Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday


Assalamualaikum

FM cenderahati dari ofismate




Tuesday, November 27, 2012

Kenduri Kahwin Anak Jiran

Assalamualaikum...

Pada hari Sabtu yang lepas juga di sebelah malamnya aku menghadiri kenduri kahwin jiran di lorong rumah aku.  Kenduri ini adalah menyambut menantu kiranya belah lelaki laa anak abang Atan dan Kak Linda.  Hubby aku dan beberapa lagi jiran lelaki yang lain turut membantu dalam melaksana dan melicinkan lagi perjalanan majlis ini.  Kira cam penanggah laa..

Majlis bermula dalam pukul 7.30 malam.  Lauk pauk yang dikater adalah dalam 1300 orang tapi dalam pukul 9.30 malam, makanan dah abis.. Nasib baik dah standby untuk masak nasi lemak ngan lauk ayam goreng.  Kiranya jemputan melebihi dari lauk yang dikater.  Mungkin tuan rumah ingat kalau buat malam tentu tak ramai yang datang.. tapi diluar jangkaan memang ramai sungguh..

Yang tak bestnya bila kenduri gini.. yang paling aku takuti terjadi jugak.. Apa taknya pepagi dalam pukul 4.30 pagi perut aku dah sakit.. cerry berry melanda.. adoiyai banyak kali jugak laa aku ke jamban.. Aku dan emak jer..nasib baik hubby tak kena.  Aku ada lagi ubat keracunan makanan jadi bila ambik ubat tuh..alhamdullillah kurang laa sikit.

 
 Gotong royong basuh ayam pada sebelah petang tuh..

 Orang semakin ramai..datang..

 Tu dia orang² kuat.. Dapat T-Shirt sponser lagi..
 
 Bapa pengantin..dan menantunya..

 Ketibaan Pengantin..

 Ramai sungguh orang waktu ini..

 Tuan tanah enterprem kejap yer..

Selamat Pengantin Baru.. Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Cantik..Suka tengok pintu gerbang ini..  

Dah penat bekerja.. makan time.. 

Pengantin.. dan orang² kuat.. 


Bergambar kenangan.. 

Dah selesai.. dah.. 



Monday, November 26, 2012

Seminar SYAHDU

Assalamualaikum

24 November 2012 (Sabtu)

Pepagi dah bangun sebab bersiap untuk menghantar anakku ke Seminar Syahdu di Kolej Kediaman Pendeta  di UKM.  Weols register sebelum cuti sekolah hari tuh dan dapat laa diskaun untuk 'early bird'.  Memula tuh anakku biasa laa kan banyak betul laa alasannya tak nak pergi.  Alhamdullillah setelah dipujuk baru laa dia nak pergi lagi pun bukannya lama 2 hari 1 malam jerk.

Seminar Syahdu di kendalikan oleh pendakwah terkenal  Ustazah  Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami Ustaz Wan Akasyah.  Registration bermula dari pukul 9 pagi hingga 10 pagi.  Lepas daftar weols pun tinggalkan dia bersama² dengan budak² yang lain.  Seminar ini dibuka untuk budak² berumur dari 10 hingga 17 tahun sahaja.  Aktivitinya sungguh padat selama 2 hari ini.

Pada hari Ahad plak, sessi bersama ibu bapa dari pukul 2 petang hingga 4.30 petang.  Dengar ceramah dari Ustazah SNB memang syahdu sungguh hingga menitiskan air mata.  Pada uols yang berminat nak hantar anak² ke seminar di masa hadapan boleh laa 'Like' FB Ustazah SNB info tentang kursus dan seminar akan datang akan diwar²kan disitu.

Banner di pintu masuk.. 


Pendaftaran di Kolej Pendeta Zaaba 




 Amboi tersenyum.. anakku..apa yang suka geli hati sangat tuh 


Sesi bersama Ustazah.. Kredit FB Ustazah

Group foto.. tak sempat nak beli.. yang telah di print sebab dah abis.. 

Hari kedua.. sesi anak² bersama ibu bapa.. 




Ustazah Dato SNB.. sedang memberi ceramah.. 

Bergambar kenangan bersama Ustazah Dato.. 

Sebelum balik sempat laa bersalam dan laga² pipi gitu


p/s : Aduhai ngantuknyaa aku pagi nie.. 

Thursday, November 22, 2012

Majlis Perpisahan Lagi..

Assalamualaikum

19 November 2012 (Isnin)

Pada tengahari tuh di adakan Majlis Perpisahan untuk ofismate aku En. Imam Baihaki dari Bahagian Pentadbiran.  Beliau telah berhenti dari perkhidmatan kerajaan kerana ingin memberi tumpuan kepada bekerja sendiri iaitu bisness katering.  Jadi aku pun join laa dia orang bagi meramaikan majlis.  

Antara hidangan tengahari itu ada Nasi Ayam, Laksa, Kek, Sagu Gula Melaka, Buah²an, Kuih dan minuman.  Kenyang jugak laa.. weols makan hari tuh..

Aku doakan moga Imam maju jaya dalam bisness yang diceburi.  Kiranya sayang laa jugak kan berhenti dari kerja kerajaan ini sebab abis laa keistimewaan berpencen tuh..  Mungkin dia telah berfikiran panjang.. walauapapun.. Good Luck and All The Best.



Nasi Ayam 

Laksa.. 

 Kuih, Rojak, Buah²an



 Kek..

 En. Rosli, Ketua Bahagian Pentadbiran mewakili 
Pemangku Pengarah.. memberi ucapan

En. Imam yang diraikan.. 


 Sempat laa bergambar kenangan dengan Imam



Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday

Assalamualaikum..


Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi Dengan Udang..


Monday, November 19, 2012

Cuti² Dok Umah Jerk

Assalamualaikum

Pada petang 14 November 2012, balik dari kerja tengok anak aku terbaring jerk. Rupanya dia demam.  Rasa dahinya pun panas sangat.  Risau laa plak jadi weols bawa laa gi klinik panel hubby. Anak aku kalau demam mesti sekali ngan tonsilnya bengkak. Minta laa doktor ubat antibiotik yang kuat sikit..Demam on and off jerk. Nie mesti jangkit dari hubby aku laa nie.. sebab masa hari Isnin tuh hubby pun dah demam dulu.. 

Jadi masa hari Jumaat lepas hantar mak aku gi ke GHKL untuk cek doktor, weols plak ke panel klinik aku plak kat Jln Ipoh.  Minta ubat lagi.. sebab ubat yang sedia ada dah abis.  Demam pun masih lagi On & Off jerk

Dapat lagi ubat demam, batuk selsema dan satu lagi botol antibiotik. Alhamdullillah sejak semalam baru laaa nampak badan dia dah okey sikit juga tekak dia jerk.. ada bengkak sikit .. Panas pun dah kurang laa jugak..

Memang cuti panjang nie tak de kemana² pun laa kenduri pun weols tak pergi.. 

 Nie masa jumpa Dr. Shaifuddin.. 

 Hari Jumaat plak jumpa Dr. Senan 

Lepas jumpa doktor.. singgah plak makan kat Tasik Titiwangsa.. 
sementara tunggu mak aku gi jumpa doktor kat GH..

Aku order Maggie Goreng.. Hubby ngan anak aku
 makan nasi lemak kecik² tuh

Wednesday, November 14, 2012

Hujung Minggu Balik Kampung...

Assalamualaikum...

Sabtu, 10 November 2012

Pada Sabtu pagi tuh memang tak de plan pun weols sekeluarga nak balik kampung. Tetiba jer Kak Idah telefon ajak weols sekeluarga dan Kak Yang ngan Angah balik kampung makan doyan.  Katanya sekarang nie doyan tengah banyak gugur.  Tak de plan apa² pada hari tuh.. packing baju untuk tido semalam, weols bertolak balik dalam pukul 10.30 pagi.  Kak Yong tak ikut balik kerana dia tak sihat.  

Weols jumpa ngan Angah kat Hentian Rawang dan konvoi balik sama².  Memula tuh ingat jalan jem sebab ramai yang balik kampung sebab cuti sekolah.. rupanya ada lori terbalik tengah jalan melintang..  Melepasi xcident tuh jalan mula clear. Budak² dan mula lapar dan weols makan tengahari di Langkap.  Iye laa tak nak laa menyusahkan Kak Idah masak tenghari untuk weols plak.       

Di Langkap ada KFC.. apa lagi bila anak aku tengok terus ngajak gi makan kat situ jerk.  Lepas makan baru laa weols menuju ke rumah Kak Idah.  Sampai² jer.. duduk kat kerusi makan.. terus Abg Adi bukak doyan untuk weols.  Hmm apa lagi.. layan laaa.. Sedap sungguh.. Dah lama jugak tak makan doyan.  Baru je hari tuh teringat nak beli doyan.. kira rezeki laa.. dapat makan doyan dari kebun Abg Adi nie.  Weols makan sampai dah tak termakan laa..hehehe..

Esoknya plak.. Abg Adi ngan Kak Idah.. kaitkan plak buah rambutan untuk dimakan dan di bawa balik untuk weols semua.  Tengahari tuh weols packing bag nak balik KL dan sebelum balik tuh singgah kat rumah Kak Imah plak.  Kat sini pun best jugak sebab Abg Ijai peraih buah doyan.    Orang kampung hantar kat Abg Ijai. Banyak jenis laa buah doyan yang ada. Banyak laa buah doyan yang disimpan untuk dijamukan untuk weols.  Kenyang lagi makan doyan.  Siap lagi bawa balik untuk diagihkan pada yang tak sempat nak balik kg nie.

Dah kenyang.. weols singgah umah Apak.  Borak² dengan apak dan bertanya kabar. Weols tak tido rumah apak sebab tak nak menyusahkan makcik.. lagi pun tido semalam aje kan... Bertolak balik ke KL pada pukul 5.30 petang.  

Nak singgah di R&R Ulu Bernam.. punya laa ramai orang.  Semuanya beratur panjang.  Langsung weols teruskan perjalanan.  Singgah di petrol station kebetulan ada surau, solat aje laa kat situ.  Hantar Kak Nyah balik umah dia dulu dan lepas itu singgah kat rumah makcik aku hantar doyan ngan rambutan sikit.  Alhamdullillah..safely sampai di rumah dalam pukul 10.45 malam.

Terima kasih untuk Kak Idah/Abg Adi dan Kak Imah dan Abg Ijai.. jamu weols makan doyan nie.. 


   On the way nak balik kampung makan doyan.. 
dah tuh agenda yang sebenarnya..hehehhe


 Makan tengahari KFC..


 Sebakul doyan yang menunggu utk dimakan..  Malam tuh Abg Adi dan Kak Idah
pergi ke kebun lagi carik doyan.. 


 Abg Adi tolong belahkan utk weols makan..


 Jemput makan semua.. 


Gebu sungguh..nyum²


Tu dia sedap² betul doyan nie..


 Juadah makan malam.. ada Kari Daging, Ikan Goreng, Peria Goreng..


Budak nie dah lapar.. dia dulu ngadap..


Abiss.. tinggal kulit jerk.. 


Juadah sarapan pagi.. weols.. siap ada santan doyan cicah roti.. sedap.. 


 Buah rambutan merah ..sebakul.. utk dibahagi²kan


 Tu dia Angah tunjuk gaya kopek buah kelapa.. caya laa Angah..


 Buah rambutan gading.. 


 Pokok rambutan di rumah Abg Adi


 Borak² tanya kabar sebelum dihidangkan dengan doyan.. 
haa makan jgn tak makan..yer..


Buah doyan di rumah Abg Ijai..  


Abg Ijai tolong kopekkan.. lepas satu biji ke satu biji 
sampai tak lalu dah kenyang sangat..


Nyum² sedapnyaa.. macam² jenis ada..


Beli kuih Pau Ngigau.. untuk minum petang di rumah Apak 


Doyan bawa balik untuk makcik aku dan Kak Nyah untuk anaknya.. 


Ambik gambar sebelah sini plak .. selalu ambik 
gambar kat pokok nie kat sebelah depan sana..  


 Posing² di pokok rambutan ..nie..hehehe


Tak lama lagi merah laa. buah rambutan nie.. 
tapi still dah boleh petik..makan..


Esok cuti sempena Maal Hijrah.. selamat bercuti dan selamat tahun baru hijrah..Aku akan bercuti hari jumaat jugak sampai ahad ler..

RAK BUKU KEGEMARAN

Rinna's favorites book montage

Lamaran Untuk Teman Hati
Cuma Dia Kekasihku
Sayang Awak Cinta Awak
Kalau Sudah Berkenan
Bisikkan Namaku
Yang Dia Pilih
Manisnya cinta
Cik Cinderella Dan Encik Tengku
Hanya Dia...Cinta
Hopeless Romantik
Pergi Tanpa Alasan
Dia… Random Guy
I'm Mrs. Kertu
Suamiku Mr. Blind
Adam & Hawa
Biografi Agung Rasulullah
Love You Mr. Arrogant
Cik Bunga Dan Encik Sombong
Projek Memikat Suami
Pabila Cinta Memanggilku


Rinna Manja's favorite books »

POST TERHANGAT

BLOG ARKIB

LABELS

TARIKH YANG PENTING

  • 8 April - Blog Anniversary
  • 25 Mei - Hari Jadi Ku
  • 2 Ogos - Hari Jadi Indok (Makcik)
  • 2 Julai - Hari Jadi Anakku
  • 18 Feb - Hari Jadi Hubbyku
  • 10 April - Hari Jadi Ibuku
  • 1 Jun - Ulangtahun Perkahwinan

HUBBY & ME

AKU DAN OFISMATE
Related Posts with Thumbnails KELUARGA KU

AWARD INI UNTUK PENGUNJUNG BLOG AKU

Kawan² dan 'Silent Reader'.. Sila Laa Ambil Award Ini Yer.. TQ.. Muaahss