beriani, Ayam Berempah, Kambing BBQ (org sedekah),
Dalca, Jelatah, Papadom, Laksa Johor, Roti Jala dengan Santan durian, kuih-muih
pun ada.. Kiranya kenyang laa perut.


Khusyuk.. rakan² sama² membacakan doa utk arwah 

Ini dalam surau.. 

Laksa Johor.. Air Sirap Bandung Soda 


Ini nasi aku ler..  


Goodie Bag yang weols dapat.. ada Majalah Rapi (lama punya laa), 
Surah Yassin, Buahan Tamar

Friday, July 20, 2012

Percutian Ke USS Singapore ~ Part 2

As-Salam

Hmm.. dah beberapa hari blog ini sunyi tanpa di update.  Sebenarnya sejak dari hari Selasa lepas aku tidak sihat.  Hari Selasa tuh aku MC sehari. Deman ngan batuk dan selsema.  Hari Rabu plak aku datang keja kena plak jaga kaunter sebab selama 3 bulan nie kena rotation.  Staf yang permenant jaga kaunter kena pinjam ke bahagian lain untuk ganti staf yang cuti bersalin.  Memang bz giler laa nak kena handle kaunter ngan keje sendiri plak lagi.  Badan plak tak berapa nak sihat lagik.  

Semalam aku EL sebab malam tak lena tido.. ngan batuk plak lagik.. Hari ini baru laa masuk keja balik.  Atas meja keja dah menimbun.. adoiyai.. sabo je laa..  Kat Bahagian aku ada wat potluck sambut pose.. nie aku citer kemudian yer.. sambung ngan gambar gi USS hari tuh.. 

 Ini di hadapan pintu masuk Transformer.. Uols kalau datang sini mesti
 masuk Transformer.. memang best giler .  Kena pakai cermin mata 3D.. plak tuh.. 
Gambar depan masa memang real.. :)


Bergambar di depan roller coster je laa.. tak berani nak naik.. seriau je tengok.. 


Kerusi untuk roller coster.. tak naik.. dpt duduk jadi ler..  Sapa nak naik yg pakai
sandal tu kena laa tanggalkan.. kalau tak sure jatuh punya.. 


 Sempat laa bergambar ngan orang2 elektrik nie

Ini plak.. semasa weols naik boat untuk adventure Jurassic Park 
Uols kalau tak nak basah kena laa beli raincoat nie.. 






Dihadapan Eypt Adventure.. kat sini.. pun best.. juga tapi kalau orang yg fobia naik
roller coaster tuh tak payah laa naik...


Makanan yang di oder masa singgah di Johor Premium Outlet.. 
utk solat dan makan malam.. Tak sedap laa nasi nie.. 
doi rugi je beli.. nampak cam sedap..

Keluar dari USS dalam pukul 6.30 petang singgah di Johor Premium Outlet dan teruskan perjalanan.  Sampai di UNIKL lebih kurang pukul 2 pagi.. terus aje laa balik rumah.. Untuk pengetahuan uols, tandas di USS nie tak de air cuma ada air untuk basuh tangan aje laa...  So dinasihatkan bawa laa botol mineral untuk wat basuh²kan.. atau pun bawa wet tisu..ker..  Memang best laa trip ke USS nie.. jadi pada yang belum pergi tuh di galakkan kan.. tapi kalau yang ada anak kecil tuh susah laa sikit..kan.. Okey tuh jer.. Sekian.. :))

p/s : Esok semua umat Islam dah mula berpuasa dan aku ingin memohon maaf jika ada tersalah kata yang menyinggung perasaan sesiapa.  Selamat Berpuasa, moga amalan kita diterima oleh Allah.. Amin.

Monday, July 16, 2012

Percutian Sehari Ke USS Singapore ~ Part 1

As-Salam

Sabtu, 14 Julai 2014

Ishh cam na nak mula nie.. okey gini.. masa cuti sekolah yang lalu, aku dan hubby ada bercadang nak bawa anak pergi ke USS Singapore tapi tak jadi la plak. Ingatkan weols postpone laa dulu.  Lepas itu hubby beritahu yang Koperasi ofisnya melantik dia jadi Program Manager untuk organise trip percutian.  Jadi dia suggest laa pergi ke USS nie.  Open pada ahli Koperasi dan dalam masa sebulan dapat laa dikumpulkan orang untuk 1 bas.  Alhamdullilah, trip 1 hari ke USS Singapore berjaya juga.

Bertolak dari UniKL pada pukul 1 pagi dan sampai di R & R kalau tak silapdi Gelang Patah dalam pukul 5.20 pagi untuk bersolat dan sarapan pagi.  Sampai di Imegresen Malaysia.. turun untuk cop passport lepas itu baru lalu di jambatan link ke 2 dan sampai di Imegresen Singapore.  Bawa la turun beg² semua untuk di scan dan cop passport lagi.

Selesai di Imegresen.. weols terus ke USS.  Sampai di sana. dalam pukul 9 pagi. Lepak² di kawasan berdekatan dengan tempat nak buat kad keahlian USS sebab pintu masuk akan dibuka pada pukul 10 pagi. Sambil menunggu sempat la buat kad ahli.  Masa weols di sana hujan turun sepanjang hari di sana dan cuma berhenti dalam pukul 4.30 petang.  Jadi jalan² kat dalam pun agak limited tapi nasib baik semua games adalah indoor..  Untuk pengetahuan uols.. nak naik game semua nie kena beratur punya laa panjang pas tuh berbelit² plak tuh.. Kaki usah cakap laa.. penat giler tapi ku gagahkan juga laa.. sebab rugi kalau tak naik kan.. 

Jom layan gambar yang sempat di ambil.. 

 Travel agent sedang memberi penerangan


 Penuh satu bas..


 Melalu jambatan link ke 2 menuju ke Singapore


Telah sampai di Pulau Sentosa


 Ambil gambar dulu beramai² sebelum berpecah.. 


 Menunggu di sini dulu sebelum masuk ke USS


Ini adalah tiket masuk ke USS

 Bersama² hubby tersayang..




Sebelum masuk ke Madagascar.. berposing dulu di sini..

 Tu dia.. kena beratur.. berlingkar.. punya laa panjang..

 Menaiki bot.. untuk masuk ke Madagascar.. memang seronok.. 


 Ini plak nak masuk Istana Far-Far Away.. 


Di dalamnya ada panggung untuk tengok 4D Sherek.. Memang best giler.. Yang syoknya.. semuanya nampak depan mata.. pas tuh kalau donkey dalam gambar tuh bersin.. air bersin tuh leh sampai ke muka..macam real.. dasat betul..

Ini pula sebelum masuk ke Jurassic Park.. tempat dinosour..

Berehat sebentar..yer..nanti sambung lagi gambar.. okey..

Friday, July 13, 2012

Rezeki Makan² Hari Jumaat

As-Salam

Pagi ini tak sempat nak gi beli sarapan 
sebabnya weols keluar rumah lambat sebab tunggu van
sekolah anak hari ini lambat plak sampainya..

Jadinya bila dah lewat keluar, sampai ofis pun lagi
15 minit je nak 8.30 pagi.. tak sempat laa nak singgah kan.

Dah rezeki hari Jumaat kan.. Dapat call dari 
Bahagian Kewangan ajak datang tempat dia orang sebab
ada wat makan².  Alhamdullillah.. jadi apa lagi
terus laa gi terjah ke sana...

Dia orang buat makan² sambut besday boss dia orang
dan juga sempena nak sambut puasa.. Aku dan kawan²
dari bahagian lain numpang makan aje laa..yer..

Terima kasih laa.. jemput makan.. moga dimurahkan
rezeki lagi.. yer.. Insyallah.


 Nasi Goreng Kampung, Meehoon Goreng.. Puding Roti..


 Nasi Lemak, Sambal Bilis, Roti dan Tuna, Mee Sup..


 Kek di tempat dari ofismate jugak..


Ini laa boss Bhg Kewangan.. Cik As


p/s : Tak sabar rasanya.. malam ini nak bertolak ke selatan.. nak berjimba² di sana.. yahoo..seronoknyaa..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss