Friday, September 28, 2012

Hmm..Baca Jangan Tak Baca..

Assalamualaikum

Semalam dan hari nie aku bz skit.. 
tak sempat nak update n3..  Pagi tadi
Cik Mell hantar 3 novel ini.. seronoknyaa
Jadi hujung minggu nie terisi laa dengan membaca 
novel² ini..

Bila dah abis baca insyallah nanti aku letak 
sinopsisnyaa.. yer..

Selamat berhujung minggu dan selamat bercuti..



Wednesday, September 26, 2012

Kisah Semalam Dan Kenduri Doa Selamat

Assalamualaikum

Semalam aku ke PPUM untuk ambil darah.. seperti biasa laa sebelum jumpa doktor minggu depan.  Hubby plak semalam tak sihat sakit gigi jadi pagi tuh dia hantar aku laa.  Aku sebelum pergi pagi tuh dah terasa perut nie lain macam jer.. Rasa gelodak semacam jer.. sebab sebelum tuh aku dah buang air besar banyak kali.. Sampai kat sepital pun aku cari toilet lagi membuang..  Lepas je ambil darah.. aku rasa badan dah tak larat.  Cakap kat hubby hantar gi klinik laa.. Dah jumpa doktor, keluar je dari klinik angin sudah naik ke kepala.. apa lagi .. apa yang dimakan pagi tuh abis semua keluar.. Balik umah terus rehat dan tido.  Pagi ni baru laa rasa lega tapi perut masih ada angin sikit² lagi.

23 September 2012 (Ahad)

Aku sekeluarga telah pergi ke rumah Pak Lang aku.  Dia buat majlis doa selamat kerana nak pergi menunaikan fardu haji.  Flight dia orang semalam.  Majlis bermula pada pukul 12 tengahari tapi weols terlewat sebab pergi pun dah lambat.  Sebabnyaa kat umah pada pagi tuh ada orang datang baiki paip.  Jadi weols keluar pun dah pukul 12 tengahari dan sampai dirumah Pak Lang dia orang baru je abis membaca doa.  

Dah abis doa selamat.. majlis makan² pun bermula.  Hidangan yang disajikan ada Nasi Putih, Ayam Goreng Kampung, Gulai Kawah, Ikan masak tempoyak, Udang sambal, Ulaman, Buahan dan kuih muih.

Sebelum balik tuh ambil laa gambar kenangan sekeluarga..

Tetamu sedang menjamu selera.. 

Antara kuih muih yang dihidangkan 

Sebahagian dari lauk pauk yang ada.. 

 Pak Tih dan Pak Ngah.. aku

Bersama sepupu.. aku.. Kak Lin dan Imah 


Ini laa adik beradik mak aku.. dari kiri Pak Tih, Pak Lang, Pak Ngah, 
belakang dari kiri Mak aku dan Makcik aku tak cukup nie adik mak yang bongsu tak de dan
Pak Ndak baru je meninggal dunia awal tahun ini..

Bergambar sekeluarga sebagai kenangan..


Monday, September 24, 2012

Makan² Sambil Sambut Birthday

Assalamualaikum

21 September 2012 (Jumaat)

Pagi tuh aku sampai je dalam kampus.. terus ke Kolej 12 beli sarapan.  Makan laa sikit sarapan.  Datang ofismate aku, Wanie ngajak pi Bahagian Kewangan.. katanyaa dia orang ada buat makan².  Aku pergi laa tengok apa menu yang ada.  Ahakss walaupun dah kenyang tengok makanan dia orang sedap² aku rasa laa sikit. Lagi pun makanan ini akan sampai tengahari.. so leh laa datang lagi..

Tengahari tuh pergi lagi ke Bahagian Kewangan.. sebab dia orang wat sekali sambut birthday salah sorang staf iaitu Nazira.  Ramai gak laa staf pompuan bahagian lain datang join makan².  Tengahari tuh ada laksa.. so makan laksa laa plak.

Celebrate besday gal Nazira sekali ngan belated besday gal Cik Mel.  Weols nyanyi ler ramai².  Meriah pantry dia orang..  Antara hidangan yang ada.. Nasi Lemak, Rendang Daging, Mee Goreng, Ayam Rendang, Ayam Sambal, Puding, Tapai, Laksa, Kuih Apam, Buah Tembikai, Air Anggur dan Teh Tarik.. Kenyang perut sampai petang.  Alhamdullillah..

 Dua besday gal yang diraikan..


 Beramai² nyanyi lagu Birthday..


 Potong jangan tak potong..


Kek Coklat.. cam kenal jek sapa yang buat kek nie 


Amboi siap suap² lagik.. antara Cik Mel dan Nazira

Penuh meja ngan berbagai juadah makanan 




Nyum2 sedap laksa..nie pekat kuahnyaa..



Friday, September 21, 2012

Aku Ke UIA Kuantan Lagi..

Assalamualaikum

Lambat aku mengupdate blog hari ini... semalam mood tak de mari tu yang blog sunyi sepi..  Nie pun ku gagahkan juga..adess..

12 September 2012 (Rabu)

Okey ini aku nak bagi tau minggu lepas punya citer.  Aku ke UIA Kuantan lagi.  Menghantar Auntie Azian untuk cek up dengan lebih mendalam lagi dan juga untuk mendapatkan size kanta yang akan di oder.

Weols bertolak dari KL dalam pukul 5 pagi dan singgah di R & R, Temerloh untuk solat subuh dan meneruskan perjalanan kerana nak kena sampai di UIA dalam pukul 8 pagi.. tapi terlajak jugak laa weols sampai dalam pukul 8.30 pagi.

Sampai di sana weols nie menunggu aje laa sementera Auntie jalani pemeriksaan dan ambil darah.  Dalam pukul 12.30 tengahari semuanya dah selesai.

Pergi ke pekan yang berdekatan dengan kampus untuk makan tengahari.  Weols makan makanan masak panas² gitu.  Lepas itu singgah kat satu bazar nie lupa plak namanya.. lepas dari airport TUDM tuh.. beli keropok.  Teruskan perjalanan dan singgah kat R&R untuk solat plak.

Sebelum sampai umah tuh singgah R&R Genting Sempah untuk makan malam dan solat Maghrib.  Sampai kat umah dalam pukul 8.30 malam.


Sempat laa posing²


Sunyi je kan.. cam tak de orang.. iye sebab yang datang semua dengan appoinmen

Baru Auntie dapat makan lepas ambil darah sebab kena pose dulu..


Bermacam² jenis test yang dijalankan.. siap beri penerangan 
lagi sebelum dan selepas pembedahan


Depan klinik mata ni ada Klinik Gynea


Dah selesai gi makan laa.. 


Tomyam.. Campur.. bole laa rasanyaa..


Nasi Goreng Belacan.. tapi bila rasa mcm bukan jerk..


 Telur Bungkus


 Nasi Goreng Cendawan

 Nasi Goreng Ikan Masin..

 Singgah Genting Sempah.. mesti cari ini.. Chicken Chop Sizzling.. dan air kedondong

Beselera plak.. tgk hubby makan.. 



Wednesday, September 19, 2012

Majlis Hari Raya Di Lorong Rumah

Assalamualaikum

Dah beberapa hari blog tak berupdate.  Semalam tak sempat nak update sebab bz jadi jaga kat kaunter.  

Sempena cuti Hari Malaysia dan hari terakhir Syawal, lorong kat umah aku buat majlis hari raya seperti tahun² lepas juga laa..  

Persiapan dibuat bermula selepas solat zohor.  Weols yang kaum perempuan nie mula kerja rewang dengan menyediakan barang² untuk di masak.  Yang lelaki plak tolong untuk memasang khemah.

Menu weols tahun nie tak de pun makanan raya tapi makanan biasa jer.. Tapi tak kisah laa janji weols dapat berkumpul begini.  Kalau tak de majlis begini.. memang jarang laa nak nampak muka.  

Kutipan sebanyak RM20 setiap rumah.  Hidangan yang disediakan antaranya Nasi Lemak, Sambal Bilis, Kacang dan Timun, Ayam Goreng, Mee Goreng, Tauhu Sumbat, Cucur Bilis, buah²an, teh tarik dan air oren.  Ada yang bagi roti jala, puding, agar² dan mak aku tolong masakkan kuah kacang seperiuk..   Weols ada juga jemput orang² surau untuk jamuan ini.

Majlis berakhir dan siap mengemas² dalam pukul 11.30 malam.  Badan memang penat iye laa dari siang hingga ke malamkan.  Siap bungkus lagi mana makanan yang berlebihan tuh.. dan esoknya boleh makan lagi.. 

 Lepas Zohor rewang potong² dan masak memasak


 Kak Linda sedang menggoreng cucur bilis


 Sakit pinggang ke bangg...


 Siap² masak.. tolong plak untuk menyusun² makanan


Acara makan yang dinantikan.. 


 Tu dia hidangan yang menyelerakan


 Nampak tak seperiuk bubur kacang.. tuh.. 


 Ada yang sponsor bawa eskrem dah jadi tutti fruiti plak.. 


Nasi Lemak dan sambal.. siap ada ikan bilis dan di makan dengan ayam goreng..


Selesai majlis.. acara bungkus membungkus.. makanan..


Hubby bersama jiran².. 

Bergambar kenangan.. yang pompuannya tak sempat.. 
masing² dan kepenatan.. dah ramai yang balik

Hubby sempat plak buat satu group dalam FB.. untuk lorong weols tuh jadi gambar² yang diambil dimasukkan ke situ.. sebab dia orang tak dapat tengok gambar majlis pada tahun yang sebelum²nya tuh.. Dengan adanya group ini boleh juga menyampaikan sebarang maklumat yang penting untuk ahlinya.. 


Thursday, September 13, 2012

Majlis Hari Raya Jabatan 2012

Assalamualaikum

Petang ini baru sempat nak update blog.  Semalam punya citer aku simpan dulu. Aku nak citer pasal sambutan raya ofis aku dulu yer.  

Pukul 12.30 tengahari tadi telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya untuk Jabatan aku.  Dah hujung² dah nak abis Syawal baru laa nak buat.  Iye laa masing² bz kan. Dalam majlis raya ini juga di adakan sekali majlis perpisahan untuk penolong pendaftar weols yang akan berhenti.  Jadi layan je laa gambar² raya weols yer.. 

 Dalam persiapan


 Aku dan Ila.. Sementara nak mula bergambar laa dulu.. yer


 Posing² dengan teman²


 Aku bersama Gee dari pejabat TNC


 Tersenyum simpul Pemangku Pengarah..


 Ucapan dari Pemangku Pengarah..


 Pn. Asura Penolong Pendaftar yang akan berhenti.. 
dengarnya akan bekerja di tempat asal di Labuan


 Penyampaian cenderamata..


Antara hidangan.. Laksa, Nasi Ayam, Rendang Ayam dan Lemang, 
Nasi Impit dan Kuah Kacang, Kuih², Buah², Jelly Kelapa


Lemangnyaa lembut.. betul sedap makan ngan rendang ayam


 Masing² tengah lapar.. khusyuk menjamu selera




Bersama Ajk makanan.. 

Kebetulan plak ijo hari nie.. so ambil gambar laa ngan wanie..


Acara selesai dalam pukul 2.30 petang.. pas tuh apa lagi acara membungkus laa. plak..  Alhamdullillah kenyang perut hari ini..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss